Jongin menatap Haewon. Pengsan pun Haewon cantik. Dia bangun menuju ke bilik air. Tuala muka dibasahkan dan dilap disekitar wajah Haewon. Jongin berhentikan kerjanya saat kening Haewon bertaut. Perlahan-lahan Haewon membuka matanya.
"Argh! Awak siapa!?" jerkah Haewon.
Posisi baringnya dah ditukar kepada duduk tatkala dia nampak wajah kacak Jongin. Jujur, dia agak terpana dengan kekacakan Jongin. Tapi mengenangkan dia masih ada kekasih, dia tak mahu dituduh curang. Walaupun dia bergaduh dengan kekasihnya itu tapi dia masih sayangkannya.
"Saya Jongin. Suami awak. Kita baru kahwin tadi. Haewon pengsan tadi, sayang."
Jongin mendekati Haewon. Tetapi Haewon berundur. Jongin akur tapi dia pelik. Haewon dah dapat semula ingatan dia ke? Panggilan berubah. Dia tak panggil Jongin ahjussi lagi. Malah cara cakap dia juga seperti sudah matang.
"Bawakan saya omma saya."
Jongin mengangguk. Telefon diambil dari dalam poket. Ditekan-tekan skrin telefon itu dan ditekapkan ke telinga."Hun, bawakan omma Haewon naik. Haewon dah sedar." panggilan dimatikan.
Jongin melihat ke arah Haewon. Haewon termenung. Jongin duduk di birai katil. Haewon ketepi. Bukan sebab nak beri ruang tapi dia takut. Dia tak kenal Jongin, tiba-tiba mengaku suami dia. Gila ke?
Puan Baek masuk ke dalam bilik. Haewon terus menolak Jongin ketepi dan berlari ke arah Puan Baek dan memeluk wanita tua itu. Jongin yang sudah jatuh dari katil bangun dan duduk semula di birai katil."Omma! Omma betul ke dia suami Haewon? Omma tau kan Haewon ada Chanyeol?" pelukan dileraikan. Puan Baek menarik Haewon ke birai katil.
"Meh duduk sini."
Puan Baek mendudukkan Haewon di sebelah Jongin. Kerusi meja solek diambil dan diletakkan di hadapan mereka berdua. Puan Baek duduk di situ. Tangan Haewon disatukan dengan tangan Jongin.
"Ya, Haewon. Jongin suami kamu. Memang kamu ada Chanyeol. Tapi dia bukan jodoh kamu. Kamu dah berpisah dengan dia. Chanyeol pilih untuk tinggalkan kamu demi keluarga dia. Kamu kecewa dan bawa diri. Tapi malangnya, kamu kemalangan. Teruk. Pembedahan otak kamu, buat kamu hilang separuh ingatan kamu. Kamu kembali kepada umur 10 tahun kamu."
"Satu hari, Jongin terlanggar kamu. Sejak tu, Jongin nak kahwin dengan kamu. Kamu pun setuju sebab kamu kata Jongin ni ahjussi handsome. Tergelak juga omma bila dengar Jongin cerita. Tapi omma bersyukur sebab ada orang nak kamu walaupun kamu tak sempurna. Omma lagi bersyukur bila lelaki tu sebaik Jongin. Mungkin kamu susah nak terima sekarang, tapi percaya cakap omma. Kamu pasti akan jatuh cinta dengan Jongin. Terima Jongin ya? Hmm?"
Haewon menitiskan air matanya. Dia sedih dengar rayuan omma. Tangannya dilepaskan dari tangan Jongin lalu dipeluk omma kesayangannya itu.
"Demi omma, Haewon terima Jongin. Jangan salahkan Haewon kalau kami tak sehaluan sebab Haewon cuba. Haewon pasti akan cuba. Tapi Haewon perlukan masa untuk adapt."
Puan Baek mengangguk. Haewon pandang Jongin. Dia duduk kembali pada tempat tadi.
"Jongin?"
"Ya, saya."
"Awak akan tunggu saya kan?"
"Saya bukan je akan tunggu awak tapi saya akan goda awak sampai awak jatuh cinta dengan saya. Saya akan kunci awak dalam hati saya."
Jongin mendekati Haewon. Puan Baek sudah keluar. Tak mahu mengganggu saat-saat getir macam ni. Haewon berundur. Jongin makin mendekat. Haewon tersekat kerana kepala katil. Haruman Jongin menembusi hidung Haewon. Kepala Jongin mendekati leher tunjang Haewon. Haewon terhinjut. Dia terkejut dengan tingkah laku Jongin.
"Kalau Chanyeol tu datang balik, at least he know that you is mine, dear." Jongin mengusap love bite yang dia buat. Senyuman sinis diberi pada Haewon. Haewon juga tersenyum sinis. Bibir Jongin dicium sekilas.
"I think I already fall with you, Jongin."
Bibir mereka bertaut dan mereka hanyut dalam dunia mereka.
YOU ARE READING
[C] Unperfect (Kai EXO)
Fanfiction[Kai's SHORT STORY - Oneshot] "Dia mungkin tak sempurna dimata orang lain tapi dia mampu untuk sempurnakan hidup saya, omma." - Kim Jongin. This fanfic is the winner of SHORT KAI FANFICTION organized by Telegram Channel : PROUD TO BE EXO-L Please gi...