part 16 : Baru Perasan

2.9K 126 18
                                    

Surat? Surat apa yang dimaksudkan oleh Fida?

Bella sedang berjalan kaki ke rumahnya tetapi fikirannya penuh dengan 'surat'

Tiba-tiba Bella terfikir mahu pergi ke rumah lamanya

xxx

"masih sama" kata Bella apabila melihat suasana di rumahnya yang tidak pernah berubah

Bella pergi ke dapur untuk minum air tiba-tiba dia ternampak surat yang dia anggap diberi oleh Jason di dalam tong sampah

"surat ni ke Fida maksudkan? " kata Bella dengan perlahan sambil merenung surat di dalam tong sampah itu

Lalu Bella tekad untuk mengambil semula surat itu dan membacanya semula

Dear Bella,

Aku taHu apa yang aku buat itu kau tak akan maAfkan aku tetapi aku menghaRapkan kau membeRi peluang kedua untuk aku dan aku tak akan sia-siakan peluang itu. Aku nak kau tahu Yang aku masih sayangkan kau dan selamanya sayangkan kau...

Be happy as always dan jangan lupakan aku

Bella membaca surat itu berulang kali dan dia baru nampak sesuatu

Setiap huruf besar yang dihitamkan itu menunjukkan sesuatu yang Bella tidak mahu mempercayakannya

taHu - H
maAfkan - A
menghaRapkan - R
membeRi - R
Yang - Y

Bermaksud... HARRY

'tak mungkin... Aku ingat surat ini dari Jason... ' kata Bella dalam hati

Bella terduduk di atas lantai kerana sangat terkejut dengan maksud di sebalik surat itu

Harry memang masih obseskan dia...

Ting!

Unknown:
Kau dah tahu kan siapa?

:Bella
Kau siapa sebenarnya?

Unknown:
Aku cuba selamatkan kau dari 'dia'

Tapi kau lembab!

:Bella
KENAPA KAU TAK JUJUR SAJA DENGAN AKU?!

Mesej Bella dibiarkan begitu sahaja membuatkan Bella semakin menangis dan takut

Tiba-tiba memori Bella terhadap Harry datang semula membuatkan Bella semakin tidak tentu arah

"kasut biru... Cincin biru... Harry suka warna biru.. " tersedar Bella rupanya warna 'biru' itu juga ada maksudnya

Bella melihat cincin biru di jari manisnya

"kau bijak Harry... " kata Bella dengan senyuman kecil sambil membelek cincin di jarinya itu

xxx

Bella pulang ke rumahnya iaitu rumah yang dia tinggal bersama Harry

Dia melihat kereta Harry sudah berada di perkarangan rumah mereka. Ini bermaknan Harry sudah pulang

Bella membuka pintu rumahnya dan dia mendengar sesuatu

"Harry! Ah! " suara perempuan

'Harry curang ke? ' kata Bella di dalam hatinya. Tangan Bella menggigil untuk membuka pintu itu. Dia risau dia akan melihat sesuatu yang akan menyakiti hatinya

Lalu Bella membuka pintu itu dengan kuat mengejutkan Harry dan seorang perempuan

Rupanya tekaan Bella betul... Harry sedang mencuranginya...

Tetapi yang lebih menyakitkannya ialah Harry tidak mempunyai rasa bersalah di mukanya

Harry hanya memandang Bella dengan wajah tiada perasaan

"kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni? " tanya Bella dengan nada perlahan. Dia sungguh lemah buat masa ini

Harry menjauhkan dirinya dari perempuan itu dan menyuruh perempuan itu keluar dari rumah itu

Harry memakai bajunya semula dan memandang Bella dengan senyuman kecil

Air mata Bella sudah mengalir sangat deras

Harry melangkah ke Bella lalu dia mengusap air mata Bella

"akhirnya kau tahu juga... Aku sakit Bella... Aku sakit bila dapat tahu kau mungkiri janji kau" kata Harry sambil memandang tepat ke mata Bella







































































"aku nak kau rasa apa yang aku rasa" kata Harry sambil mencium pipi basah Bella dengan lembut





HI GUYS! jangan lupa vote dan comment okay?

Love you!

BUDAK NERD (book 2) ✔️Where stories live. Discover now