part 12 : Rahsia

2.8K 125 4
                                    

"hanya aku sahaja yang boleh membahagiakan kau Bella... Hanya aku sahaja" kata Jason sambil mencium dahi Bella dengan lembut lalu beredar dari rumah itu

Bella jatuh tersungkur ke atas lantai. Dia tidak menyangka yang Jason sudah obses dengan dia

"aku tak nak kisah silam aku berulang lagi...." ayat itu Bella berkata berulang kali di dalam kepalanya

Bella bangun dari lantai lalu mencapai telefonnya di atas meja

Ring! Ring!

Harry
Hello?

Bella
Kau kena balik sekarang!

Harry
Kenapa ni? Kau okay tak?

Bella
AKU TAK OKAY! KAU KENA BALIK SEKARANG JUGAK!

Harry
Okok aku balik. Kau jangan pergi mana-mana ok?

Bella terus matikan telefon itu. Badannya mengigil ketakutan

xxx

Jason.... Harry... Unknown... Biru

'Apa semua benda ni? Apa maksud di sebalik semua nama ini? Siapa patut aku percayakan? '

Beribu-ribu soalan di dalam kepala Bella tetapi masih tiada jawapan

Pang!

Bunyi bukaan pintu mengejutkan Bella dari lamunannya

Rupanya Harry sudah pulang

Harry kelihat mengah dan nafasnya tercungap-cungap

'Harry berlari ke? ' kata Bella dalam hatinya

Harry berlari ke Bella lalu memeluknya. Bella berasa pelik tetapi dia membalas pelukan Harry

"kau okay tak? " tanya Harry dengan wajah risau. Bella hanya diam sahaja

Harry membawa Bella ke sofa supaya Bella boleh memberitahunya apa yang berlaku

xxx

Sudah 5 minit berlalu tetapi Bella hanya diam sahaja

Bella sedang termenung seolah memikirkan sesuatu

'patut ke aku cerita kat Harry? Dia boleh percaya ke? ' kata Bella dalam hati

Bella sudah mula ragu-ragu dengan orang sekelilingnya kerana dia berasa ada dalang di antara orang yang dia kenal

"Bella? " tegur Harry kerana dia pelik mengapa Bella hanya senyap je

Bella memandang Harry dengan wajah terkejut seolah dia terdengar suara hantu

"nak cerita ke tak ni? " tanya Harry dengan nada perlahan kerana dia berasa Bella masih tidak sedia untuk bercerita dengan dia

"umm... Nak... Tapi.. " Bella mengeluh kecil lalu Bella memandang Harry dengan wajah serius

"aku... Aku suka kau" kata Bella dengan nada serius. Harry terkejut

"kau call aku macam kau ada masalah tetapi ni ke kau nak bagitahu aku? " tanya Harry. Hati Bella terluka sedikit

'Harry sudah betul-betul move on dengan aku ke? ' kata Bella dalam hatinya

"k-kau dah move on dengan aku ke? " berat hati Bella apabila mahu bertanya soalan itu

Harry terdiam seketika membuatkan Bella berasa gelisah

Bella masih lagi keliru dengan perasaannya terhadap Harry tetapi dia yakin yang Harry sudah menguasai hatinya sebanyak 70%

"aku... Tak tahu nak cakap macam mana tetapi aku nak kau tahu yang aku masih sayangkan kau. Tetapi... " Harry terdiam dan bangun dari tempat duduknya lalu duduk di sebelah Bella

"aku dapat rasa yang kau masih keliru dengan hati kau sendiri... Aku tak nak kau terima aku sebab kesiankan aku. Nanti kalau kau dah betul-betul pasti dengan hati kau, kau datanglah dekat aku balik ok? " kata Harry dengan nada tenang

Sejujurnya hati Bella lembut mendengar kata-kata Harry. Dia sungguh terharu apabila Harry ambil kisah dengan perasaannya. Bella dapat merasa yang Harry betul-betul masih sayangkan dia















































































Tetapi kenapa Bella tidak memberitahu perkara sebenar? Kenapa dia cerita benda lain dekat Harry? Kenapa Bella sorokkan perkara sebenar?






Berpuluh-puluh soalan tetapi masih tiada jawapannya





So tunggu next part la ya! Ehehehe





HI GUYS! Jangan lupa vote dan comment okay?

Sorry lambat update. Busy sikit :(

Love you! 💜

BUDAK NERD (book 2) ✔️Where stories live. Discover now