Sepanjang waktu kerjanya. Bella kerap kali bertembung dengan Jason tetapi Jason tidak menegurnya langsung. Sekilas pandangan dari Jason terhadapnya pun tiada...
Bella sungguh lemah dengan keadaan hubungannya sekarang ini. Dia tidak pernah merasai kesakitan yang teramat seperti ini
Lagi sakit bila dia tidak tahu punca sebab perubahan Jason dan hubungan mereka
xxx
Bella pulang ke rumah seorang diri kerana Jason sudah pulang awal tanpanya
Semakin difikirkannya semakin sakit hatinya maka Bella bernekad untuk pergi ke kedai runcit
xxx
Bella sedang memilih air di peti sejuk di dalam kedai runcit itu. Tiba-tiba dia ternampak seseorang di luar kedai runcit sedang berdiri menghadapnya
Bella tidak nampak muka orang itu dengan jelas kerana orang itu memakai pakaian serba hitam dan penutup muka serta topi hitam
Tetapi Bella nampak kasut yang dipakai oleh lelaki itu
Kasut berwarna biru...
xxx
Bella membuka pintu rumahnya dan suara kuat menyambut kepulangannya
"MACAM MANA DIA BOLEH TERLEPAS?! AKU NAK KAU CARI DIA SAMPAI DAPAT! " jerit Jason membuatkan Bella terkejut
"you? " tegur Bella dengan suara lembut. Jason terus mematikan telefonnya dengan cepat dan memandang Bella dengan wajah tanpa perasaan
"pergi mana? Kenapa lambat balik? " tanya Jason dengan suara tegas
"i beli barang dapur sikit sebab peti ais kita dah kurang barang dapur kan? " kata Bella sambil menunjuk plastik beg yang berisi makanan segar dan mentah itu
Jason hanya angguk kepala sahaja dan beredar ke biliknya. Bella mengeluh kecil dan melangkah ke dapur untuk menyusun barang dapur ke dalam peti sejuk
xxx
"kenapa Bella? "
"mana janji kau? "
"kenapa kau mungkir janji kau? "
"kau tak sayang aku ke? "
Beribu persoalan daripada Harry terhadap Bella menyebabkan badan Bella bergetar ketakutan
Bella menggelengkan kepalanya berulang kali sambil menangis sangat kuat sekali
Harry melangkah ke Bella dengan perlahan tetapi Bella semakin jauhkan jaraknya dari Harry
"maafkan aku Harry... Maafkan aku... " merayu Bella membuatkan Harry ketawa kecil
"KAU PENIPU BELLA! KAU PENIPU! " jerit Harry dengan kuat sekali sambil berlari ke Bella
"TIDAAKKKK! " jerit Bella sambil terbangun dari tidurnya. Bella terkejut dengan tempat yang dia berada sekarang ini
Iaitu di biliknya... Rupanya semua itu adalah mimpi...
Bella mengeluh kecil sambil mengusap kepalanya yang sangat pening itu
"aku kena ambil cuti hari ini" kata Bella lalu dia mencapai telefon bimbitnya untuk memberitahu kepada Jason bahawa dia mengambil cuti hari ini kerana sakit
Yang sakitnya Jason hanya balas 'ok' sahaja dengan tanpa rasa simpati. Bella sudah agak yang Jason akan balas sebegitu tetapi dia masih sakit dengan kelakuan Jason
xxx
Bella pergi ke cafe untuk minum kopi kegemarannya tetapi dia ternampak seseorang yang sangat mengejutkannya
Dia tidak percaya dengan apa yang dia nampak sekarang ini. Dia berasa yang dia sedang berhalusinasi sekarang ini
'please kata ini semua mimpi... ' kata Bella dalam hati
Badan Bella terkaku di pintu cafe itu membuatkan semua orang di dalam cafe itu memandang pelik terhadap Bella
Tiba-tiba 'orang' itu memusingkan badannya dan memandang Bella membuatkan denyutan jantung Bella terhenti
"Bella? " tegurnya
HI GUYS! jangan lupa vote dan comment okay? Love you💜
Sorry kalau permulaan cerita ni bosan sedikit tapi jangan risau nanti banyak benda akan datang 👀
YOU ARE READING
BUDAK NERD (book 2) ✔️
Mystery / Thrilleradakah Harry akan datang balik ke Bella? atau tidak? Adakah Harry masih obseskan Bella? atau tidak? author sarankan baca book 1 dulu baru korang boleh faham jalan cerita buku ni😊 #abusivecontent #maturecontent sensitive ass please don't read aku...