Bahagian 6 : Jalan-jalan

187 14 4
                                    


Aku bersandar ke kerusi sambil melepaskan keluhan berat. Pen yang aku pegang aku lepaskan ke atas meja. Prof Jaafar yang tadi mengajar aku baru sahaja meninggalkan bilik bacaan ini. Muaz datang menghampiriku.

" Penat Tuanku?" soalnya. Aku pandang dia mencerun. Sengaja dia mengusik. Entahlah, belajar begini disini lebih penat dari masa aku belajar di Universiti dulu.

" Berapa lama lagi aku kena belajar semua ni?" soalku pada Muaz. Muaz datang dan dengan selamba duduk di hadapanku.

" Sampai...kau betul-betul faham protokol diraja.." ujarnya selamba. Aku mengeluh lagi. Dia pandang aku sambil tersenyum geli hati. Suka betul dia tengok aku tersiksa macam ni. Aku mendongak memandang siling yang berhias cantik. Fikiranku melayang seketika sebelum tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu.

" Muaz..." panggilku. 

" Ya.."

" Aku dah dekat sebulan dah kat sini."

"Ya.."

" Tapi aku tak pernah lagi jalan-jalan tengok negara ni." ujarku.

" Okay..." Muaz agak keliru.

" Bawak aku jalan-jalan pergi bandar please...." rayuku.

" Okay....nanti aku cakap dekat Datuk Hussein. Kalau dia benarkan, aku akan aturkan." ujarnya lagi. Aku mencebik. Kalau dia aturkan secara rasmi gitu, dah tentu dengan segala jenis protokol yang memenatkan.

" Laa...dah kenapa?" soalnya pulak bila melihatkan riaksiku.

" Aku tak nak la...pergi dengan rombongan dengan segala jenis protokol yang macam aku dah belajar ni." luahku.

" Habis tu?"

" Kita berdua je...jalan-jalan...tourist mood.." cadangku.

" Kau gila? kau tu Putera Mahkota. Kau jangan nak buat pasal. Jadi apa-apa kat kau nanti...mati aku tau tak?" Muaz paranoid.

" 'Bakal'....'Bakal Putera Mahkota'." ujarku membetulkan Muaz.

" Tak lama dah pun, seminggu lagi je istiadat pemasyhuran tu. Bakal ke, tak bakal ke, sama je..."

" Rileks la....lagi pun, siapa je yang kenal aku. Kau sendiri cakapkan, tak ada siapa lagi dalam negara ni yang kenal aku." balasku. Muaz diam. Dia pandang wajahku tepat.

" Pleaseee..." rayuku lagi dengan wajah yang comel. Muaz pandang aku mencerun.

" Aku janji, apa-apa jadi, aku akan bertanggungjawab. Aku akan pastikan yang tak akan jadi apa-apa dekat kau. Pleaseeeee...." pujukku lagi.

" Hahhhh..." Muaz melepaskan keluhan berat sebelum tertunduk kalah. Aku pula tersenyum senang.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Aku duduk bersandar di kerusi sebuah kafe sambil menyedut jus oren yang baru sahaja dihantar oleh pelayan tadi. Muaz duduk setentang denganku sambil pandang aku dengan muka tak puas hati. Kelakar betul muka dia sekarang ni. Aku cuba senyum-senyum pada dia.

" Sedap...air tu?" soalnya sinis. Aku tersenyum geli hati.

" Sedap....pandai kau pilih kafe ni." ujarku berseloroh. Aku dengan Muaz kini di sebuah kafe di tengah-tengah pusat bandar bandaraya Kuala Beringin. Aku Berjaya yakinkan Muaz untuk 'seludup' aku keluar dari istana. Kelakar pula bila diingatkan balik macam mana aku kena sembunyi-sembunyi menyelinap masuk ke Istana Dahlia sebelum keluar dengan kereta Muaz mengikut pintu pekerja di bahagian belakang Kompleks Istana tu. Dah macam filem perisik pulak.

PuteraWhere stories live. Discover now