BOSS 4 (TCxGempa)

894 70 40
                                    

"Siapa mereka? Tetiba aje kamu balik dengan bawa tiga anak teruna orang."

Sampai sahaja di rumah orang tuanya, dia diburu dengan pertanyaan kerana membawa balik tiga orang lelaki asing ke rumah.

Ibu kepada Gempa tidak henti-henti memandang mereka bertiga.

"Diorang adalah bakal menantu mama dan papa, tapi korang harus pilih siapa yang sesuai dengan Gem."

Puan Lisa dan Encik Amato berpandangan lalu mereka berkalih pandang pada ketiga lelaki yang di bawa pulang oleh anak tunggalnya.

"Kenapa harus memilih kalau boleh ambil ketiga-tiga." ucap kedua orang tua Gempa, mereka tersenyum sinis.

Gempa sudah terkesima. Dia mengumpat dalam hati. Sepertinya kedua ibu bapanya sengaja mahu mengenakan dirinya.

Manakala ketiga lelaki itu, hanya simpan senyum.

"Mama papa! Sengajakan mahu buat Gem sengsara!"

"Lah, betul lah nak oi! Buat apa kamu nak pilih sedangkan kamu boleh memiliki mereka bertiga. Aih tak sangka papa dan mama dapat menantu tiga sekali gus dahlah hensem-hensem. Mesti cucu-cucu kita comel kan papa?"

Puan Lisa mengerling suaminya yang duduk disampingnya. Kening dijongket beberapa kali, nakal.

"Betul tu, tapi kuat ke anak kita kena foursome di malam pertama."

"Mesti lah kuat, nanti mama kasi dia ubat kuat."

Wajah Gempa sudah berbahang. Panas rasanya, seperti mahu pitam pun ada dengan ucapan ambigu kedua ibu bapanya.

"Mama! Papa! Jaga lah sikit mulut tu! Cili kan? Ishh! Sampai ke situ pula dia fikirkan! Tak nak lah Gem kahwin kalau macam ni! Gem nak single forever! Titik tak pakai koma!"

Suara lantang Gempa membuatkan mereka menekup cuping telinga masing-masing.

Mak haih! Berdesing telinga mereka dibuatnya dengan suara Gempa.

"Kamu ni Gem.."

"Tak nak dengar, Gem nak pergi London balik! Dah korang jom pergi." kata Gempa dengan muka cenberut. Menyesal pula dia mempertemukan mereka, tidak sangka pula akan terjadi macam ini.

Amat memalukan.

Gempa dengan lekas menarik ketiga lelaki itu keluar daripada rumah tersebut.

Mereka yang ditarik terpinga-pinga.

"Eh! Gempa kalaunya pun nak bawa diri jangan lah bawa lari bakal menantu mama sekali!"

Jeritan sang ibu tidak diendahkan oleh Gempa.

"Haishh!"

Gempa berhenti daripada menarik mereka bertiga setelah sampai di tepi kereta yang terparkir di luar halaman rumahnya.

"Kenapa lari?"

Gempa hela nafas kasar, kedua tangannya naik kepinggang. Kepalanya didongak, wajah ketiga jejaka itu dipandang. Halilintar, Ice dan Solar.

"Encik bertiga maaf ke atas kelakuan sengal parent saya. Tch, memalukan betul." Omel Gempa.

"Tolong maafkan diorang eh?"

"Okey, tapi sepertinya kau lupa sesuatu si manis."

Kening Gempa terangkat.

"Apa?"

Ice melangkah mendekat, wajah Gempa dipegang. Satu senyuman penuh makna bermain di bibirnya.

"Bayaran kami manis, kau kata akan bayar upah kami sebab dah sudi bantu kau."

"Oh! Nanti saya bank in duit ke dalam akaun encik. Tapi saya perlukan nombor akaun encik, senang nak bank in nanti."

Mata polos Gempa menatap mereka bertiga.

Halilintar, Ice dan Solar saling berpandangan sebelum ketawa.

Ice menjauhkan tangannya dari wajah Gempa.

"Bukan itu yang kami nak, duit kami dah banyak."

Dahi Gempa berkerut, hairan kerana mereka ketawa entah sebab apa dan juga perkataan angkuh yang keluar daripada mulut mereka bertiga. Tahulah orang kaya, tapi tidak perlulah belagak.

"Habistu apa?"

Perasaan Gempa mula tidak enak dengan pandangan mata mereka yang tajam dan penuh makna.

"Bayaran kau senang aje..."

"A..apa?"

Gempa melangkah kebelakang apabila melihat mereka yang ingin mengepung dirinya. Tetapi setelah mendengar ucapan mereka itu, dunia Gempa seperti berputar.

Sekarang dia menyesal!

"Apa pun bayaran kau, kami tak akan lepaskan kau. Kau dah berani ceroboh  masuk ke dalam dunia kami so sekarang kau sepenuhnya adalah milik kami."









-Tamat-

Ending yang membengongkan 🗿

Silakan request your ship.

Sporting okey? Kalau tak aku mogok tak nak up dah 🗿

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now