Bahagian 8 : Disebalik Kemewahan

202 14 3
                                    


Aku duduk bersandar pada bangku marmar di luar kompleks makam diraja ini. Sambil menunggu Alya selesai membaca Yasiin dan doa. Agak terkejut juga aku tadi tiba-tiba dia muncul. Tak tahu pula dia akan datang ke sini hari ni.

Seketika kemudian, aku nampak Alya bersama pengiring-pengiringnya berjalan perlahan keluar dari kompleks makam. Aku pandang dia, cantik puteri raja seorang ni berbaju kurung putih.

" Alya..." panggilku. Dia menoleh memandangku lantas memberhentikan langkahnya.

" Boleh kanda nak bercakap dengan Alya sekejap?" soalku. Alya ku lihat macam pegun seketika. Mungkin dia sebenarnya agak keberatan nak bercakap denganku. Sejak aku balik kesini, belum pernah lagi sebenarnya aku berbual berdua dengan Alya.

Dia ku lihat seakan berkata sesuatu pada pengiring-pengiringnya sebelum dia mengatur langkah mendekatiku. Pengiring-pengiringnya pula bergerak terus ke arah kenderaan istana yang sedia menunggu di perkarangan kompleks ini.

" Ada apa kanda?" soalnya sebaik dia sampai padaku. Aku pandang dia sebelum tersenyum.

" Duduklah.." pelawaku. Dia agak keberatan. Namun perlahan dia duduk juga disebelahku. Kami berdua jeda seketika.

" Tak tahu pula Alya pun datang ziarah makan ayahanda hari ni." ujarku memecah hening.

" Alya memang selalu datang sini setiap jumaat." balasnya. Aku mengangguk faham. Jeda lagi.

" Ab..abang Muaz mana? Kanda datang sendiri?" soalnya pula. Aku pandang dia sekilas.

" Kanda datang sendiri. Muaz sengaja kanda tinggalkan di istana." jawabku. Dia pula yang mengangguk sendiri.

" Alya, boleh kanda tanya sesuatu?" soalku. Dia menoleh memandangku. Aku juga pandang dia. Ini sebenarnya pertama kali aku lihat wajah adik kandungku ini sedekat ini. Cantik, saling tak tumpah macam ibunya, Bonda Noriah.

" Apa dia?" soalnya. Aku melepaskan keluhan kecil.

" Alya sebenarnya tak suka ke kanda balik ke sini?" soalku berterus terang. Dia kaget. Mungkin dia tak menyangka kalau aku akan bertanyakan soalan itu. Dia tertunduk. Mungkin cuba mencari jawapan.

" Alya minta maaf kalau kelakuan Alya selama ni menyinggung perasaan kanda. Alya bukan tak suka. Cuma...Alya...." dia teragak-agak. Aku lepaskan keluhan berat. Dia pandang aku.

" Kanda minta maaf. Bukan kanda minta semua jadi macam ni. Kalau diberikan pilihan, kanda tak nak pun dilahirkan sebagai Putera kepada Sultan Beringinpura. Kanda lebih suka tinggal di Malaysia, jadi orang biasa." luahku padanya. Entahlah, laju pula mulutku meluahkan rasa hati yang terbuku ini.

" Dulu, sejak kecil lagi, almarhum ayahanda selalu cerita pasal kanda pada Alya. Setiap kali dia sebut nama kanda, wajahnya akan jadi ceria. Banyak kali dia janji dengan Alya, dia akan bawa balik kanda ke sini. Ayahanda sayang sangat pada kanda. Tapi, dia tak berkesempatan pun nak luahkan sayang dia pada kanda. Alya pernah nampak dia menangis sambil tatap gambar kanda dan arwah Bonda Maryam. Dia menangis, sambil dia minta maaf. Dia gagal lindungi kanda dan Bonda Maryam. Dia kata, dia gagal jadi ayah yang baik." cerita Alya tenang. Aku mendengar dengan setia.

" Kanda, Alya dingin dengan kanda sebelum ni bukan sebab Alya tak suka. Dari kecil lagi Alya teringin sangat nak jumpa kanda. Cuma...."

" Cuma apa?"

" Cuma, Alya kena berhati-hati." luahnya berterus terang. Aku keliru.

" Berhati-hati? maksud Alya?" dia pandang ke depan sebelum dia melepaskan keluhan berat.

PuteraWhere stories live. Discover now