Bahagian 10 : Bunuh

148 14 4
                                    


" Indera..."

" Indera..." panggil satu suara lembut. Aku tersentak dari lamunan. Aku lantas berpaling.

" Ya bonda.." ujarku salah tingkah. Bonda Noriah memandangku sambil tersenyum. Aku pandang sekeliling, senua keluarga diraja yang berada di meja santapan ini juga turut memandangku. Ada yang tersenyum dan ada yang seakan tertawa kecil. Aku jadi malu sendiri.

" Kenapa Indera? Dari tadi bonda lihat kamu tidak menjamah pun makanan tu."

" Gemuruh agaknya. Hari pertama  bergelar Putera Mahkota." Ujar Tengku Muhammad mengusik. Pecah derai tawa di bilik santapan diraja itu. Aku hanya tersenyum kelat. Ya, benar. Mungkin aku gemuruh. Tapi sebenarnya lebih dari itu. Fikiranku kusut. Banyak benda yang aku fikirkan. Tentang aku, tentang Tengku Muhammad, tentang Bonda Noriah, tentang Alya, tentang Tengku Rezuan dan tentang....Muaz.

"Indera?!" soal Bonda Noriah lagi ambil berat.

"Tak ada apa Bonda, Cuma kurang berselera." Dalihku.

"Tidak sihat?" soalnya lagi.

"Sihat saja Bonda. Mungkin gemuruh agaknya." Balasku lagi. Bonda Noriah tersenyum. Masing-masing mula mengalihkan semula tunpuan yang tadi diberikan padaku. Masing-masing menyambung menjamu selera.

" Malik.." panggilku pada pengawal peribadiku. Dia menunduk sedikit sebelum dia datang mendekat padaku.

" awak ada nampak Muaz?" soalku.

" tak ada Tengku." Jawabnya.

" okay tak apa. Terima kasih."

" Kenapa Indera?" soal Tengku Rezuan pula ambil berat.

" hmmm..tak. Saya cari Muaz. Dari pagi saya tak nampak dia." Balasku jujur.

" Abang Muaz pergi mana?" sampuk Alya. Aku dan Tengku Rezuan berpaling serentak ke arahnya. Wajahnya nampak risau. Kenapa Alya nampak risau?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



(Imbas Kembali)


Aku berpaling apabila aku terdengar pintu kamarku dibuka. Muaz masuk tergesa-gesa. Wajahnya agak pucat. Dan dia kelihatan cemas. Aku jadi hairan. Aku datang mendekat padanya.

" Muaz..." sapaku. Dia kaget.

" Kau okay tak? Kenapa ni?" soalku lagi.

" ermmm...ok...ok..." balasnya.
" betul ni?"

" betul...betul. Aku okay." Ujarnya lagi. Aku pandang dia sangsi.

" Erm....dah malam ni. Kau perlukan apa-apa lagi tak? Kalau tak ada apa aku nak balik dulu." Soalnya pula. Aku melirik jam di dinding. Sudah menunjukkan jam 8.00 malam.

" hmmm...tak ada apa. Kau boleh balik." Balasku. Dia tersenyum kelat.

" Kalau macam tu, aku balik dulu." Ujarnya meminta diri. Aku pandang dia sehingga dia hilang dari pandangan. Kenapa dengan Muaz?



(masa kini)


Aku duduk sendirian di tempat duduk belakang limosin diraja ini. Aku dalam perjalanan pulang ke Istana selepas merasmikan pembinaan sebuah sekolah di ibu kota. Fikiranku melayang memikirkan malam sebelum Muaz menghilang. Itulah kali terakhir aku melihat Muaz. Ini sudah masuk hari ke-3 kehilangan dia. Aku jadi risau. Aku tahu sesuatu dah terjadi pada dia. Tingkah lakunya pada malam sebelum dia menghilang itu meyakinkan aku. Ya Allah, selamatkanlah Muaz.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Tengku...."

"Tengku Indera...." namaku dipanggil. Aku tersedar dari lamunan. Kelihatan Malik yang memanggilku tadi sudah membuka pintu kereta dan menungguku keluar.

" Kita dah sampai Tengku." Ujarnya santun.

" oh ya...maaf." balasku salah tingkah. Aku lantas turun dari kereta dan lantas merapikan sedikit pakaianku. Malik kembali menutup pintu kereta dengan cermat sebaikku keluar.

" Tengku okay ke?" soalnya mengambil berat. Aku tersenyum padanya.

" Saya okay. Tak ada apa." Balasku. Malik hanya mengangguk faham.

" Oh ya...Malik." panggilku.

" Ya, Tengku."

" Macam mana dengan Muaz. Dah dapat cari dia?" soalku.

