Philophopia 2 (Solgem)

946 78 9
                                    

"Dasar temen nggak ada akhlak."

Mulut Gempa kumat-kamit mengumpat kepada Ying, si kawan perempuannya itu.

Macam mana dia tidak marah, kalau Ying berjanji mahu menemaninya ke doktor yang mampu hilangkan traumanya. Namun, hampa. Gadis itu, tidak dapat menemaninya kerana takut menjadi nyamuk di antara dia dan doktor itu nanti.

"Tch, tunggu lah kau Ying. Aku balas nanti hmph!"

Gempa berpeluk tubuh, anak matanya mencari orang yang akan ditemui nanti. Ying berkata yang doktor itu mahu berjumpa dengannya di sebuah kafe. Jadi, disini lah Gempa berada.

"Mana doktor ni? Dahlah, si Ying tak kasi gambar. Macam mana aku nak mengecam si doktor tu? Ha cerdik sangat, kau pun sama bodoh Gem. Idiot Gem."

Dalam sibuk mengomel, Gempa tidak perasan akan kedatangan seorang lelaki berkemeja putih. Lengan kemeja tersinsing hingga ke paras siku, rambutnya yang sedikit berantakan tidak menghilangkan kadar kehensemannya malah dirinya menjadi bualan orang yang ada di kafe itu.

"Maaf buat awak menunggu."

Merasa ditegur, Gempa mendongak. Dia terkesima tatkala mendapati orang yang tidak dia kenali kini melabuh duduk di kerusi berhadapan dengannya.

Hensem... Desis hati Gempa.

"Sekali lagi maaf, mesti saya buat cik tertunggu lama kan? Awak, cik Gempa yang kawan saya Ying katakan?"

Ya betullah, tu aku tapi.. Cik? Cik?!

Gempa mengetap bibir, dia tersenyum paksa.

"Ahya, saya lah orang yang nak jumpa encik doktor. Sebelum tu, saya Gempa. Encik Gempa bukan cik Gempa ya?"

Orang itu tersenyum melihat wajah bengang Gempa. Comel.

Dia berdeham. "Oh, maaf. Saya solar, salam kenal cik Gempa."

Solar menyuakan tangan pada Gempa.

"Hm, sengaja ke?" omel Gempa, dia menatap tangan Solar sebelum menjabat tangan besar lelaki itu.

Gempa meringis kerana tangannya terasa begitu mungil di dalam pegangan tangan Solar.

Terasa pas :v

"Tak, sorry ok. Sebelum tu, apa kata kita makan dulu? Saya belum lunch lagi, sebab baru saja habis menangani pesakit."

Gempa mengangguk kepala. Faham. Dia faham menjadi doktor memang berat namun begitu pekerjaan doktor adalah sangat mulia kerana membantu para manusia yang sakit.

"Sure encik doktor." jawab Gempa sopan, tidak bar-bar seperti tadi.

Solar tersenyum manis, membuatkan Gempa sakit hati kerana tahap kehenseman lelaki di hadapannya memang melampau.

Dia jeles. Kenapa dia tidak dilahirkan hensem uhuk..

"Baik lah, waiter!" Solar mengangkat tangan dan memanggil seorang pelayan untuk mengambil order mereka.

Seusai mengambil order. Suasana di antara mereka sedikit canggung.

"Encik doktor.."

"Panggil Solar aje."

"Baiklah. Encik doktor, boleh saya tanya sesuatu?"

Solar tergelak kecil, walaupun begitu Gempa tetap memanggilnya seperti itu. Tetapi, kenapa terasa comel saja?

"Apa?"

Gempa menjilat bibirnya, sebelum bersuara.

"Macam mana nak jadi hensem? Doktor ada tips?"

Pertanyaan spontan nan polos daripada Gempa buatkan Solar tidak dapat menahan tawanya.

Dahi Gempa berkerut. Dia ada salah cakap ke? Rasanya dia tidak bertanya hal yang aneh? Kenapa doktor muda itu ketawa?

Boleh sesiapa tolong jelaskan apa yang lawak?












Tbc...

Sorry menghampakan huhuhuhu..... Kbay!

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now