BAB 5

7.9K 591 60
                                    

TUBUH yang terasa letih itu terus dihempas ke kerusi empuknya. Thea menghelakan nafas berat. Keadaan pesakit yang ramai buat dia tidak punya masa untuk berehat. Sudah dua minggu dia bertugas di zon merah, bahagian jabatan kecemasan buat tidurnya tidak menentu.

Ini bermakna dua minggu juga dia sudah mula bekerja di Specialist Hospital Centre, Johor. Walaupun dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling namun dia bersyukur semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Apabila kedengaran ketukan pada pintu bilik, matanya terus dibuka lalu badan ditegakkan. Cuba menstabilkan kedudukannya. Dia berdeham seketika sebelum bersuara. