Bahagian 1 : Aku Anak Raja?!

463 17 7
                                    


Asslamualaikum. Hai. Perkenalkan, nama aku Indera bin Iskandar. Aku berusia 24 tahun dan kini merupakan seorang penuntut di salah sebuah universiti awam dalam bidang perubatan. Bakal doktor lah kiranya aku ni.

Ini adalah kisah aku, kisah yang mungkin boleh dianggap ala-ala kisah dongeng Disney. Tapi, ini adalah realitinya.

Hidup aku, boleh dikatakan malang sejak kecil. Arwah ibu meninggal ketika aku berusia hanya enam tahun. Ayah pula, entahlah. Aku tak pernah kenal siapa ayah aku sejak aku kecil. Entahkan hidup, entahkan mati.

Tapi, aku bertuah sebab aku dikurniakan dengan keluarga angkat yang amat sayangkan aku. Ibu angkat aku yang aku panggil mak, adalah seorang guru. Cikgu Rosnah. Guru yang terkenal garang di sekolahnya. Nasib baik aku tak sekolah disitu. Ayah angkat aku pula, En Bakar, Seorang pegawai polis. Tegas orangnya. Tapi dalam masa yang sama, sangat baik hati.

Mereka berdua sangat sayangkan aku. Mereka menjaga aku bagaikan menatang minyak yang penuh. Tambahan pula mereka tidak dikurniakan zuriat sendiri, maka pada akulah dicurahkan segala kasih saying.

Kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi itulah aku tak berani nak tanya tentang keluarga kandung aku. Aku takut kalau-kalau soalan aku itu akan membuatkan mereka sedih.

Tak banyak yang aku tahu tentang keluarga kandung aku. Selain nama arwah ibu, aku tak tahu langsung latar belakangnya.

Namun, segalanya berubah, beberapa hari selepas aku menyambut hari lahirku yang ke-24. Segala persoalan yang bermain dalam mindaku selama ini, akhirnya terjawab. Dan bukan sekadar itu, lebih banyak persoalan timbul. Persoalan-persoalan yang membuatkan aku berfikir yang aku ni sebenarnya hidup di alam realiti atau dongeng fantasi.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



"Tujuan kami datang ke sini, adalah untuk menjemput Tengku Indera balik ke Istana Beringinpura." ujar seorang lelaki bersut lengkap dan bersongkok hitam yang sedang duduk di sofa dihadapanku. Aku pandang dia kosong. Masih cuba menangkap dan memproses apa yang dikatakannya tadi.

" Ap...apa dia? sekali lagi" soalku kembali.

" Tengku, kami ingin menjemput Tengku untuk balik ke Beringinpura." ujarnya lagi kini lebih ringkas.

"Tengku? , Istana? Beringinpura?" aku kebingungan. Ini apahal bertengku-tengku pulak ni ? aku ni bukannya kerabat diraja, kan?

"Tengku perlu pulang ke Beringinpura untuk meredakan keadaan di Beringinpura"

"Redakan keadaan?" keadaan apa pulak , apa pulak kaitan aku dengan Beringinpura? Aku bingung. Serius aku tak faham apa yang berlaku sekarang.

"Dato' , sekejap. Sebenarnya , Indera tak tahu apa-apa , sebab saya memang tak pernah cerita apa-apa pada dia sebelum ni " sampuk mak. Kata-kata Mak itu menambahkan lagi kekeliruan aku. Apa semua ni? Lelaki sebaya Mak dan Abah tadi memandang Mak dan Abah dalam.

"jadi , Tengku Indera memang tak tahu yang dia anakanda Almarhum Sultan Iskandar Shah?"soal lelaki itu. Aku kaget. Aku anak siapa?

"kejap..kejap...Dato' kata apa tadi? anakanda , Almarhum Sultan Iskandar Shah? "aku mencelah , memang kurang ajar sebab aku mencelah orang tua bercakap , tapi aku tak peduli aku nak pastikan aku tak salah dengar tadi. Lelaki tadi pandang aku pula. Mak melurut perlahan peha aku sebelum menggenggam tanganku.

"Baiklah, Tengku, biarlah patik perkenalkan diri patik semula dan tujuan sebenar patik kesini. Patik, Dato' Seri Setia Ahmad Hussein Abdullah, Datuk Temenggung Istana Beringinpura. Tujuan patik ke sini adalah atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Ampuan Noriah, Tuanku Permaisuri Beringinpura, untuk menjemput Tengku Indera Syah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Syah pulang ke Beringinpura untuk ditabalkan sebagai Sultan Beringinpura yang ke-25." ujar Dato' Hussein panjang lebar dan penuh protokol. Aku pandang dia kosong. Ya tuhan, bermimpikah aku?

PuteraWhere stories live. Discover now