1️⃣

84 15 0
                                    

Semua orang menunduk tatkala majikan mereka masuk. Air liur ditelan dek aura dingin yang mereka rasai dari boss mereka, Kim Jongin.

Mirae, selaku setiausahanya masuk untuk menyampaikan jadualnya untuk hari ini. Jongin hanya mengangguk. Sebaik sahaja Mirae keluar, dia menyandarkan kepalanya di kerusi. Dadanya disentuh.

"Kenapa jantung aku ni dari tadi laju je berdegup? Aku nak mati dah ke? Bagilah aku kahwin dulu baru mati." keluh Jongin. Kerana malas mahu melayan perasaanya, Jongin menyambung kerjanya.

Jongin keluar untuk lunch bersama Sehun, rakan baiknya. Kebetulan dia ada mesyuarat bersama syarikat Sehun.

"Aku dah lamar Sooyoung. Bulan depan kitorang kahwin." Jongin hampir tersedak makanannya. Air diminum sebelum memulakan bicara.

"Kau biar betul!? Sooyoung tu belajar lagi kut."

"Betullah. Parents dia pun dah setuju. Diorang yang suruh cepatkan sebab ada kawan diorang yang berkenan dengan Sooyoung jugak. So kalau aku nak Sooyoung, aku kena cepat." bebel Sehun. Jongin mengangguk.

"Aku bukan apa Hun. Aku kesian dekat Sooyoung je nanti. Tak pasal-pasal pergi class mengandung." kepala Jongin dipukul Sehun.

"Aku taulah nak kawal nafsu aku. Aku tunggulah dia sampai habis belajar."

"Apa-apalah Hun. Asalkan kau bahagia."

Jongin menyambung makan.

"Kau?" soal Sehun. Jongin mengangkat keningnya.

"Aku?"

Sehun mengangguk.

"Aku apa?"

Sehun menepuk dahinya.

"Kau bila--"

"Ahjussi! Ahjussi! Kalau omma saya datang cakap ahjussi tak nampak saya tau!"

Jongin dan Sehun bingung. Perempuan ni memang nampak muda dari mereka tapi tak sampai pangkat ahjussi rasanya. Perempuan tadi menyorok di bawah meja makan mereka.

"Omo Haewon! Kamu buat apa bawah tu! Maaf ya nak. Anak ahjumma ni tak berapa sihat sebab tu macam ni perangai dia."

"Tak apa. Kami pun dah habis makan ni. Dia tak mengganggu pun."

Ahjumma tadi pergi bersama anaknya. Sempat dia menunduk sedikit sebelum pergi. Sehun dan Jongin hanya membalas.

[C] Unperfect (Kai EXO)Where stories live. Discover now