Please Don't Leave Me (HaliTau)

1.2K 60 19
                                    

Req from icenathalea..

Enjoy your read ❤

****

"Mama, bila papa balik?"

Si cilik berusia 6 tahun bertanya pada sang ibu yang sedang memimpin tangan kecilnya. Mereka berdua menuju ke arah kereta.

Taufan hanya tersenyum, kepala Hurricane diusapnya.

"Nanti papa balik lah, kenapa kamu rindu papa eh?"

"Rindu! Urri rindu papa, mama!"

"Kan kamu dah bervideo call dengan papa semalam? Masih rindu?"

Bibir si kecil menjuih ke bawah.

"Urri masih rindu papa, Urri nak peluk papa."

Taufan hela nafas. Tubuh Hurricane didukung. Pipi si kecil dikucup.

"Mama tau, kan papa dah cakap semalam yang papa pulang besok. Sabar okey sayang?"

"Okey mama. Mama, cakap kat papa suruh bawa balik ole-ole untuk Urri tau?"

"Ye sayang, nanti mama kasi tau papa hm? Jom balik, lepastu kita masak makan malam. Hari ni nenek nak datang, rindu nenek dan atok tak?"

Kepala Hurricane terangguk laju dengan senyum lebar.

"Mestilah rindu! Jom balik mama!"

Taufan ketawa kecil, pipi sang anak dikucup bertalu-talu.

"Okey, jom!"

•••••

Keesokkan harinya...

"Kau flight pukul berapa Hali?"

Taufan mengepit telefon dengan bahunya, tangannya pula sibuk melakukan kerja.

"Hm, dalam setengah jam lagi. Maybe dalam pukul 6 petang aku akan sampai sana. Kenapa? Rindu aku ke?" kata Halilintar di hujung talian.

Pipi Taufan memerah. Dia berdeham.

"Tak! Tak rindu langsung, cuma Urri saja yang rindu."

Kedengaran suara gelak di hujung talian, mahu tak mahu mampu membuat Taufan tersenyum. Rindu dia mahu mendengar suara lelaki itu.

"Heleh, yelah tu. Ohya Fan, aku gerak dulu. Flight aku dah tiba. Jumpa kau nanti, bye love. I love you."

Tersenyum Taufan mendengar kalimat itu, namun separuh hatinya seperti enggan memutuskan talian dengan sang suami.

"Ya, baibai Hali. Love you too. Hati-hati tau."

"Sure dear, see you later.."

Usai sahaja bertelefon dengan Halilintar. Taufan meletakkan telefon ke atas meja kaunter dapur, anak matanya merenung telefon bimbitnya.

Kenapa perasaan aku tidak sedap ya? Desis hati Taufan. Risau dan cemas menguasainya.

"Mama?"

Taufan tersedar daripada lamunannya apabila seluarnya seperti ditarik oleh seseorang. Dia menunduk dan menemukan Hurricane di sana.

"Kenapa sayang?" tanyanya lembut.

"Mama belum siap?"

"Masak? Dah nak siap ni, kamu dah mandi belum?"

"Dah! 150% dah. Cuba mama bau, Urri dah wangi!"

Taufan mencubit pipi anak sulungnya itu.

"Ya, anak mama memang wangi sesangat. So, kamu nak tolong mama?"

"Nak!" Dengan cepat Hurricane mengangguk.

"Sure, jom beroperasi sekarang. Kejap lagi nenek Sya dan atok nak datang."

"Jom!"

Beberapa minit kemudian...

Taufan melepaskan lelah, manakala si Hurricane sudah terbaring lemah di bucu sofa.

Taufan mengerling tingkah anaknya. Dia tersenyum.

"Sayang, kamu dah berpeluh balik. Dah, kamu pergi mandi."

"Baik mama. Urri mandi dulu, selepas Urri mandi mama pula mandi ya?"

"Okey sayang."

Hurricane melompat turun dari kerusi dan berlari menuju ke arah anak tangga.

Taufan hanya menggelengkan kepala. Dia menjeling TV yang masih menyala dan menayangkan sebuah berita.

Taufan bangun. Tubuhnya direnggangkan untuk sejenak.

Baru beberapa langkah, dia terhenti apabila mendengar suara orang yang menyampaikan satu berita sebuah pesawat yang meletup sebaik sahaja terbang dari landasan.

Lutut Taufan terasa lemah. Dia jatuh terduduk.

Seleleh air jernih mengalir turun ke pipinya tatkala nama mangsa yang menjadi penumpang pesawat itu.. Salah satu adalah suaminya, Halilintar.

"Hali.. tak mungkin..."












-Done-

Next siapa ya? See and wait hshshsh XD

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now