4️⃣

54 14 0
                                    

"Aku nak kahwin."

Sehun yang baru menyedut Java Chipnya tersedak.

"Dengan siapa? Kau calon pun tak ada."

"Sebab calon dah ada lah aku cakap aku nak kahwin. Kalau tak ada, aku nak kahwin dengan siapa. Dengan kau? Tak selera aku."

Sehun menjeling Jongin.

"Kau fikir aku selera dengan kau? Aku pun tak hingin. Haa siapa calon kau? Kesiannya dia jadi pilihan kau. Sedih betul dapat lelaki dingin macam kau ni."

"Aku yang beruntung dapat dia Hun. Sebab dia, aku mampu tergelak semula."

Jongin menyedut airnya. Sehun yang tadinya bergurau terus sahaja serious.

"Siapa dia?"

"Perempuan yang duduk bawah meja makan kita tadi."

Sehun tersedak airnya sekali lagi.

"Budak terencat tu!?"

"Mulut kau elok sikit ehh. Dia bukan terencat. Dia sakit. Kau tau kan kesan sampingan lepas pembedahan otak tu. Dia hilang separuh memori dia." Sehun mengangguk tahu.

"Patutlah macam budak-budak. So, bila kahwin?"

"Bulan depan."

"Omma dia, okay?"

"Okay."

"Omma kau?" Jongin terdiam.

"Aku tak bagitau dia lagi."

"Kau tau kan omma kau tu macam mana? Aku takut dia tak terima je budak tu. Perempuan yang lawa macam mendiang Yoona tu pun dia tolak mentah-mentah, apatah lagi budak tak sihat macam tu."

"Aku takkan ulang silap yang sama. Aku akan pastikan Haewon selamat dengan aku. Tak kesahlah omma aku terima atau tak. Aku takkan biarkan sesiapa pun lukai dia. Cukuplah pemergian mendiang Yoona tu jadi pengajaran buat aku."

"Well, actually aku bersyukur sebab kau dapat jumpa cinta baru kau. Aku takut jugak kalau kau jadi bujang terlajak sebab tak move on lagi dengan mendiang Yoona."

"Dah lama dah aku move on dengan mendiang Yoona tu cuma aku je yang tak jumpa cinta baru."

"Eloklah tu. Nanti bawak aku jumpa dia. Haewon tu cantik sebenarnya tapi tu lah tak sihat pulak."

Jongin mengangguk tanda setuju dengan Sehun. Tiba-tiba Sehun meraung kesakitan kerana telinganya ditarik Sooyoung.

"Berani awak cakap perempuan lain cantik, ha!? Habis saya ni tak cantik lah!?" bentak Sooyoung sambil tangannya masih menarik telinga Sehun.

"Hish sayang! Apani!? Sakitlah! Saya kata je dia lawa tapi mana boleh lawan sayang. Sayang kan yang paling lawa. Betul!"

Jongin tergelak melihat tingkah laku Sehun dan Sooyoung.

"Kau gelak Jongin!? Sejak bila kau pandai gelak ni? Wow! Impressive!"

"Sejak dia dah jumpa buah hati dia." balas Sehun.

"Kau nak kahwin!?" jerit Sooyoung. Lagi.

"Sayang, jangan jerit please! Sakit telinga saya!"

Sooyoung tersenyum. Pipi Sehun dipegang.

"Sorry. Bawaklah dia jumpa kitorang. Tak sabar."


"Esok-esok lah aku bawak dia. Dia tu susah sikit."

[C] Unperfect (Kai EXO)Where stories live. Discover now