Sebelumnya......
“ Jadi, bila almarhum baginda dah ada anak lelaki sendiri, maka dia pun batalkan niat nak lantik Tengku Rezuan sebagai Putera Mahkota dan memilih untuk lantik puteranya sendiri sebagai Putera Mahkota.”
“ Banyak benda yang kanda tak tahu tentang keluarga kita. Istana yang dipenuhi kemewahan tu, tersembunyi pelbagai kisah-kisah hitam. Istana memang ‘above politics’, tapi dalam istana itu, ada politiknya sendiri.”
“ Macam ni, aku pun cuma dengar khabar angin sahaja. Tak ada bukti apa-apa. Orang cakap, sebenarnya, Almarhum Sultan Iskandar, lantik Tengku Muhammad sebagai Perdana Menteri sebagai penghargaan sebab Tengku Muhammad dah bantu Almarhum Sultan Iskandar naik takhta."
“ Datuk Seri Abdullah tu pun sebenarnya orang Tengku Muhamamd juga. Ramai yang kata, Datuk Seri Abdullah tu cuma boneka sahaja. Perdana Menteri yang sebenar adalah Tengku Muhamamd.”
“ Tuanku…” sapa Abah sebelum dia memberikan tunduk hormat. Tidak kekok dia dengan protocol istana. Bonda Noria tersenyum.
“ Sarjan Bakar.” Sapa Bonda Noriah mesra. Aku pandang mereka berdua silih berganti. Hampir terlupa aku yang mereka berdua ini saling mengenali.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Istiadat
Aku berjalan perlahan sambil diiringi pengawal-pengawal istana masuk ke dalamn balairong seri yang berhias cantik. Balairong Seri ini kini dipenuhi tetamu. Alunan nobat dan nafiri bergema memenuhi segenap ruang. Tidak jauh di belakangku Tengku Muhammad pula menyusul juga diiringi pengawal istana. Aku dan Tengku Muhammad lengkap berpakaian istiadat. Berbaju melayu songket, siap bersamping dan bertanjak.
Aku diiring ke tempat yang telah disiapkan untukku di sebelah kiri singgahsana. Tengku Muhammad pula duduk di sebelah kanan singgahsana. Sebaik aku dan Tengku Muhammad mendapatkan tempat masing-masing, Tuanku Permaisuri pula diiring masuk. Baginda diiring masuk bersama dayang-dayang terus ke atas singgahsana. Baginda duduk di sebuah kerusi khas yang diletakkan di hadapan kerusi Sultan dan Permaisuri kerana baginda kini secara adatnya bukan lagi seorang permaisuri Beringinpura melainkan hanyalah ‘penjaga’ kepada takhta Beringinpura.
Dato Hussein, selaku Dato Temenggung mempengerusikan Majlis. Istiadat pemasyhuran Pemangku Raja dan Putera Mahkota ini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari seorang pelajar di Institut Tahfiz Diraja Beringinpura, Sebuah pusat tahfiz berprestij yang dibiayai sepenuhnya oleh keluarga Diraja Beringinpura.
Berkat ayat-ayat suci yang dialun merdu, perasaan gemuruhku sedikit dapat diredakan. Sesekali aku melirik memandang ahli-ahli keluargaku, Abah, Mak, Nenda dan Alya. Sempat juga aku mencuri pandang pada Muaz yang sedang berdiri berkawal tidak jauh dari pintu masuk utama. Aku menarik nafas dalam cuba mencari kekuatan. Maka pada hari ini rasmilah aku bergelar Putera Mahkota Beringinpura.