part 5: Tinggal

3.5K 154 14
                                    

Bella membuka pintu rumahnya dan ternampak Jason sedang duduk di sofa dengan muka gelisah

Tiba saja Bella di pintu, Jason terus bangun dari sofa dan berlari ke Bella lalu memeluk Bella dengan erat sekali

Bella tidak membalas pelukan Jason dan akhirnya Jason melepaskan Bella dari pelukannya

"you pergi mana? " tanya Jason dengan selamba seolah dia tidak berjumpa dengan perempuan mana tah tadi

"keluar" kata Bella dengan muka tiada perasaan. Jason terkejut dengan kata Bella itu

"y-you. Pasal tadi tu sebenarnya perempuan rakan sekerja i" jelas Jason dengan yakin

"aku cakap sekali je Jason" kata Bella sambil merenung di anak mata Jason dengan mata lesu bahawa Bella sudah penat dengan semua drama ini

Jason ketawa kecil lalu Jason memegang tangan kiri Bella

"kau tak boleh hidup tanpa aku Bella. Siapa nak lindungi kau kalau 'lelaki' tu datang? " kata Jason dengan senyuman bangga bahawa dia yakin yang Bella tak akan lepaskannya dan dia juga tak akan lepaskan Bella

"lawak jugak lah bila kau cakap macam tu... "






















"sebab aku dah jumpa 'dia' dah pun" kata Bella dengan senyuman kecil. Jason terkejut lalu dia menolak Bella ke dinding.

"KAU MEMANG TEMPAH MAUT KAN?! " Jerit Jason terhadap Bella tetapi Bella hanya memandang kosong pada Jason

"kenapa? Kau jealous? " kata Bella. Jason mengeluh kecil dan menjauhkan dirinya dari Bella

"i buat macam ni untuk lindungi you tapi kenapa you suka susahkan i? " kata Jason dengan nada lembut. Bella ketawa kecil

"aku tak akan buat macam ni kalau kau tak kecewakan aku. Sekarang aku nak kau keluar dari sini dan aku tak nak tengok muka kau langsung" kata Bella dengan tegas

"kau akan cari aku balik juga Bella. Aku tunggu" kata Jason lalu dia beredar dari rumah Bella

xxx

Unknown
You doing great baby

Bella
Jangan kacau aku

Unknown
Dia tak layak untuk kau

Bella
DIAM!

Dan macam biasa orang itu membiarkan mesej Bella 'bluetick'

Bella menyandarkan dirinya di katil untuk merehatkan dirinya

"dia betul-betul berubah ke? " kata Bella dengan perlahan

xxx

Bella pergi ke tempat kerjanya dan dia terus masuk ke ofis Jason tanpa ketuk pintu

Dia melihat perempuan yang sama di cafe itu bersama Jason tetapi Bella menghiraukan sahaja

Jason cepat-cepat bangun dari kerusinya apabila dia nampak Bella

"tak payah terkejut. Aku datang ni nak hantar benda ni" kata Bella sambil meletakkan sepucuk surat di atas meja Jason

Jason cepat-cepat membuka sampul surat itu dan terkejut kerana itu adalah surat berhenti kerja Bella

"AKU TAK SETUJU BELLA! " jerit Jason menyebabkan pergerakan Bella terhenti

Bella memusingkan badannya dan memandang Jason dengan pandangan tiada perasaan

"aku tak mintak persetujuan dari kau pon" kata Bella dengan selamba lalu dia beredar dari ofis Jason

xxx

Bella duduk di stesen bas dimana dia berjumpa Harry sebelum ini. Tetapi kali ini dia keseorangan sahaja tanpa Harry

Tiba-tiba ada orang duduk di sebelahnya membuatkan Bella memalingkan kepalanya terhadap 'seseorang' itu

Rupanya Harry...

Bella mengeluh kecil dan termenung jalan raya di hadapannya. Di stesen bas itu hanya ada Harry dan Bella berdua sahaja

"kau okay tak? " tanya Harry dengan nada perlahan. Bella mengeluh kecil lalu dia memandang Harry dengan wajah kosong tanpa perasaan

"kau stalk aku eh? " kata Bella dengan tiba-tiba membuatkan Harry tercekik air liur dia. Harry cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Bella hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda dia percaya Harry

Harry mendekatkan dirinya ke Bella lalu Harry berkata sesuatu membuatkan Bella berasa terharu

"kalau nak share apa-apa... Aku ada dekat sini. Gunakanlah aku untuk membuatkan kau lega dari masalah kau" kata Harry dengan nada lembut dan perlahan

Bella ketawa kecil lalu dia menyandarkan kepalanya di bahu Harry

"aku baru lepas putus hubungan dengan teman lelaki aku" kata Bella dengan selamba membuatkan Harry terkejut

"k-kau ada teman lelaki baru? " kata Harry dengan nada seakan tidak percaya

Bella menganggukkan kepalanya menandakan 'ya'. Sejujurnya hati Harry pecah

'kau cakap kau tunggu aku... Mana janji kau Bella? ' kata Harry dalam hatinya

"maafkan aku Harry.. Aku tak dapat tunaikan janji aku pada kau. Sejujurnya aku masih trauma dengan kenangan lama kita" kata Bella secara tiba-tiba seolah Bella membaca fikiran Harry

Harry hanya meng'hmm' sahaja menandakan dia faham dengan kata-kata Bella kerana dia juga berasa bersalah dengan diri dia yang lama itu

"aku yang sepatutnya meminta maaf sebab aku letakkan kau dekat dalam dunia yang gelap... Maafkan aku Bella" kata Harry sambil mengusap tangan Bella yang terletak di atas ribanya

Bella hanya meng'hmm' sahaja menandakan dia sudah memaafkan Harry

"siapa nama bekas teman lelaki kau tu? " tanya Harry
























































"Jason" kata Bella



























'no.. Tak mungkin... '


































'kenapa mesti Jason? '  kata Harry dalam hatinya







HI GUYS! jangan lupa vote dan comment okay?

Alahai lembabnya cerita aku. Sorry tau HAHAHAHA nak bagi banyak bab sebab tu buat2 lambat cerita ni

BUDAK NERD (book 2) ✔️Where stories live. Discover now