part 2: Berubah

4.1K 156 17
                                    

Bella semakin buntu di taman itu kerana dia masih tidak dapat idea untuk design baju client Josan ini

"think Bella! Think! Guna otak kecik kau tu! " kata Bella pada dirinya sambil memukul kepalanya berulang kali

Tiba-tiba bunyi notifikasi muncul di skrin telefon Bella

Unknown:
Stop pukul diri kau

Bella:
Siapa kau?

Mesejnya tidak dibalas. Sejujurnya Bella sudah berasa tidak sedap hati

'dia dah dilepaskan ke? ' kata Bella di dalam hatinya tetapi fikirannya menidakkannya

"tak akan dia dah keluar dari hospital? Tak mungkin lah! dia ni mesti scammer!" kata Bella sambil merenung skrin telefonnya









Orang yang memerhati Bella dari jauh itu hanya ketawa kecil sahaja dengan kebodohan Bella

"perempuan memang lembab" kata orang itu dengan senyuman kecil

xxx

Bella pulang ke pejabatnya dan terus duduk di tempat kerjanya sambil menghembus nafas lega

"penat ke makcik? " tegur Fida dari meja sebelah kerana meja mereka sebelah-sebelah sahaja

"aku frust la! Kenapa susah sangat eh idea nak keluar ni?!" meraung Bella sambil mengenggam rambutnya yang kusut itu

"sebab otak kau kecik" kata Fida dengan selamba. Bella menjelingkan matanya terhadap Fida

"kau jangan sampai tangan cantik aku ni landing  kat muka kau nanti tak sempat kau mengucap kang" ugut Bella membuatkan Fida ketawa kecil sambil meminta maaf berulang kali

Bella mahu sambung membuat kerjanya tetapi bunyi notifikasi yang banyak menganggu pergerakkannya

Unknown:
Buat kerja elok-elok sayang

Jangan lupa makan ya

Take care babygirl

Bella:
I'm not your babygirl

Mesej Bella itu hanya dibiarkan 'bluetick' sahaja membuatkan Bella berasa ragu-ragu dengan orang di dalam chatnya itu

"dia fikir aku takut ke dengan buaya laut" kata Bella sambil menjelir lidahnya dekat skrin telefonnya itu

Dah macam perangai budak-budak si Bella itu

xxx

"hari ini kita nak dinner apa? " tanya Bella sambil membelek barang di dalam peti ais

Jason hanya diam sahaja sambil termenung televisyen di hadapannya

Bella pelik dengan sikap Jason yang pendiam itu kerana Jason adalah orang paling riang dan bising di dalam rumah ini

'mungkin dia penat kerja kot? ' kata Bella dalam hatinya. Bella terus memasak makanan kegemaran Jason

xxx

"you! Bangun you! Nanti lambat pergi kerja! " jerit Bella sambil mengejut Jason yang sedang tidur nyenyak itu

"JANGAN KACAU AKU TIDUR BOLEH TAK?! ANNOYING BODOH KAU! " jerit Jason secara tiba-tiba membuatkan Bella terkejut

Jason tidak pernah meninggikan suaranya sepanjang mereka bersama. Ini adalah kali pertama Jason meninggikan suaranya terhadap Bella

Bella terkaku di tempatnya. Kepalanya kosong dan air matanya mengalir sangat deras sambil merenung badan belakang Jason. Sesungguhnya dia sangat sensitif apabila orang meninggikan suara terhadapnya

'mungkin dia stress' kata Bella dalam hati. Dia cuba memikir positif terhadap teman lelakinya

Lalu Bella bangun dan bersiap untuk pergi kerja

xxx

"kenapa Bella seorang harini? "

"bukan ke dia selalu datang dengan Jason? "

"diorang dah break up ke? "

Muncul sahaja Bella di tempat kerjanya, banyak perbualan antara pekerja terhadapnya membuatkan dia berasa sedih sedikit

xxx

"kau okay tak Bella? Sejak kau datang kerja ni kau macam moody je? Kau sakit ke? " tegur Fida sambil menghulurkan air tin sejuk ke Bella. Bella menerima dengan rela air tin itu

"tak tahulah Fida... Lately Jason asyik marah-marah. Perangai dia lain giler" kata Bella sambil membuka air tin itu dan terus minum

Fida mengeluh kecil lalu dia mendekatkan kerusinya terhadap Bella

"aku rasa dia dah berubah hati dengan kau la Bella" bisik Fida di telinga Bella. Pergerakkan Bella terhenti

Bella hanya senyap sahaja dengan pernyataan Fida kawannya itu

xxx

Bella tidak dapat mengfokus dengan kerjanya kerana ayat Fida asyik berlegar di kepalanya

Bila difikirkan semula, ada betulnya juga kata Fida itu. Lagipun sudah 2 tahun mereka bersama maka mustahil lah Jason akan bosan dengan dia kan?

Semakin lama Bella fikirkannya semakin sakit hatinya rasa. Adakah ini balasan dia tidak menetapi janjinya terhadap Harry?
































"maafkan aku Harry... "







HI GUYS! jangan lupa comment dan vote tau!

Love you! 💜

BUDAK NERD (book 2) ✔️Where stories live. Discover now