Keadaan sekeliling aku mula bertukar kembali ke kafe yang aku sedang beristirahat bersama-sama Sakoda dan Hana.
Sakoda yang masih memegang erat bahu aku mendekatkan bibirnya ke telinga aku lalu berbisik: "Hanya Sakoda dan kamu sahaja yang tahu masa lampau tadi. Kalau tidak mahu sesuatu buruk berlaku, lebih baik diamkan diri."
Aku mula menggigil ketakutan. Apakah motif utama Sakoda? Namun, belum sempat aku menjawab soalan tadi, seorang pelayan datang ke meja sambil membawa 3 cawan air coklat panas.
"Nah, ni cawan air coklat awak, lost passenger. Lebih baik minum sementara masih panas. Bila dah sejuk tak sedap dah. Sakoda, awak pun sama."
"Terima kasih Hana."
Aku dan Sakoda serentak memberi respons yang sama. Mata aku saling bertatapan dengan milik Sakoda. Rasa janggal semakin menebal.
Aku menghirup air tersebut. Rasanya... Terlalu sedap, tak mampu diungkapkan dengan kata-kata! Hana dan Sakoda yang menyedari hal tersebut hanya tersengih. Tanpa sedar, air coklat dalam cawan aku diteguk habis. Aku masih terasa haus. Sejujurnya, itu merupakan air coklat yang paling sedap aku pernah rasa.
"Kamu, boleh berikan tiket kamu kepada Sakoda?"
"Maksud Sakoda... kertas dengan tulisan pelik ni ke?"
"Ya, yang itu. Terima kasih Lost Passenger."
Aku segera memberikan kertas yang berstatus tiket itu. Aku lihat Sakoda sedang asyik membelek kerta- tiket tersebut. Hana pula sedang bermain-main dengan telefonnya. Aku pula menghidupkan telefon aku semula. Jam 4:17 pagi. Sudah empat jam berlalu dari mula waktu kejadian ini. Namun, aku masih belum ada jawapan kukuh untuk perkara yang berlaku sekarang. Aku menyimpan semula telefon ke dalam poket dan menyandarkan badan ke kerusi sambil mata menatap lampu yang terang di siling kafeteria, mencari sebab perkara yang sedang berlaku.
Tiba-tiba, mata aku terasa berat. Aku terus rasa mengantuk. Aku menampar perlahan muka supaya aku tidak terlelap, namun tindakan tersebut menyebabkan aku bertambah mengantuk. Tidak boleh ni, aku perlu lakukan sesuatu. Aku meminta izin Sakoda dan Hana untuk berjalan-jalan di sekitar kafe.
Baru sahaja aku melangkah beberapa langkah dari tempat duduk, aku dapat rasakan badan aku semakin memberat, bagaikan ada orang meletakkan berguni-guni beras di belakang badan aku. Selain itu, aku juga dapat rasakan badan aku mula menjunam ke lantai. Aku juga dapat dengar jeritan Hana tetapi aku tidak dapat menoleh. Seluruh badan aku terasa berat, umpama badan ni tertekan butang Shut Down seperti di laptop. Sebelum aku dapat mencium lantai, aku dapat rasakan Sakoda menyelamatkan aku di saat akhir, tapi aku dapat dengar Sakoda sedang berbicara sesuatu semasa menyelamatkan aku, namun aku hanya dengar rungutannya sebelum aku betul-betul tidak sedarkan diri.
-------------
"Nampaknya, trik air coklat berjaya terhadap dia. Malah, kita dapat juga untuk menganalisis kandungan tiket dia. Mudah sekali untuk memperdaya budak ni untuk minum sekali dengan kita."
"Kenapa awak lakukan ini kepada dia? Apa yang awak dapat perhatikan pada tiket tersebut, Sakoda?"
"Budak ini, dia memiliki tiket yang berbeza, tiket yang istimewa yang hanya beberapa orang sahaja ada. Mungkin budak ini istimewa, Hana."
"Lost Passenger yang istimewa... sepertinya menarik!"
"Ya, betul itu Hana. Ini akan jadi menarik."
YOU ARE READING
The Lost Passenger
Tajemnica / Thriller// Buku ini adalah ditulis dalam Bahasa Melayu // Sipnosis: Kaitou menyedari dirinya terlibat dalam sebuah kemalangan, namun apa yang berlaku selepas itu membuatkan dirinya tertanya-tanya, bagaimanakah dia terlibat dalam kemalangan tersebut dan ap...