Previously......
Limosin tersebut berhenti betul-betul di anjung utama. Pengiring-pengiring yang telah sedia menunggu di anjung menghampiri limosin tersebut dan lantas membukakan pintu. Seketika kemudian keluarlah seorang wanita dan seorang lelaki dari perut kereta. Yang wanita kelihatan mungkin sebaya dengan bonda Noriah. Yang lelaki pula mungkin dalam lingkungan awal 30-an. Kedua-duanya mewah. Lagaknya macam.....kerabat. Ya, kerabat. Mereka bukan kebanyakan. Tapi, siapa? kenapa aku tak dimaklumkan.
" tuk...tuk...tuk..." kedengaran pintu bilikku diketuk. Aku masuk semula ke dalam.
" Ya, masuk.." ujarku. Seketika kemudian, Muaz muncul di balik pintu. Dia tutup semula pintu dan berjalan perlahan menghampiriku. Dia ku lihat macam pelik sikit tingkahnya.
" Ermm...."
" Kenapa Muaz?" soalku pula hairan.
" Ermm...Tuanku Permaisuri, arahkan kau ke Balai Tamu."
" Balai Tamu?" soalku. Fikiranku lantas kembali kepada tetamu yang baru sahaja sampai tadi.
" Siapa yang datang tu?" soalku pula. Muaz diam. Dia seakan serba salah nak jawab. Aku jadi makin hairan. Apa pulak nak jadi ni?!
Bahagian 7 - Saingan
Aku nak sampai ke Balai Tamu tersebut, Tengku Muhammad keluar dari balai tamu itu. Aku pandang dia. Dia berpaling ke arah ku sebelum tersenyum. Aku menghampirinya. Dia lantas memberikan tunduk hormat padaku. Aku membalasnya.
“ Indera.”
“ Pak Uda.” balasku pendek.
“ Tuanku Permaisuri sudah menunggu di dalam bersama tetamu kita.” balasnya. Tetamu? mesti orang yang tadi aku nampak.
“ Siapa?” soalku pula.
“ Indera masuklah, nanti Tuanku Permaisuri akan perkenalkan.” balasnya. Aku hanya
mengangguk perlahan.Muaz kemudiannya lantas membukakan pintu sebelum mengumumkan ketibaanku. Perlahan aku melangkah masuk ke dalam. Semua mata-mata mengalih pandang kepadaku.
“ Indera, mari ke sini.” panggil Bonda Noriah lembut. Aku mengatur langkah mendekat padanya
sebelum aku duduk disebelahnya.“ Kanda, inilah Tengku Indera. Putera Almarhum Sultan Iskandar dan Tengku Puan Maryam. Ujar Bonda Noriah memperkenalkanku kepada tetamu diraja ini. Aku hanya tersenyum dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat.
“ Jadi inilah dia Tengku Indera. Dah besar panjang. Tak sangka Kanda berpeluang bertemu
dengan dia lagi.” ujarnya lembut. “ Indera, ini YAM Seri Lela Raja Ampuan Besar Nor Asiah binti Almarhum Tengku Putera
Ismail Nazmuddin Syah, balu kepada Almarhum Sultan Idris Syah. Dan yang kacak bergaya ni, putera mereka, YAM Tengku Putera Izzuddin Rezuan Syah ibni Almarhum Sultan Idris Syah. Bonda Noriah memperkenalkan mereka. Aku mengangguk dan menunduk hormat sekali lagi. Mereka berdua
tersenyum memandangku.“ Indera tahukan, siapa Almarhum Sultan Idris?” soal bonda Noriah. Aku tersenyum padanya.
“ Ya, bonda, Indera tahu. Almarhum Sultan Idris Syah, Sultan Beringinpura ke-23, Kekanda kandung kepada Almarhum Ayahanda.” balasku. Tak sia-sia aku belajar salasilah keluarga diraja
Beringinpura selama ni.“ Tengku berdua apa khabar?” soalku ramah.
“ Alhamdulillah, sihat. Tapi, macam tulah, sihat orang tua.” balas Raja Ampuan Besar Nor Asiah berseloroh. Berderai tawa kami semua. Mesra orangnya. Alhamdulillah, kalau tidak kekok juga aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/204589469-288-k334373.jpg)