"Hai Haewon." sapa Jongin.
"Ahjussi ni siapa? Eh ahjussi ni yang dekat kedai makan tadi kan!" Jongin mengangguk.
"Ahjussi buat apa dekat sini? Macam mana ahjussi kenal Haewon?"
Jongin menggosok lehernya sebelum berbicara.
"Sebenarnya, ahjussi yang langgar Haewon. Tapi Haewon jangan risau. Ahjussi yang bawa Haewon datang sini."
Jongin mendekati Haewon. Katil Haewon menjadi tempat duduknya. Tangan Haewon mahu diraih tapi laju sahaja Haewon mengelak. Jongin baru teringat yang Haewon pernah hampir dirogol. Mungkin dia trauma.
"Sorry. Haewon."
"Nae?"
"Kalau ahjussi nak kahwin dengan Haewon, Haewon nak tak?"
Haewon memandang Jongin. Lagaknya seperti berfikir.
"Erm, nak! Sebab ahjussi handsome! Hehe. Tapi ahjussi, cuba ahjussi senyum. Sebab ahjussi asyik masam je. Takut Haewon. Ngee."
Hujung bibir Jongin disentuh dan ditarik supaya senyum. Jongin tergelak.
"Haa kan lagi handsome! Barulah Haewon tak takut."
Jongin senyum sebelum mengusap rambut Haewon. Nampaknya Haewon sudah selesa dengan dia.
"Lagi sebulan, kita kahwin nak? Nanti ikut ahjussi beli barang okay?"
"Tapi omma? Nanti omma marah macam mana?"
"Nanti ahjussi bagitau omma. Betulkan Haewon nak kahwin dengan ahjussi?"
"Yelah. Dah cakap kan tadi. Ingat Haewon main-main ke."
"Okay-okay. Haewon nak makan? Ahjussi belikan."
"Tak nak. Haewon baru lepas makan. Nurse comel bagi tadi."
"Okay kalau macam tu, Haewon duduk sini dulu dengan omma. Kejap lagi ahjussi hantar Haewon dengan omma balik, okay?"
Haewon mengangguk. Jongin melangkah keluar dari wad Haewon. Puan Baek ada di kerusi sambil membelek telefonnya.
"Ahjum--"
"Omma."
"Omma? Omma terima saya jadi menantu omma ke!?" soal Jongin teruja.
Puan Baek mengangguk kecil. Jongin sedikit melompat dan memeluk Puan Baek. Sedar yang dia diperhatikan, terus Jongin memberhentikan perlakuannya.
"Mianhaeyo omma. Omma masuk dulu tengok Haewon. Saya nak keluar sekejap, ada kerja. Dalam 90 minit lagi saya datang amik omma dengan Haewon. Haewon pun tak boleh keluar lagi. Saya pergi dulu ehh?"
"Yelah. Hati-hati." Jongin mengangguk. Telefon diambil dan didail nombor seseorang.
"Hun. Aku nak jumpa kau. Sekarang. Penting. Dekat Starbucks."

YOU ARE READING
[C] Unperfect (Kai EXO)
Fanfiction[Kai's SHORT STORY - Oneshot] "Dia mungkin tak sempurna dimata orang lain tapi dia mampu untuk sempurnakan hidup saya, omma." - Kim Jongin. This fanfic is the winner of SHORT KAI FANFICTION organized by Telegram Channel : PROUD TO BE EXO-L Please gi...