Aku melangkah masuk ke dalam gerabak 546-L dan memilih untuk duduk di tempat duduk berhampiran tingkap. Hanya terdapat dua orang tidak termasuk aku, berada di situ. Mereka berdua berpakaian aneh, sepertinya mereka bukan berasal dari sini. Seketika kemudian, aku di datangi oleh seorang pelayan untuk mengambil pesanan minuman aku. Katanya, semua makanan dan minuman adalah percuma kepada penumpang kereta api ini, maka aku telah memesan secawan teh panas. Setelah pelayan tersebut beredar, aku meneliti semula kertas yang ronyok itu. Apakah jenis tulisan ini? Kenapa aku boleh membacanya dengan lancar meskipun tidak sekalipun aku melihat jenis tulisan itu sebelum ni?
Juga, kenapa aku boleh lupa nama aku sendiri? Apakah yang berlaku sebenarnya ni? Aku berada dalam dunia mimpi ke?
Kereta api mula berhenti. Aku lihat keluar tingkap, nampaknya kereta api ini berhenti di salah sebuah stesen kereta api yang agak lenggang, bukan, stesen kereta api yang sunyi. Juga, di stesen ini juga mempunyai tulisan yang sama seperti surat ini.
*Ding ding ding* "Ini merupakan destinasi terakhir hari ini. Sila pastikan anda tidak meninggalkan apa-apa jenis barang di dalam setiap gerabak kerana barang anda bukan tanggungjawab kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Semoga hari anda bertambah baik!"
Destinasi terakhir? Patut ke aku turun? Tapi, kalau aku turun, aku hendak ke mana? Aku tak pernah menjejakkan kaki ke sini. Apa yang patut aku buat sekarang ini?
Di saat aku masih mengelabah, lelaki tadi yang mempelawa aku masuk ke dalam kereta api duduk di sebelah. Dia memegang bahu aku sambil sebuah senyuman yang sangat lebar diukirkan di bibirnya.
"Hei lost passenger, marilah turun, explore tempat ni sikit. Jangan risau, Hana akan temankan awak. Lagipun ini destinasi terakhir kereta api ini hari ni."
"Um, maaf. Siapakah nama awak?"
"Sakoda. Kapten dan pemilik kereta api ini. Hana, pembantu tetap saya. Kamu, tetamu istemewa aka lost passenger."
Lelaki bernama Sakoda terus meninggalkan aku dan Hana sendirian di gerobok itu. Aku menilik semula telefon pintar. Jam 3:30 am. Hana membantu aku keluar dari gerabak kereta api 546-L sebelum dia memberi isyarat kepada Sakoda bahawa tiada lagi penumpang di atas kereta api tersebut. Hana menarik tangan aku, memasuki kompleks kereta api yang misteri yang sunyi itu. Tanpa kelibat orang mahupun kucing, kompleks itu ternyata nampak suram. Bertemankan dengan cahaya lampu yang malap, kami menelusuri kaki lima yang menuju ke arah kafeteria.
YOU ARE READING
The Lost Passenger
Mystery / Thriller// Buku ini adalah ditulis dalam Bahasa Melayu // Sipnosis: Kaitou menyedari dirinya terlibat dalam sebuah kemalangan, namun apa yang berlaku selepas itu membuatkan dirinya tertanya-tanya, bagaimanakah dia terlibat dalam kemalangan tersebut dan ap...