Bahagian 11 : Silam

95 11 3
                                    


Sebelumnya...

"tapi cerita tentang peralihan takhta 30 tahun dulu tu benar kan?" aku bertanya lagi. Tengku Rezuan mengangguk.

"Kamu tak perlu risau, kanda sudah lupakan semua tu. Dah ditakdirkan tahkta tu bukan untuk kanda, kanda redha. Lagipun kanda percaya kamu mampu menjadi sultan yang baik dan disayangi sekalian rakyat." ujarnya tenang. Aku melepaskan satu keluhan berat sebelum tertunduk. Dia datang mendekatiku. Dia duduk disebelahku.

**

" Kenapa Indera?" soal Tengku Rezuan pula ambil berat.

" hmmm..tak. Saya cari Muaz. Dari pagi saya tak nampak dia." Balasku jujur.

**

"Kanda Indera....!!" Aku menoleh ke belakang ke arah datangnya suara itu. Kelihatan Alya berlari-lari anak ke arahku. Dia kelihatan cemas.

"Kanda...!" panggilnya lagi. Aku jadi hairan. Kenapa dengan dia?

"Alya...kenapa ni?" soalku sebaik dia mendapatkanku.

" Abang Muaz...." ujanya dengan suara bergetar. Aku bertambah pelik dan risau.

" Kenapa ni? Kenapa dengan Muaz?" soalku lagi. Aku tatap wajahnya. Matanya berkaca. Aku jadi risau. Ya Allah....apa dah berlaku ni?


BAHAGIAN 11 : SILAM


Aku berjalan sendiri di tengah malam menelusuri koridor Istana Cempaka menuju ke arah yang aku sendiri tak pasti. Aku Tarik nafas dalam. Tak boleh tidur. Jenuh aku cuba melelapkan mata tadi. Tapi hampa, fikiran aku terlalu kusut untuk aku mampu untuk melalpakan mata. Aku ambil keputusan untuk mengambil angin sedikit. Kalau-kalau fikiran aku boleh jadi tenang sedikit. Aku membiarkan kakiku melangkah sendiri. Fikiranku terlampau kusut untuk aku memikirkan kemana harus aku pergi.

Tanpa sedar aku sudah tiba di Istana Anggerik. Istana ini terasa sungguh sunyi di tengah malam begini. Berbeza dengan waktu siangnya dimana Istana inilah yang paling sibuk sekali berbanding dengan blok-blok istana yang lain. Malam-malam begini, pengawal hanya berkawal di bahagian luar Istana. Hanya sesekali ada beberapa orang pengawal yang meronda.

Entah kenapa tiba-tiba aku terpandang ke arah Perpustakaan Diraja. Lantas aku mendapat idea. Mungkin kalau aku membaca, aku boleh jadi mengantuk. Aku lantas mengatur langkah ke perpustakaan. Perlahan pintu besar itu aku cuba tolak. Eh...tak berkunci. Biar betul. Ah..lantaklah, mungkin rezeki aku malam ni. Aku lantas mengatur langkah masuk ke dalam perpustakaan tersebut. Sengaja aku tak membuka lampu utama. Hanya lampu meja bacaan sahaja yang aku buka. Aku mula masuk ke rak-rak dan cuba mencari bahan-bahan bacaan yang mungkin mampu membuat aku tertidur.

Sedang asyik membelek tiba-tiba aku terdengar bunyi derapan kaki laju menuju ke arah perpustakaan itu. Entah kenapa, aku jadi panik. Lantas aku menutup semula lampu di meja bacaan yang aku buka dan aku menyorok di balik rak. Dah kenapa aku nak menyorok? Bukan aku buat jenayah pun.

Pintu perpustakaan tersebut dibuka kasar dan muncul dua orang kelibat manusia masuk ke dalam. Aku cuba mengintai dari balik rak buku. Itu....Bonda Noriah....dan....Pak Uda?

" Muhammad, bagitahu kanda jujur!" pinta Bonda Noriah tegas.

" Bagitahu apa Kanda?" Soal Tengku Muhamamd kembali. Nadanya keras.

" Kamu yang buat semua tu kan?"

" Buat apa kanda? Kanda cakap apa ni?" Tengku Muhammad nampak tidak selesa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PuteraWhere stories live. Discover now