Kafeteria / Cafeteria

2 0 0
                                    

"Um, comelnya lihat dia tidur. Alangkah bagusnya kalau Hana dapat tahu nama Lost Passenger ni."


Hana menongkat dagunya di atas meja sambil melihat ke arah Kaitou yang sedang dibuai lena tidur. Tiba-tiba dia mendengar seseorang berbisik kepadanya yang menyebabkan Hana segera berpaling ke belakang. 


"Nama dia Kaitou. Daiki Kaitou." 

"Kita pernah berjumpa ke sebelum ini?" 

"Hikaru Hana. Pembantu Himura Sakoda. (mengeluarkan jam kecil dari tangannya) Nama aku Kuroto. Hidari Kuroto. Seorang Densha Tabibito. Kita tidak pernah berjumpa, ini merupakan kali pertama. Selamat berkenalan, Hana." 

"Ah, Selamat berkenalan, Kuroto." 

"(Melihat jamnya) Hana, saya nasihatkan awak berdua kembali ke gerabak kereta api Sakoda semula. Kunci pintu gerabak selepas masuk dan maklumkan kepada Sakoda untuk berlepas ke stesen lain secepat mungkin. Tempat ini tak selamat." 

"Tapi stesen ini adalah stesen terakhir untuk kereta api Sakoda sebelum memulakan perjalanan pada jam-" 

"Ikut je cakap saya, ergh. Dia dah sampai... Cepat Hana!" 


Kuroto telah ditembak dari belakang. Syukur tembakan itu tidak memberi kesan kepadanya kerana baju labuh yang dipakainya itu merupakan baju yang dilindungi dengan kuasa magis. Kuroto melihat sekeliling. Tiada sesiapa yang berdekatan. 

Kuroto segera menggunakan pengesan yang dipasang di jam poket yang sering di bawa bersamanya. Langsung tiada jejak sang penembak sniper yang dikesan sebelum ini. Kuroto tersedar kesilapannya, sang penembak sniper misteri itu bukan seorang manusia, maka dia boleh bertukar menjadi apa-apa bentuk dikehendaki untuk menyamar. 

Ini merupakan cabaran bahaya bagi Hana dan Kaitou untuk bersendirian menyebabkan Kuroto bertukar menjadi partikel-partikel pasir semula, mengejar Hana dan Kaitou dari belakang bagi memastikan keselamatan mereka daripada menjadi sasaran penembak tersebut. 

Hana segera mengangkut Kaitou ke belakang badannya dan segera ke gerabak kereta api Sakoda berlabel 546-L. Dengan menggunakan cermin mata pintar, Hana membuka kunci gerabak 546-L dari jauh dan telah menukarkan kasutnya kepada sebuah kasut super berjet tinggi. Mujur di stesen itu tiada orang sangat, boleh la Hana memecut laju tanpa had. Kini dalam fikirannya, untuk menyelamatkan Kaitou! 


Pintu gerabak hanya tinggal beberapa langkah sahaja dari tempat Hana dan Kaitou. Hana memecut dengan kelajuan yang sama seperti sebelum ini. Namun apa yang tidak disedari oleh Hana ketika ini adalah laser merah yang halus mengekori mereka dari kafeteria hinggalah ke kawasan gerabak kereta api. Pada waktu inilah juga, sang penembak sniper misteri itu melepaskan tembakan ke arah mereka lagi. 


"BANG!" bunyi peluru yang ditembak tadi sudah melanggar sesuatu yang keras. 

Tak mungkin, Kaitou telah ditembak?

The Lost PassengerWhere stories live. Discover now