Gempa membelek-belek iklan dan kerja kosong yang ada di laman sesawang facebook dengan menggunakan laptop.
"Hm, ada kerja kosong tapi dia mahukan pompuan. Kebanyakan, semua kerja kosong daripada Malaysia. Hmm, patut ke aku balik ke Malaysia semula? Lagipun, aku dah puas kat sini."
"Jodoh pula tak ada kat sini, teringin nak kahwin dengan orang Hongkong. Mesti comel anak aku nanti, wiuwiu.."
Gempa tersenyum-senyum membayangkan masa depannya yang masih di awangan. Dia berguling-guling di atas katil hotelnya.
Kring!
"Opocot kuntilanak makan tanah!" latah Gempa kerana kaget. Dia mencapai telefon miliknya yang berbunyi.
"Yes? Oh, betul ke? Nanti aku pergi, mungkin ini hari yang terakhir aku di bumi Hongkong. Okay, kita jumpa nanti. Bye."
Gempa mematikan telefonnya selepas bercakap dengan rakan sekerjanya daripada kafe yang dia bekerja.
Seusai aksi berguling, Gempa terus mempersiapkan diri untuk ke kafe. Dia harus membuat persembahan dan juga itu mungkin akan menjadi persembahan yang terakhirnya di Hongkong. Sebuah negara yang sudah 2 tahun dia tempati.
Dia tinggal di sana, kerana melarikan diri daripada keluarganya yang suks sekali memaksanya untuk menikah dengan anak rakan-rakan mereka.
Dan Gempa benci akan hal itu!
"Hm, sepertinya balik nanti. Mental aku harus kuat. Haihh.."
Gempa melangkah longlai menuju ke arah bilik mandi, sekadar mahu membersihkan dirinya.
•••••
Tepukan gemuruh kedengaran sebaik sahaja Gempa selesai bernyanyi.
Gempa tersenyum manis, tubuhnya dibongkokkan sedikit. Sebelah tangannya terlambai, sejurus melangkah turun daripada pentas kecil itu.
"Thank you guys, have fun!"
Gempa menuju ke arah para rakannya. Senyuman masih terlakar di wajahnya, membuatkan dirinya terlihat makin menawan dan manis.
"Korang okey?!" seru Gempa apabila beberapa pelayan lelaki dan perempuan menutup hidung yang sepertinya mengeluarkan darah.
"Kami okey!" mereka terus berlari untuk ke bahagian belakang kafe, menghindari daripada memandang Gempa yang tampak kebingungan dengan tingkah laku rakan sekerjanya.
Tanpa Gempa perasan, dirinya sedari tadi menjadi pemerhatian daripada enam pasang mata yang berlainan warna dan aura.
"Hm, jadi esok kita akan flight ke Malaysia?" tanya salah seorang daripada mereka berenam.
"Ya. Syarikat kita di sana mendapatkan sedikit masalah. Maybe kita akan tinggal di sana terus."
Tbc...
Idea down, tulis apa yang terlintas. Sorry tau kalau hampa... Huhuhu....
YOU ARE READING
The Elementals Family S2 [SU]
Fanfiction(Short Story) Warning! All/ElementalsXGempa! (Yaoi,bxb,lemon and dll.) Team bottGem sila merapat if bukan or xsuka bxb, sila pergi ke halaman lain sekian. Start : 9/1/2021 End : - Status : [Coming soon]