7️⃣

56 13 2
                                    

Haewon membuka matanya. Sakit kepalanya masih belum hilang tapi sudah berkurang. Tatkala dia mahu bangun, tangannya terlanggar kepala seseorang. Lembut sahaja rambutnya. Haewon menoleh. Ahjussi rupanya. Bahu Jongin dipegang dan digoyangkan.

"Ahjussi! Ahjussi! Bangun! Kenapa tidur sini? Tidur lah kat rumah ahjussi."

Jongin mengangkat kepalanya. Tangan Haewon diraih.

"Neo gwenchana? Sakit kepala lagi ke?"

"Sikit je. Ahjussi, Haewon nak keluar dari sini. Haewon tak nak duduk lama-lama. Haewon takut. Tengok ni. Haewon tak suka kena cucuk dekat sini. Sakit." adu Haewon sambil tunjukkan jarum IV dripnya.

Jongin raih pula tangan Haewon yang ditunjuk tadi. Ditiup lembut pada jarum itu dan diusap perlahan.

"Sikit je sakit ni, sayang. Lepasni eloklah. Haewon kan kuat. Haewon mesti kena tahan. Arrachi?" Jongin senyum. Begitu juga Haewon.

"Omma mana? Haewon nak omma."

"Omma on the way. Ahjussi suruh kawan ahjussi bawakan omma. Ahjussi tak nak tinggalkan Haewon sorang-sorang. Sekejap lagi omma sampai."

Haewon mengangguk. Jongin menyuruh Sehun untuk bawakan omma Haewon. Oleh sebab Sehun dan Sooyoung semangat untuk berjumpa dengan Haewon, Jongin mengambil kesempatan ini. Sehun juga sibuk dengan syarikatnya jadi masa lapang begini perlu digunakan.

"Haewon!"

Puan Baek berlari menghampiri Haewon. Lantas dipeluk anak tunggalnya itu. Sehun dan Sooyoung menyusul dibelakang Puan Baek.

"Jongin, kenapa dengan Haewon?"

"Doktor cakap dia dapat sikit memori dia. Sebab tu dia pengsan. Mungkin lepasni dia akan kerap pengsan. Sehun, Sooyoung. Korang sembang dululah dengan Haewon. Aku nak bincang something dengan omma Haewon jap."

Sehun dan Sooyoung mengangguk.

"Omma. Jom kita pergi cafe? Omma tak makan lagi, kan?"

Puan Baek mengangguk.

"Omma pergi makan sekejap ya, Haewon? Kamu duduk dengan Sehun dan Sooyoung dulu tau."

Puan Baek mengikuti Jongin selepas mendapat anggukan dari Haewon.

□□□

"Saya nak cepatkan perkahwinan dengan Haewon. Saya risau dengan keadaan dia. Omma tinggal sekali dengan kami, ya? Boleh tengok-tengokkan Haewon. Saya akan bantu Haewon untuk dapatkan ingatan dia balik. Saya akan jaga Haewon, omma. Saya akan jaga dia. Saya janji."

"Omma pegang janji kamu. Jangan kecewakan Haewon, ya. Kalau ingatan dia pulih, sayang dia macam mana kamu sayang dia sekarang."

Jongin mengangguk.

"Sayang saya dekat Haewon takkan pernah berkurang, omma. Malah makin bertambah. Hukum saya kalau saya tak tunaikan janji saya."

Bahu Jongin ditepuk perlahan

"Omma percaya kamu. Dah jom kita naik. Entah apa yang si Haewon tu kelentong Sehun dengan Sooyoung nanti."

[C] Unperfect (Kai EXO)Where stories live. Discover now