Topi / Hat

1 0 0
                                    

Kuroto menghentikan dirinya. Dia memandang ke depan. Apa yang berada di hadapannya membuat dia tergamam. 

Sakoda yang masih ragu-ragu tentang identiti Kuroto dalam gerabak 396-L mendapat notifikasi daripada cermin mata pintar miliknya bahawa seseorang berpangkat tinggi berada berhampiran. Apabila mendapat sahaja notifkasi tersebut, Sakoda bergegas keluar dari gerabaknya. Namun pergerakan Sakoda terhenti apabila melihat susuk tubuh yang berada di luar kereta apinya. 

(Dalam peraturan pemilik kereta api seperti Sakoda, apabila terdapat seseorang yang berpangkat tinggi berada berhampiran tatkala pemilik kereta api sedang mempunyai masa lapang selain sedang mengendalikan kereta api, mereka dikehendaki untuk turun dan melaporkan diri kepada orang yang berpangkat tinggi tersebut.) 

"Tu... Tuan... Apa yang tuan Mikage buat di sini?" ujar Sakoda. 

"Lost Passenger kali ini agak menarik, Sakoda. Kuroto pasti sudah mengetahui sebabnya, bukan? Sebab itu kamu bergerak secara solo tanpa memaklumkannya kepada saya. Mujur stesen ini sentiasa kosong." ujar Yukishiro Mikage sambil menyapu-yapu topinya yang terkena peluru tadi sebelum memakai topi itu semula. 

Yukishiro Mikage. Siapakah yang tak kenal beliau? Diiktiraf sebagai Ketua Stesen yang terbaik abad ini, beliau mengekalkan kesejahteraan semua stesen dibawah jagaannya dengan baik.


"Ma... Maaf tuan." kata Kuroto sambil memalingkan mukanya. 


Yukishiro Mikage mendekatkan diri ke arah Sakoda. 

"Berikan kad kamu." 

Sakoda memberikan kad miliknya kepada Mikage. Mikage mengeluarkan sejenis alat pengimbas untuk mengimbas kad tersebut. Tiba-tiba, kereta api Sakoda bagaikan dilitupi dengan satu gelombang tenaga misteri, bunyi siren announcement juga tiba-tiba berkumandang. 

"Untuk makluman kepada para penumpang kereta api Harumi Sakoda. Dukacita kami maklumkan bahawa kereta api tersebut tidak dapat dinaiki untuk masa akan datang kerana mempunyai masalah teknikal pada trip terakhir kereta api tersebut. Anda diminta untuk menukar perjalanan kepada kereta api berbeza. Kami akan memberi refund secepat yang mungkin." 

"Apakah yang sedang berlaku ini, tuan Mikage?" 

Mikage membuat bentuk pistol dari tangannya, menghala ke arah Sakoda. 
"You are under inspection..." 

Mikage berjalan perlahan-lahan menuju ke telinga Sakoda sambil tangan yang lain masukkan kad milik Sakoda ke dalam baju Sakoda. 
"...for your own safety. That lost passenger is dangerous for you to handle alone." 

Mikage mengakhiri kata-katanya dengan setepuk mesra di bahu Sakoda sebelum melangkah masuk ke dalam gerabak kereta api yang mempunyai Hana dan Kaito di dalamnya. Kuroto segera mengekori Mikage, meninggalkan Sakoda yang masih terpingga-pingga di luar. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 09, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Lost PassengerWhere stories live. Discover now