Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Jongin mengenakan tuxedo hitam. Rambut hitamnya juga ditukar coklat.
Disebabkan soal kesihatan Haewon, dia tak sempat untuk mengukur baju untuk direka oleh uncle John. Jadi, koleksi baju yang ada di butik uncle John dipilih. Seperti yang Jongin mahu, dia mahu baju Haewon yang simple sahaja.
Majlis hampir bermula. Jongin sudah bersedia di atas altar bersama paderi. Ada borang yang diisi atas arahan paderi. Sehun pula sudah berada di hujung karpet merah, menunggu kehadiran Haewon.
Sehun yang akan mengiringi Haewon ke altar. Sooyoung agak cemberut bila Jongin menyampaikan idea tu. Seminggu jugaklah murung si Sooyoung tu. Katanya sebab Haewon tu cantik sebab tu dia cemburu. Tapi sebab kesiankan Haewon, kerana terpaksa aku relakan kata Sooyoung. Alih-alih, dia juga yang make-up kan Haewon.
Haewon sudah cantik, jadi hanya make-up simple sahaja yang diperlukan. Memandangkan Sooyoung kaki make-up, jadi Sooyoung saja yang disuruh untuk jadi mak andam.
Siap bersolek, Sooyoung membantu Haewon untuk turun ke dewan. Walaupun kainnya tidak terlalu meleret, tapi tetap perlu dibantu. Dahlah si Haewon ni hyper, risau je tergolek masa turun tangga.
Sampai di dewan, Sooyoung melepaskan Haewon kepada Sehun. Pandangan tajam diberikan pada Sehun oleh Sooyoung.
"Jangan macam-macam ya, Sehun. Saya tinggal dekat hostel nanti."
"Iya lah sayang ku Sooyoung. Saya tau."
Sooyoung pergi ke tempat duduknya bersebelahan Puan Baek. Walaupun mereka rakan Jongin, tapi sebab belah Haewon agak kekurangan keluarga, jadi mereka ditempatkan disitu. Lagi pula, selain tugas mak andam diberikan pada Sooyoung, dia juga perlu untuk menenangkan Puan Baek. Pertama dan terakhir, dia terpaksa melepaskan tanggungjawab menyara dan menjaga anaknya itu kepada orang lain. Walaupun orangnya baik, seorang ibu pasti akan sedih bila saat itu terjadi. Lemah untuk seorang ibu untuk menerima lebih-lebih lagi untuk ibu tunggal seperti Puan Baek.
Pengacara sudah membuka mikrofon. Sehun dan Haewon sudah bersedia dibelakang pintu sementara Jongin pula bersedia di atas altar, menunggu untuk pintu dibuka dan melihat wajah cantik bakal isterinya beberapa minit sahaja lagi. Seisi dewan sudah senyap. Mereka juga berdebar untuk melihat pengantin perempuan.
"Dipersilakan, pengantin perempuan untuk masuk." ucap pengacara majlis.
Pintu besar dewan dibuka. Seisi dewan bertepuk tangan saat Sehun dan Haewon melintasi Haewon. Disebabkan Haewon tidak tahu apa-apa, riak wajahnya biasa-biasa saja. Sehun pula yang terlebih senyum. Terasa seperti dia pula yang mahu berkahwin.
Dengan orang secantik Haewon, sesiapa sahaja akan cair. Lelaki-lelaki yang hadir pula sudah tayang riak kecewa. Orang secantik Haewon sudah berpunya. Hari-hari berjalan di kota Seoul, tidak pernah berjumpa atau terserempak dengan orang yang cantik. Asal pergi ke perkahwinan orang lain, cantik sangat pengantin perempuannya.
Saat tiba didepan altar, sebelum Sehun melepaskan Haewon, sempat dia berbisik sesuatu.
"Nanti buat macam kita dah practice tau."
Haewon mengangguk laju. Altar didaki menggunakan tangga. Terus sahaja Haewon kearah Jongin yang sedang menghulurkan tangannya. Huluran disambut lembut oleh Haewon.
Paderi memulakan tugasnya. Jongin dan Haewon menatap sesama sendiri. Haewon hanya pandang Jongin datar seperti tiada perasaan seolah-olah dia menghayati situasi ini dimana sikap serius perlu hadir.
"Kim Jongin." panggil paderi.
"Saya."
"Adakah awak akan terima Baek Haewon sebagai isteri awak dan akan mencintai serta menyayangi Baek Haewon sepenuh hati awak?"
"Ya. Saya akan mencintai dan menyayangi Baek Haewon sepenuh hati saya." paderi mengangguk. Haewon pula dipandang.
"Baek Haewon."
"Saya."
"Adakah awak akan terima Kim Jongin sebagai suami awak dan akan mencintai serta menyayangi Kim Jongin sepenuh hati awak?"
"Ya, saya akan." paderi mengangguk lagi. Dia sudah dimaklumkan tentang keadaan Haewon. Jadi, balasan yang ringkas sahaja yang diperlukan dari Haewon.
"You may kiss now." arah paderi.
Jongin menarik Haewon mendekatinya. Kepala Haewon ditarik lembut dan dicium dahi kecil Haewon. Jongin tidak mahu mengejutkan Haewon jadi cukuplah setakat di dahi untuk mengesahkan perkahwinan mereka. Seisi dewan bertepuk tangan lagi. Haewon melompat-lompat gembira kerana orang menepuk tangannya untuknya.
"Hey, sayang. Hati-hati."
Jongin menahan Haewon dari terus melompat. Dah lah baju meleret, takut ada yang tumbang je nanti. Haewon tiba-tiba rasa sakit kepala lagi. Cuma yang ini terlalu sakit. Lebih sakit dari yang sebelum ni. Bunga di tangan terlepas.
Lengan Jongin dipegang kuat oleh Haewon. Haewon memegang dan memicit kepalanya. Bayangan yang muncul di mata Haewon, menambahkan sakitnya. Dia tak dapat tangkap apa yang muncul di matanya.
Seingat dia, dia seperti sedang bergaduh. Dengan siapa, dia tidak pasti. Yang pasti, dia lelaki. Selepas bergaduh, Haewon berlari pergi dari situ dan tiba-tiba telinganya terdengar bunyi yang sangat kuat menyebabkan dia pengsan.
Jongin terus sahaja memangku Haewon. Jongin tau yang Haewon mungkin mengingati sesuatu. Dia terus sahaja membawa Haewon ke bilik hotel. Dia tau yang Haewon perlukan rehat sahaja. Majlis diuruskan oleh Sehun dan Sooyoung. Entah apa yang jadi di bawah, dia tak kesah. Yang dia fikir hanya Haewon dan Haewon. Omma juga berada di bawah. Dia perlu ada untuk bertemu tetamu.
YOU ARE READING
[C] Unperfect (Kai EXO)
Fanfiction[Kai's SHORT STORY - Oneshot] "Dia mungkin tak sempurna dimata orang lain tapi dia mampu untuk sempurnakan hidup saya, omma." - Kim Jongin. This fanfic is the winner of SHORT KAI FANFICTION organized by Telegram Channel : PROUD TO BE EXO-L Please gi...