2️⃣

68 15 0
                                    

Puan Baek resah mencari anaknya yang hilang entah ke mana. Hari ini sahaja sudah berapa kali dia menghilangkan diri. Biasa dia menyorok di dalam rumah sahaja tapi kali ni puas dia mencari satu rumah tapi masih tidak jumpa.

Bunyi brek kereta mengejutkan Puan Baek. Hatinya tidak sedap. Terus langkahnya laju keluar rumah. Lemah longlai kakinya saat jasad Haewon sudah kaku di atas jalan. Pemilik kereta yang melanggar Haewon juga laju sahaja keluar dari keretanya.

"Puan saya mintak maaf. Saya tak perasan dia melintas tadi. Jom ikut saya hantar dia ke hospital."

Puan Baek mengangguk. Dia ke dalam rumah untuk mengambil pursenya sementara Jongin mencempung badan Haewon dan diletakkan di seat penumpang di belakang.

□□□

Seorang doktor keluar dari bilik rawatan Haewon. Jongin terlebih dahulu bangun daripada Puan Baek. Rasa bersalahnya buat dia risau dengan kondisi Haewon.

"Siapa keluarga Haewon?" soal doktor Cina itu yang bernama Kun.

"Saya suami dia. Macam mana dengan isteri saya doc?" soal Jongin risau. Puan Baek agak terkejut dengan pengakuan Jongin namun dibiarkan sahaja kerana doktor sedang update kondisi Haewon.

"Isteri encik baik-baik sahaja. Tiada luka yang serious pun. Dia pengsan tadi pun sebab terkejut sahaja. Luka ringan jururawat dah rawat. Nanti ambil ubat di kaunter dan pastikan luka dia kerap dicuci supaya tiada infeksi. Dalam 2 jam lagi awak dah boleh bawa dia balik." jelas doktor Kun panjang lebar. Ucapan terima kasih diucap sebelum doktor pergi. Jongin dan Puan Baek kembali duduk.

"Ahjumma kalau nak tengok Haewon masuklah. Saya tunggu kat sini. Nanti saya hantar ahjumma dengan Haewon balik."

"Kenapa kamu kata Haewon tu isteri kamu Jongin?"

Ya, Puan Baek sudah tau nama Jongin. Sempat mereka berkenalan pendek tadi sementara menunggu Haewon dirawat.

"Sebab saya dah berniat untuk memperisterikan Haewon." Puan Baek menggeleng.

"Mustahil Jongin. Kamu berdua baru jumpa dua kali. Takkan semudah tu kamu jatuh cinta? Ahjumma tak nak Haewon dipermainkan." Puan Baek menunduk. Bahunya disentuh Jongin.

"Kalau ahjumma percaya dengan cinta pandang pertama, ahjumma mesti percaya saya. Saya akan jaga Haewon, omma."

Puan Baek menitiskan air matanya. Dia terharu kerana orang sebaik Jongin mahu memperisterikan anaknya.

Berbeza dengan lelaki lain yang hanya menggunakan Haewon untuk memuaskan nafsu mereka kerana kecantikan Haewon sahaja. Banyak kali percubaan untuk merogol Haewon memandangkan dia naif. Mujur sahaja mendiang Tuan Baek sempat selamatkan Haewon. Kalau tidak, hilang makhkota Haewon yang Tuan dan Puan Baek jagakan selama ini.

"Tapi ahjumma, kenapa Haewon macam tu ya? Sebab saya tengok dia macam tak normal. Hyper active betul dia tu."

"Masa umur Haewon 19, dia terlibat dengan kemalangan. Kemalangan tu buat dia jadi macam tu. Doktor kata hentakan di kepala dia kuat sangat. Lepas sedar dari pembedahan, terus perwatakan dia bertukar. Doktor kata tu kesan sampingan dari pembedahan otak. Memori yang dia ada hanya sampai umur dia 10 tahun sahaja. Sebab tu dia macam budak-budak sikit. Sebiji macam masa dia kecil dulu. Hyper." sedikit gelak keluar di hujung ayat Puan Baek. Jongin hanya senyum.

"Doktor kata dia boleh dapatkan balik memori dia tapi ambil masa yang lama. Memori yang hilang tu mungkin sebab ada memori hitam yang berlaku dan Haewon sendiri nak lupakan. Jadi bila kemalangan tu berlaku, memori tu hilang." sambung Puan Baek. Jongin hanya mengangguk.

"Ahjumma masuk dulu tengok Haewon. Nanti saya jenguk dia kemudian. Saya nak jumpa dia privasi." ujar Jongin.

Puan Baek mengangguk. Langkah diatur ke wad Haewon. Bukak sahaja pintu, figura Haewon yang sedang menonton kartun dilihat. Patut senyap sahaja. Kartun kegemarannya sedang dimainkan. Pororo.

"Haewon?"

"Omma! Tengok ni! Sakit!"

Lukanya di siku dan dahi yang sudah dibalut itu ditunjuk. Puan Baek mendekati katil Haewon. Kepala anak tunggalnya itu diusap.

"Haewon kan kuat. Sikit je ni. Nanti Haewon sihatlah. Haewon sayang, Haewon nak kahwin tak?" soal Puan Baek. Haewon tayang riak pelik.

"Kahwin? Macam omma dengan appa tu kan? Eii tak nak lah. Lagipun Haewon mana ada namchin. Nak kahwin dengan siapa?"

"Nak kahwin tak semestinya kena ada namchin dulu. Kalau ada orang yang lamar Haewon boleh je kahwin."

"Tapi Haewon kecik lagilah omma. Kahwin tu untuk orang dewasa je."

"Tapi Haewon dah dewasa sayang."

"Mana ada! Haewon baru 10 tahun!"

Puan Baek menunduk. Dah pelbagai cara dia buat untuk mengembalikan memori dia. Rakan-rakan Haewon ketika highschool juga tidak dapat membantu. Dia tahu punca Hyerin jadi begitu cuma solusi untuk mengembalikan ingatannya sangat sukar untuk dijumpai.

"Ya, ya. Haewon 10 tahun. Omma nak keluar sekejap tau. Ada orang nak jumpa Haewon."

"Nugu?"

"Adalah. Haewon tunggu tau."

"Eung."

Puan Baek senyum dan keluar. Tak lama selepas itu, Jongin pula yang masuk. Haewon tunjuk riak pelik lagi. Dia tak kenal pakcik di hadapannya ini.

[C] Unperfect (Kai EXO)Where stories live. Discover now