(Sandstorm)
Cite ni adalah sedikit spoiler pada buku yang akan datang hueheuehu...
****
"Aku benci kau! Kau bukan mak aku! Aku tak ada mak yang berjantinakan lelaki!"
Remaja lelaki berumur 17 tahun memberontak, wajah orang yang pernah melahirkannya dia pandang jijik.
Gempa menunduk, tidak sanggup melihat tatapan mata Sandstorm yang penuh dengan kebencian terhadapnya.
"Sayang, maafkan momma sayang. Momma.."
"Momma huh? Siapa kau nak jadi momma aku? Kau tak berhak nak gelar diri kau yang jijik tu momma! Aku tak ada mak lelaki! Kenapa daddy harus kahwin dengan orang yang macam kau huh? Tak ada orang lain ke selain kau?"
Tanpa sedar, untuk sekian kalinya Sandstorm mengguriskan hati Gempa. Hati ibu mana yang tidak sakit apabila mendengarkan hinaan daripada anak yang pernah dia lahirkan.
Tubir mata Gempa bergenangan mendengarkan itu. Tak disangka, anak yang dia kandung dan bela sehingga besar berkata dengan begitu kasarnya. Sakit perasaannya sebagai seorang ibu.
Sandstorm mendekatkan wajah pada Gempa, dia senyum sinis melihat raut wajah ibu yang dia tidak akan pernah anggap itu tampak terluka dengan kata-katanya.
"Berambuslah daripada hadapan aku dengan itu aku akan pertimbangkan untuk terima kau."
Tesss...
Jatuh jua air mata yang Gempa tahan. Berderu-deru air jernih itu membasahi kedua belah pipi Gempa.
Sandstorm berdecih. Baru sahaja dia mahu buka suara, tiba-tiba sahaja ada suara datang menyela. Namanya dipanggil dengan nada yang tinggi.
"Sandstorm!"
Terlihat Halilintar yang berdiri tidak jauh daripada mereka, sepertinya lelaki itu baru sahaja pulang dari kerja.
"Kenapa kamu cakap macam tu dengan momma kamu? Mana adab kamu sebagai anak ha?" Tegur Halilintar dengan suara tegas.
Iris merahnya merenung tajam ke arah anak sulungnya itu.
"Linlin, aku okey. Jangan marah di.."
"Jangan nak bela aku, aku tak suka. Pembelaan kau tak ada ertinya untuk aku. Dasar menjijikkan."
"Sandstorm!! Kamu dah melampau, dia tu ibu kamu. Minta maaf sekarang!"
Sandstorm ketawa sinis, dia menentang tatapan dingin ayahnya. Dia senyum senget.
"Kenapa? Memang betulkan apa yang Sand cakap? Kenapa harus dia yang daddy pilih? Menjijikkan, tch!"
Sandstorm membuang muka. Kesal.
Berdesing telinga Halilintar mendengar ucapan kurang ajar daripada anak tunggalnya. Baru sahaja dia mahu mendekati Sandstorm, Gempa sudah menghalangnya.
Kepala Gempa tergeleng perlahan sambil mengesat pipinya yang basah oleh air mata.
"I'm fine Lin, jangan gunakan kekerasan please. Dia masih kecil dan belum fahami.."
"Kecil? Belum faham? Apa maksud kau? Aku dah besar untuk fahami semua ni."
"Sandstorm, jangan biadab!" Halilintar mengetap bibir, menahan rasa amarah.
Gempa mengerling Sandstorm yang merenungnya begitu tajam.
"Sayang, kamu masuk ke dalam dulu ya? Mom.."
"Tch!" potong Sandstorm dengan tidak sopannya. Dia terus beredar pergi daripada ruang tamu, muak pula melihat wajah berlagak suci ibunya itu.
Gempa hela nafas, dia memandang Halilintar yang masih beremosi itu. Dia mengusap dada Halilintar, agar dengan itu suaminya dapat bertenang.
"Maaf, sebab aku keluarga kita jadi suram. Maaf.."
Ucapan Gempa tenggelam apabila dahinya dicium Halilintar.
"Tak, bukan salah kau Gem. Walaubagaimana pun kau tetap ibu Sandstorm dan isteri aku. Mungkin anak kita tu, tak dapat terima yang ibu dia adalah lelaki. Kau jangan risau, mesti perlahan-lahan pintu hati dia terbuka untuk kau. Jangan putus asa untuk ambil hati dia."
Gempa tersenyum paksa, kepalanya diangguk perlahan.
"Kalau dia tetap tak terima aku macam mana Hali? Aku tak sanggup dibenci dengan anak aku sendiri."
Wajah duka isterinya ditatap simpati, tangannya menyentuh wajah itu lalu di belai lembut.
"Sudah, jangan fikirkan apa-apa. Aku tak nak kau stress nanti Gem."
"Baiklah, kau pergilah naik dan mandi. Aku dah masak, nanti kita makan bersama. Tolong panggil Sandstorm ya, kalau kau nak turun nanti."
"Okey sayang."
Halilintar mengusap kepala Gempa lalu mengorak langkah pergi daripada situ, meninggalkan Gempa sendirian dia ruang tamu.
Helaan nafas terluah daripada kedua belah bibir Gempa.
"Sandstorm.."
-Done-
Ada yang nak aku bookkan cite ni? Huehueheu... Tak nak sudah tak paksa pun :v
Bye! XD
YOU ARE READING
The Elementals Family S2 [SU]
Fanfiction(Short Story) Warning! All/ElementalsXGempa! (Yaoi,bxb,lemon and dll.) Team bottGem sila merapat if bukan or xsuka bxb, sila pergi ke halaman lain sekian. Start : 9/1/2021 End : - Status : [Coming soon]