part 13 : Kantoi

3K 111 12
                                    

Ring! Ring!

Bunyi telefon Bella berbunyi membuatkan Bella terbangun dari tidurnya

"siapa pulak call aku pagi-pagi buta ni" keluh Bella sambil mencapai telefonnya di atas meja lampu

Bella
Hello?

Fida
Woi ni aku ni! Tak kan dah lupa kawan kot

Bella
Eh Fida! Dah lama do tak borak dengan kau

Fida
Yela orang tu dah ada lelaki mana lah ingat aku yang single dekat sini ni

Bella
Eh mana ada lelaki. Masih single ni ha

Fida
Tipu je kerja. Ni ha jom keluar nak?

Bella
Keluar? Aku okay je. Bila?

Fida
Petang ni? Okay?

Bella
Onsss

Fida
Ha nanti aku bagi location

Dan di situlah perbualan mereka berdua tamat

Bella tidak sabar nak berjumpa dengan kawannya kerana sejak dia berhenti kerja dari syarikat Jason dia sudah tidak berjumpa lagi dengan si Fida itu

(Fida tu rakan sekerja Bella semasa Bella berkerja dengan Jason-author)

xxx

"BELLA SINI! " panggil Fida sambil melambai tangan ke arah Bella yang baru sahaja masuk ke cafe itu

Bella melangkah laju ke arah Fida lalu terus memeluk Fida dengan erat kerana dia amat rindu dekat kawannya itu

Mereka berdua berbual kosong pada mulanya dan secara tiba-tiba Fida buka topik tentang Harry

"kau tinggal dengan siapa sekarang ni? Aku tengok kat rumah kau tak ada orang pun? " tanya Fida. Bella menelan air liurnya dengan perlahan

Bagaimana dia nak beritahu kawannya yang dia tinggal bersama Harry?

Sudah lah dulu dia kerap mengutuk si Harry bersama Fida nanti apa pula Fida fikir apabila dapat tahu yang dia tinggal bersama Harry?

"aku... Aku tinggal d-dengan... " kata Bella terpotong oleh Fida

"dengan Harry? " kata Fida dengan nada serius. Bella terkejut dengan tekaan Fida tetapi Bella hanya angguk kepala perlahan

Fida mengeluh kecil dan menyandar dirinya ke kerusi. Sejujurnya Fida terkejut

Yela siapa je tak terkejut apabila dapat tahu yang kawan kau duduk bersama dengan orang yang memberi trauma dekat kawan kau? Kalau korang mesti terkejut kan?

"kau dah fikir masak-masak ke? " tanya Fida. Bella hanya mampu diam sahaja kerana dia pun tidak tahu yang keputusannya itu bagus atau tidak

xxx

Bella pulang ke rumahnya (rumah Harry) lalu Bella mahu naik ke biliknya tetapi dia terdengar bunyi sesuatu di biliknya

'Ada pencuri ke? ' kata Bella dalam hati. Bella mengenggam tali begnya dengan kuat kerana jika dia ternampak seseorang dia akan melibas orang itu dengan beg guccinya itu

Bella memulas tombol biliknya dengan perlahan lalu Bella menjerit sedikit kerana pintu bilik itu sudah dibuka dari dalam oleh seseorang dan orang itu terus menarik Bella masuk ke dalam bilik itu

Bella mahu menjerit lagi tetapi mulutnya ditutup dan dirinya di sambar ke dinding oleh tetamu tidak diundang itu

"shhh... Aku tak akan apa-apakan kau... " kata lelaki misteri itu

Suara itu... Sangat familiar...

JASON?!

Bella menolak lelaki itu sekuat hatinya sehingga lelaki itu hampir nak terjatuh

"KAU BUAT APA KAT DALAM BILIK AKU?! " jerit Bella sekuat hatinya. Jason ketawa kecil

"aku rindu kau... Bau kau... Muka kau... Bibir kau.. Badan kau.. Semua benda dari kau aku rindu..." kata Jason sambil matanya meliar di setiap inci badan Bella. Bella berasa tidak selesa di bawah pandangan Jason itu

"KELUAR SEKARANG! " paksa Bella tetapi Jason masih berdiri seperti batu di bilik Bella

Tiba-tiba Jason mencium Bella dengan ganas sekali membuatkan Bella terkejut dan terkaku





























































































"Bella? "






HI GUYS! jangan lupa vote dan comment ok?

Sorry cerita ni slow sikit tapi jangan risau nanti akan banyak masalah datang hehe

Love you! 💜

BUDAK NERD (book 2) ✔️Where stories live. Discover now