Philophobia (SolGem)

1.5K 79 11
                                    

Request from Cibunga888 n hibiki_erena07

Enjoy!
***

"Ha.. Sampai bila kau nak jadi macam ni Gem? Aku tengok kau pun dah macam orang tak betul aje. Kenapa?"

Lelaki berusia 24 tahun, mengeluh perlahan. Wajah risau si kawannya ditatap teduh.

"Aku pun tak tau Ying, benda ni selalu hantui aku walaupun dah lama."

Ying membaca air muka kawannya yang tampak seperti tertekan.

"Ke.. Kau masih trauma? Kau masih ingat benda tu lagi?"

"Macam mana aku tak ingat, kalau dia datang dengan sendiri tanpa aku minta. Kau tau, sebab benda tulah. Aku jadi phobia dengan namanya cinta."

Gempa mengkuis-kuis meja, dagunya ditungkatkan pada pinggir meja.

Ying sebagai sahabat yang baik, hanya mampu mengusap kepala Gempa. Supaya perasaan lelaki itu menjadi tenang.

"Dahla, apa pun kau kena juga lawan perasaan phobia kau tu. Nanti, sampai bila kau nak ada pasangan hidup? Kau tak nak kahwin?"

Gempa mencebikkan bibir. "Siapa kata tak nak? Aku nak lah. Aku nak punya anak yang comel dan hensem macam aku."

Ying memutarkan bebola mata. Sempat lagi perasan.

"Kalau macam tu, kau kena lah beranikan diri untuk menentang rasa takut kau terhadap cinta!"

"Tapi macam mana?"

Soalan itu, buatkan Ying terdiam seketika sebelum satu senyuman senget bermain di bibirnya.

"Aku ada idea."

Tubuh Gempa terus tegak, dia membetulkan posisi dudukya. Ying sampaikan terkejut dengan tindakbalas Gempa yang tiba-tiba itu.

"Apa idea kau tu Ying?"

"Hm, aku ada kenalan seorang doktor psikologi. Dia juga pakar dalam menangani pesakit yang macam kau ni. So, kau nak aku kenalkan kau dengan dia? Mana tau dia ada cara untuk selesaikan masalah kau?"

Mata Gempa berbinar dengan penuh harapan.

"Betul ni? Kau tak tipu? Aku nak! Aku nak!"

"Sure, nanti aku call dia untuk buat temu janji dan aku mesej kat kau kalau dia tak busy. Deal?"

Ying tersenyum melihat Gempa dengan semangat menganggukkan kepala. Nampaknya, kawannya ini memang ingin cepat-cepat lepas daripada traumanya itu.

"Tapi Ying.."

"Kenapa?" Kening Ying terjongket sebelah.

"Nama doktor tu apa? Laki ke pompuan?"

"Hm, nama dia Solar dan dia lelaki."

"Oh, lelaki. Hensem tak?"

Gempa mengaru kepala apabila Ying memandangnya dengan mata dikecilkan.

Ying tersenyum senget. "Hensem. Lagipun dia single lagi. Aku rasa sepadan kut dengan kau."

Wajah Gempa berona merah.

"Hei! Tak suka lah macam ni. Jangan lah.."

Ying tergelak kerana geli hati melihat raut merajuk Gempa.

"Yelah, yelah."







Tbc/delete?

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now