Loceng / Bell

3 0 0
                                    

"Kau pasti, tidak, sedang tertanya-tanya, apa yang sedang berlaku? Kau perlukan jawapan untuk memenuhi nafsu rakus terhadap ilmu, benar bukan?" 


Aku hanya mampu menelan air liur. Dia dapat membawa isi hati aku dengan teliti. Sakoda bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah aku. Dia mengelilingi aku secara perlahan sambil tangannya memegang bahu aku. Sejuk. Tangannya sejuk seperti sebongkah ais berada di atas bahu aku. 


"Kamu agak berani untuk bertanyakan soalan begitu. Malah, kamu adalah orang pertama dari senarai Lost Passenggers yang berbuat demikian. Usaha yang bagus." 


Aku menelan air liur berkali-kali. Aku mula keliru, adakah dia sedang marah, memerli atau gembira? Lost Passengers? Maksudnya ramai yang mempunyai status ini? Aku langsung tiada idea! 


"Well, sebab kamu dah tanya, biar saya tunjukkan apa yang berlaku sebenarnya. Ini adalah Loceng Kebenaran. Kamu boleh tahu apa yang berlaku kepada kamu sebelum mempunyai status Lost Passenger, tetapi saya tidak akan guarantee hati kamu boleh menerima kebenaran yang sebenarnya. Adakah kamu mahu meneruskannya?" 


Tanpa sedar, aku mengangguk kepala perlahan. Loceng dibunyikan. Keadaan sekeliling berubah lagi. Kali ini, aku berada di sebuah rumah setingkat yang agak terpencil dari yang lain. Cuaca bersalji menguatkan lagi rasa seram dan sunyi rumah tersebut, tetapi cahaya lampu warna-warni yang dipasang pada rumah tersebut mengurangkan rasa tidak enak tersebut. Suasana yang gelap menandakan tempat tersebut sudah menyarung selimut malam. 

Beberapa buah kereta datang ke rumah tersebut. Salah seorang daripada mereka berada dalam keadaan mata yang ditutup dengan kain (blindfolded) manakala dua rakan yang lain mengiringinya keluar dari kereta perlahan-lahan, memasuki rumah yang tidak berkunci. 

-------------------

"Hei, mana awak bawa saya pergi ni, ugh, hei, terangnya..." 

"Surprise! Happy Birthday Kaitou!" 

"Uh... Terima kasih Sinohara dan Takeru... Rasa janggal la pula, hehe" 

"Selamat ulang tahun ke-20, Kaitou. Kek ni, mak Sinohara yang buat, special untuk kau tahu?"

"Eh mana ada special, Kaitou kan kawan kita, jadinya saya nak bagi dia hadiah penghargaan." 


Happy 21st Birthday Kaitou tertera pada kek tersebut. 


-------------------

Aku memandang Sakoda. Dia tersenyum. 

"Kaitou tu... aku ke?" 

"Shhh, belum sampai part yang best ni." 

Sakoda memalingkan badan aku semula supaya aku dapat lihat "kebenaran". Aku lihat mereka bertiga sedang asyik minum minuman keras beralkohol sehinggalah "Kaitou" mula mabuk, tidak dapat berfikiran waras. 


-------------------

"Hei Kaitou, cepat giler tumpas hahaha"

"Yalah, malam masih muda beb" 

"Eh *uhuk* mana ada *uhuk* aku tumpas, hahahaha *uhuk*"

Kaitou tersembam ke lantai. Dia tidak sedarkan diri. 


"Hei Sinohara, Kaitou dah jatuh tu. Apa step seterusnya?" 

Sinohara lantas mengeluarkan segugus kunci kereta dari poket ke muka Takeru. 

"Takeru, jom pergi jalan-jalan. Kita buang sampah jauh-jauh, hehe. Nak ikut?" 

"Sampah... Oh jom buang sampah sama-sama :)"




To be continued...

The Lost PassengerWhere stories live. Discover now