" Belum ada berita Tengku. Kami masih cuba menjejaki dia." Lapor Malik. Aku hanya mengangguk faham. Aku menarik nafas dalam sebelum mula mengatur langkah masuk ke dalam istana. Kecewa dengan perkhabaran itu. Namun aku tau mereka sudah menjalankan tugas sebaiknya. Pihak polis juga sudah dimaklumkan. Hanya boleh bersabar sahaja buat masa ini.


Aku berjalan masuk ke dalam Istana sambil diiringi oleh pengawal-pengawal peribadiku. Langkahku terhenti apabila aku terdengar namaku dipanggil.

"Kanda Indera....!!" Aku menoleh ke belakang ke arah datangnya suara itu. Kelihatan Alya berlari-lari anak ke arahku. Dia kelihatan cemas.

"Kanda...!" panggilnya lagi. Aku jadi hairan. Kenapa dengan dia?

"Alya...kenapa ni?" soalku sebaik dia mendapatkanku.

" Abang Muaz...." ujanya dengan suara bergetar. Aku bertambah pelik dan risau.

" Kenapa ni? Kenapa dengan Muaz?" soalku lagi. Aku tatap wajahnya. Matanya berkaca. Aku jadi risau. Ya Allah....apa dah berlaku ni?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku berdiri kaku disebelah katil hospital yang menempatkan Muaz. Tubuhnya terbaring kaku tidak sedarkan diri. Luluh hati ini melihatnya begitu. Sesekali aku melirik memandang Alya yang terduduk lesu disebelah Muaz. Dia menangis tak berhenti sejak tadi. Aku tak pernah sedar sedekat inikah hubungan Alya dan Muaz? Banyak persoalan yang sebenarnya inginku tanyakan. Cuma mungkin tak sesuai untuk aku tanyakan disini. Aku melirik pula memandang Dato Rahim, Ketua Polis Negara yang berdiri setia disebelahku.

" Dato, apa yang jadi sebenarnya?" soalku.

" Tengku, Encik Muaz ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah belukar dipinggir ibu kota. Seperti yang telah Tengku nampak, dia telah ditembak. Kami percaya ini adalah cubaan membunuh.

" Bunuh?"

" Ya, dan, seperti yang diterangkan oleh pihak Hospital tadi, kami percaya Encik Muaz ditembak dari jarak dekat. Nasib menyebelahi Encik Muaz, tembakan tersebut tidak mengenai mana-mana organ penting. Mungkin En Muaz telah menyedari dia akan diserang dan dia sempat mengelak." Terang Dato Rahim.

" Siapa yang menyerang dia Dato?" soal Alya mencelah. Aku dan Dato Rahim serentak berpaling memandang Alya. Dato Rahim melepaskan keluhan ringan.

" Yang itu masih dalam siasatan kami lagi Tengku. Dan, kalau Encik Muaz sedar, dan boleh menceritakan sendiri apa yang berlaku, itu akan lebih memudahkan siasatan kami.

" Ada motif rompakan?" soalku pula.

" Tak ada tengku, tiada barang peribadi En Muaz yang hilang ketika dia ditemui." Balas Dato Rahim. Aku mengangguk faham.

" Siapa? Siapa yang sanggup buat Abang Muaz Macam ni? Abang Muaz tak ada musuh pun." Ujar Alya pula sayu.

" Tak apalah Dato, buat masa ni, saya minta Dato boleh sediakan pagawai untuk menjaga Muaz disini. Saya risau kalau penyerangnya akan mencari dia disini."

" Itu sudah tentu Tengku, saya sudahpun mengarahkan anak buah saya untuk membuat kawalan 24 jam di wad ini.

" lagi satu, kalau boleh saya minta isu ini dirahsiakan dulu. Kalau boleh halang semua media dalam negara dan kalau boleh luar negara juga daripada melaporkan isu ini."

" Saya faham tengku, dari awal lagi saya dah minta anak buah saya berbuat begitu. Cuma..."

" Cuma apa Dato?" aku dan Alya kini menumpu perhatian pada Dato Rahim.

" Ini hanyalah teori awal pihak saya. Saya merasakan yang sasaran sebenar pelaku bukanlah Encik Muaz sendiri, tapi saya khawatir yang sasaran sebenarnya adalah keluarga diraja." Ujar Dato Rahim Serius.

" Maksud Dato?" soalku keliru. Dato Rahim menarik nafas dalam.

" Saya akan menyisat dengan lebih lanjut. Cuma buat masa ini, saya nasihatkan Tengku dan Tengku Alya lebih berhati-hati. Saya akan berhubung dengan Komander Pasukan Pengawal Khas Diraja supaya kawalan keselamatan ke atas keluarga diraja dapat dipertingkatkan. Saya minta maaf tengku, cuma saya merasakan, masalah ini lebih serius dari apa yang kita nampak." Ujar
Dato Rahim serius. Aku dan Alya berpandangan sesama sendiri. Ya Allah, apa pulak ni.

Bersambung....

P/s: happy reading....mcm biasa...tlg vote n komen ye...

PuteraWhere stories live. Discover now