"so selama ni kau lah yang mengekori aku dan memberitahu keadaan aku kepada Harry? " tanya Bella kepada Fida
Fida berasa bersalah dan hanya menganggukkan kepalanya sahaja
"aku mintak maaf Bella. Dia ugut aku... Dia ugut nak bunuh keluarga aku.. " kata Fida sambil menangis di hadapan Bella. Bella berasa kesian
"sejak bila? " tanya Bella dengan wajah serius
"sejak sebelum Harry masuk penjara lagi. Sebenarnya syarikat Jason itu Harry punya. Harry mengupah Jason untuk mengambil alih tempatnya dan aku pula dapat tawaran oleh Harry untuk bekerja di syarikatnya" kata Fida
"tapi kenapa setiap kali aku sebut pasal Jason, Harry macam takut dan marah? " tanya Bella
"dia tipu.. Dia cuba meraih simpati dari kau untuk berasa kesian dekat dia" jelas Fida
Luluh hati Bella walaupon Bella tahu Harry hanya berpura-pura dengannya tetapi hatinya masih sakit
"kenapa baru sekarang kau berani nak bagitahu aku? " tanya Bella. Fida memegang tangan Bella dengan erat sekali
"aku dah pindahkan keluarga aku jauh dari sini untuk selamatkan diorang. Kes Harry ni kita akan selesaikan bersama" kata Fida. Bella hanya angguk kepala sahaja
Lalu mereka berdua pun berpelukan dengan erat sekali dan beredar dari cafe itu
xxx
"BELLA! " jerit Harry dari dalam bilik membuat Bella terkejut di dapur
Bella berlari ke bilik untuk berjumpa Harry
Bella nampak Harry sedang dalam kesusahan untuk mengikat tali lehernya
Bella menghampiri Harry dan mengikat tali lehernya. Harry hanya merenung wajah Bella dengan lama membuatkan Bella berasa tidak selesa
"kenapa kau mesti lawa macam ni? Kau buat aku makin susah untuk benci kau... " kata Harry secara tiba-tiba
Bella memandang Harry lalu dia memegang wajah Harry dengan kedua-dua belah tangannya
"aku tahu kau masih sayangkan aku. Jom lupakan semua benda ni dan mulakan kehidupan baru? " kata Bella
Harry hanya diam sahaja dan mengambil beg kerjanya dan beredar dari bilik itu. Bella mengeluh kecil
xxx
Harry tidak dapat fokes dengan kerjanya kerana ayat Bella kerap berlegar di kepalanya
"aku tahu kau masih sayangkan aku. Jom lupakan semua benda ni dan mulakan kehidupan baru? " kata Bella
'tidak.. Tidak Harry... Dia tipu kau! Dia cuba untuk memperdayakan kau supaya kau lepaskan dia! ' kata suara di dalam fikiran Harry
Semakin Harry fikirkannya, semakin bengang Harry
Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan pintu ofis Harry. Muncul lah satu sosokan tubuh ramping seorang pekerja perempuan
Harry memandang pakaian perempuan itu dengan pandangan nafsu
Harry sedang stres sekarang ini akibat fikirkan Bella maka dia perlukan seseorang untuk melepaskan stresnya
"do you mind if we have a little fun now? " tanya Harry dengan senyuman nakal terhadap pekerja perempuannya itu
Dan akhirnya bilik ofis Harry dipenuhi dengan suara desahan nafsu antara mereka berdua
xxx
Bella sedang duduk di sofa untuk memikirkan cara nak lari dari Harry. Dia perlu membuat Harry melupakan sifat dendamnya itu
"mungkin kalau aku buat baik dengan dia, dia okay kot? " kata Bella
Tiba-tiba pintu rumah terbuka luas dan muncul lah sosok tubuh sasa milik Harry
Harry kelihatan penat membuatkan Bella teragak-agak untuk mendekatkan dirinya pada Harry
Bella tahu kalau Harry penat maka mood Harry tidak betul
Tetapi Bella masih berkeras nak bertanya soalan
"kenapa kau tipu aku? " tanya Bella dengan nada serius. Harry memandang Bella dengan keliru lalu wajah Harry bertukar ke wajah seram
"kau dah tahu ke? " tanya Harry sambil membuka tali lehernya lalu melangkah ke arah Bella dengan perlahan
Bella berasa takut dengan pandangan Harry membuatkan dia mengundurkan dirinya ke belakang
Lalu badan belakang Bella menyentuh dinding dan Harry memerangkap Bella dengan tangannya
"mesti Fida bagitahu kan? " kata Harry
HI GUYS! jangan lupa vote dan comment ok?
Love you!
YOU ARE READING
BUDAK NERD (book 2) ✔️
Mystery / Thrilleradakah Harry akan datang balik ke Bella? atau tidak? Adakah Harry masih obseskan Bella? atau tidak? author sarankan baca book 1 dulu baru korang boleh faham jalan cerita buku ni😊 #abusivecontent #maturecontent sensitive ass please don't read aku...