Bahagian 4 : Keluarga Diraja

248 14 3
                                    


'Tuk..tuk..tuk....' bunyi ketukan kuat pada pintu bilik air.

"Indera....kambat lagi ke?" soal Muaz dari luar.

" Ye..ye...kejap." jawabku di dalam sambil menyegerakan basuhan tanganku. Aku lap tangan ala kadar dan terus memulas tombol pintu. Kelihatan Muaz berdiri tegak di luar pintu bilik air ini dengan wajah mencerun.

" Kau buat apa lama sangat?" soalnya. Aku tersengih.

" Sorry...perut memulas pulak. Nervous kot." Tingkahku.

" Dah...dah...jom, lambat dah ni." Ujar Muaz seraya menolak tubuhku. Aku melirik kea rah jam tanganku. Hanya beberapa minit lagi jam lapan malam. Muaz mendorongku sehingga aku keluar dari bilik besar ini.

" Kemana ni?" soalku pula merujuk kearah mana patut ku tuju. Entah dimana bilik santapan diraja tu.

" Jom..ikut aku. Cepat!! Lambat dah ni." Ujar Muaz kalut sebelum dia menunjuk jalan. Aku mengekori dia dari belakang. Berlari-kari anak kami dibuatnya.

Muaz membawa ku turun ke tingkat bawah sebelum dia menuju kearah tengah Istana Cempaka ini. Kelihatan beberapa orang pengawal berkawal di luar pintu.

Muaz memberhentikan langkah. Dia berpaling mengadap aku. Selepas dia mengintai-intai sedikit ke dalam dibalik pintu kaca.

" Okay, nampaknya Tengku sahaja yang belum sampai ni. Yang lain semua dah ada di dalam." Ujar Muaz. Sengaja dia memanggilku 'Tengku' semula dek kehadiran pengawal-pengawal ini. Takut ada pula yang menyampai pada Datuk Hussein. Muaz kemudiannya mengeluarkan sapu tangannya dan dia mengelap sedikit peluhku yang mula menitik keluar. Tak tahulah sebab aku berlari tadi atau sebab aku gemuruh. Wajahku sudah pucat. Darah bergerak laju.

" Sedia?" soalnya.

" Kalau tak ready pun tak kan nak berdiri di luar ni sampai esok kan?" soalku pula gementar. Muaz tersenyum sinis. Dia menepuk lembut bahuku tiga kali sebelum dia memulas tombol pintu bilik santapan diraja itu. Aku membontotinya dari belakang.

" Ampun Tuanku, perkenalkan, ini Tengku Indera." Ujar Muaz sambil menyembah hormat. Aku juga turut memberikan sembah hormat seperti yang telah diajarkan Muaz tadi. Aku perhatikan wajah-wajah di meja makan itu, ada empat orang. Tiga wanita dan seorang lelaki. Yang wanita aku rasa aku kenal, tapi yang lelaki tu siapa?

" Indera, mari jemput duduk." Pelawa kerabat yang paling tua. Aku pasti, baginda ini adalah nendaku, YAM Seri Lela Raja Ampuan Besar Siti Aminah binti Almarhum Tengku Besar Izahar Syah. Aku tersenyum, lalu dengan janggalnya aku mengambil tempat kosong yang telah disediakn untukku. Muaz membantu menarik kerusiku.

" tahulah bakal sultan, tapi fikirlah orang lain sama." rungut seorang gadis di meja makan ini. Walaupun perlahan, tapi aku masih boleh mendengar dengan jelas setiap patah perkataan yang keluar dari mulut gadis itu. Kurang ajar betul budak ni, siapalah dia ni? Entah-entah adik aku ke?

" Alya!" tegur kerabat separuh baya disebelahnya.

" maaf, saya terlambat.."aku memohon maaf.

" tak apa kami faham. Lagipun, kami sendiripun baru sahaja sampai." ujar wanita separuh abad itu mesra.

" Oh ya, sebelum tu, lebih baik kita berkenal-kenal dahulu, Indera, Yang ni Nenda kamu, Raja Ampuan Besar Siti Aminah, yang ini, puteri bonda, adinda kamu, Seri Lela Ampuan Puteri Noralya Suraya, dan bonda ni, bonda tiri kamu, kamu boleh panggil bonda, Bonda Noriah sahaja." Bonda Noriah aka KDYMM Seri Lela Paduka Ampuan Permaisuri Noriah Azizah binti Tengku Besar Burhan Syah memperkenalkan masing-masing.

" Sa..salam perkenalan, saya Indera, Indera Iskandar." Balasku kekok.

" Oh ya, lupa pula, yang ni adinda bonda, Tengku Muhammad." Perkenalkan Bonda Noriah. Oh, jadi itu gerangannya lelaki ini. Aku pandang dia.

PuteraWhere stories live. Discover now