Keluar sahaja dari McDonalds, Jongin membawa Haewon ke butik pengantin. Jongin ni sibuk orangnya jadi masa hujung minggu macam ni lah dia perlu siapkan semuanya untuk majlis nanti. Nak harapkan Haewon, faham-fahamlah macam mana Haewon tu.
Omma Haewon pula tak sempat nak buat semua tu. Banyak tempahan bunga yang perlu dia gubah. Kerana gubahannya yang sangat kemas dan cantik, memang ramai suri-suri rumah dari golongan berada yang menempahnya. Kudratnya cukup untuk bekerja dengan pekerjaan yang gajinya lebih tinggi namun mengenangkan keadaan Haewon, dia terpaksa bekerja di rumah. Dengan kemahirannya, dia dapat menyara dirinya dan Haewon dua beranak.
Jongin dan Haewon disapa mesra oleh pemilik butik itu. Pemilik itu memang sudah biasa dengan Jongin kerana semua baju Jongin direka khas oleh pemilik itu atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle John.
"Hey my Nini! Lama tak datang sini. Ni mesti nak buat baju kerja baru. Dah gemuk ke?"
"Tak adalah. Baju saya muat lagi. Saya nak tempah baju untuk kahwin."
"Kamu nak kahwin? Sebelah ni ke bakal isteri kamu?" Jongin mengangguk kecil sebelum tersenyum.
"Nama siapa?" soal Uncle John kepada Haewon.
"Annyeonghaseyo, jeoneun Baek Haewon imnida!"
"Hmm cantik nama. Macam orang dia. Kamu nak design yang dah sedia ada atau nak uncle buat design baru?"
"Saya nak yang design baru tapi yang simple je. Tak nak yang terdedah sangat. Saya tak nak orang tergoda dengan Haewon saya." kata Jongin selamba tapi uncle John sudah terkekek-kekek gelak.
"Ahjussi! Ahjussi! Kalau nak kahwin memang kena pakai baju macam ni eh? Cantiknya! Macam princess! Haewon suka princess. Cantik. Kalau Haewon pakai, cantik macam princess tak?" soal Haewon teruja. Jongin mengusap kepala Haewon.
"Haewon pakai apa pun cantik, sayang. Sekarang pun Haewon cantik."
Haewon tergelak kecil. Dia bangun dan bergerak ke wardrobe yang menempatkan baju-baju yang sudah siap. Jongin mengikut Haewon. Pinggang Haewon dirangkul dan dirapatkan dengan badannya. Haewon terhidu haruman Jongin. Entah kenapa, dia rasa pelik dengan haruman itu. Kepalanya tiba-tiba sakit. Dia seolah-olah dejavu dengan situasi ini.
Haewon tidak menahan sakit dikepalanya dan jatuh dipangkuan Jongin. Laju sahaja Jongin memangku Haewon. Pipi Haewon ditepuk-tepuk. Jongin resah.
"Haewon! Haewon, bangun!"
Kerana Haewon masih tidak sedarkan diri, Jongin terus mengangkat Haewon masuk ke dalam kereta. Sedang lelaki itu memcut, telefonnya berdering. Uncle John.
"Kamu ke mana Jongin? Haewon kenapa?"
"Saya tak tahu, uncle. Dia tiba-tiba pengsan. Saya on the way ke hospital. Sorry uncle. Lain kali saya bawa Haewon untuk ukur baju bila dia dah sihat."
"It's okay. Jangan paksa dia. Hati-hati."
"Thank you, uncle."
Panggilan dimatikan. Jongin mahu telefon omma Haewon tapi dia tak mahu buat omma Haewon terkejut. Bila keadaan sudah reda, baru dia akan beritahu. Pedal minyak ditekan untuk menambah kelajuan. Nasib baik juga jalan raya tidak sibuk. Sekejap sahaja sudah sampai di hospital. Dengan kereta berkuasa tingginya dan kelajuan yang agak tinggi, hanya 10 minit masa yang diperlukan untuk tiba.
Tubuh kecil Haewon diangkat keluar dari kereta. Wad kecemasan dituju. Ada jururawat yang datang membawa katil hospital. Diletakkan Haewon di atas katil dan ditolak katil itu bersama jururawat.
"Encik tunggu diluar dahulu. Sekejap lagi kami panggil." arah seorang jururawat.
Kecil orangnya tapi agak tegas dan nampak profesional. Jongin akur. Dia duduk di kerusi berdekatan. Kakinya digerakkan. Sekejap bangun, sekejap duduk. Dia risau. Kenapa dengan Haewon sebenarnya. Dia tidak mahu telefon omma Haewon sekarang kerana dia pasti omma mesti mahu pergi sekarang juga dengan menaiki pengangkutan awam. Dia tidak mahu begitu. Dia juga risau dengan bakal ibu mertuanya.
"Siapa keluarga Haewon?" Jongin bangun.
"Saya tunang dia. Kenapa dengan Haewon, doktor?"
"Mengikut rekod, Haewon menghidap amnesia posthypnotic. Betul?"
"Saya tak pasti doktor. Penyakit apa tu?"
"Kehilangan ingatan separa. Mengikut rekod juga, Haewon mengalami komplikasi ni selepas pembedahan otak. Dia pengsan tadi sebab ada sebahagian memori dia yang datang semula. Mungkin dia terlalu mencuba untuk ingat semula, sebab itu dia pengsan. Tapi kamu jangan risau, itu petanda baik kerana dia mungkin akan dapat memori dia semula. Banyakkan bersabar kerana dia mungkin akan acap kali pengsan selepas ini. Dia tidak sedar lagi tapi kamu bolehlah untuk tengok dia sebentar. Saya akan warded dia dulu untuk pantau kondisi Haewon. Kalau baik-baik sahaja, dia boleh discharge dalam masa terdekat. Saya minta diri dulu."
Jongin mengangguk kecil. Wad kecemasan dituju. Katil Haewon adalah tujuan utamanya. Tubuh Haewon yang kaku dikatil dipandang sayu.
"Saya akan jaga awak Haewon. Saya akan bantu untuk pulihkan ingatan awak. Walaupun saya tak pernah wujud dalam memori awak, saya akan tetap tolong awak. Ya, awak perempuan kedua yang berjaya curi hati dingin saya tapi saya akan pastikan awak perempuan terakhir yang akan bertakhta dalam hati saya. Saya janji Haewon. Saya janji."
YOU ARE READING
[C] Unperfect (Kai EXO)
Fanfiction[Kai's SHORT STORY - Oneshot] "Dia mungkin tak sempurna dimata orang lain tapi dia mampu untuk sempurnakan hidup saya, omma." - Kim Jongin. This fanfic is the winner of SHORT KAI FANFICTION organized by Telegram Channel : PROUD TO BE EXO-L Please gi...