part 14 : Tangkap

2.9K 119 19
                                    

"Bella? " kata seseorang dari pintu Bella membuatkan Jason berhenti mencium Bella

Bella terkejut kerana itu adalah suara Harry...

Harry memandang Bella dan Jason bersilih ganti. Harry merenung Bella dengan wajah tidak puas hati

"apa semua ni?! " tanya Harry dengan nada tegas membuatkan Bella terkejut sikit

"thank you sayang sebab terima i balik" kata Jason dengan sengaja untuk menambah kepedasan pada situasi itu. Bella terkejut dengan kata Jason itu

Lalu Jason itu mahu keluar dari bilik Bella tetapi ditahan oleh Harry

"kau. Stay" kata Harry dengan suara tegas dan muka beku. Jason hanya senyum kecil sahaja dan duduk di atas katil

Harry mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang. Bella berasa keliru

'dia nak call siapa? ' tanya Bella dalam hatinya

"saya nak membuat aduan yang ada orang memecah masuk rumah saya" kata Harry dengan nada beku sambil memandang muka Jason yang terkejut beruk itu

"KAU! " jerit Jason lalu Jason mahu lari dari bilik itu tetapi Harry menahannya lalu Harry menumbuk Jason berulang kali membuatkan Jason mula berasa lemah

Bella berasa terkejut dan terkaku kerana dia tidak tahu nak berbuat apa dan dia hanya berdiri seperti patung sahaja di penjuru biliknya

xxx

"KAU MEMANG TAK BERSYUKUR! DASAR GILA! BODOH TAK WARAS! " jerit Jason sambil cuba melepaskan dirinya dari polis yang menangkapnya

Harry hanya merenung sahaja muka Jason yang merah padam kerana marah terhadap Harry

Bella hanya mendiamkan diri sahaja. Sejak dari kes tadi Bella tidak berani untuk bersuara kerana dia risau Harry marah terhadapnya

xxx

"speak" kata Harry dengan wajah serius sambil memandang Bella

Bella tidak tahu nak cerita mula dari mana kerana dia berasa bersalah sangat tidak memberitahu perkara ini dari awal pada Harry

"dia dah datang banyak kali kan sebelum ni? " tanya Harry dengan nada beku. Bella hanya mampu angguk kepala sahaja

Bella tidak tahu kenapa dia tiba-tiba menjadi bisu kali ini

"KENAPA KAU TAK BAGITAHU AKU?! KAU TAHU TAK NYAWA KAU BOLEH DALAM BAHAYA?! KAU HAMPIR KENA R*GOL BELLA! " jerit Harry membuatkan Bella terkejut

Air mata Bella mengalir sangat deras di pipi Bella. Bella sudah mula menangis teresak-esak

"aku mintak maaf... Harry... Aku mintak m-maaf" kata Bella sambil menangis

Harry mengeluh kecil lalu dia bangun dari tempat duduknya dan terus memeluk Bella dengan erat

"selepas ni please bagitahu aku kalau ada apa-apa berlaku" kata Harry sambil mengusap rambut Bella. Bella hanya menanggukkan kepalanya sahaja kerana dia tidak mampu untuk mengeluarkan suara

xxx

2 minggu kemudian

Bella semakin pulih dan hubungan Harry dan Bella semakin erat. Kali ini Bella sudah yakin dengan perasaannya yang dia sangat sayang terhadap Harry

"kau nak pergi mana-mana tak hari ini? " tanya Harry kerana hari ini adalah hari cuti

"jom pergi.. D-date? " kata Bella dengan gagap kerana dia nervous dan malu

Harry memandang Bella dengan wajah terkejut. Dia tidak percaya dengan kata-kata Bella

Adakah dia dengar dengan betul yang Bella ajak dia date?!

"d-date? Maksud kau sebagai c-couple? " kata Harry dengan gagap juga kerana dia berasa sangat teruja dan malu juga

Bella hanya menanggukkan kepalanya dengan senyuman malu terukir di bibirnya

"YESSSS! JOM PERGI DATE! " jerit Harry dengan teruja membuatkan Bella terkejut sedikit

Lalu Harry memeluk Bella dengan erat sekali


































































"aku sayang kau Bella..." kata Harry sambil mencium dahi Bella dengan lembut









Adakah ini pengakhiran mereka berdua? Atau tidak?









HI GUYS! Jangan lupa vote dan comment okay?

Love you!

BUDAK NERD (book 2) ✔️Where stories live. Discover now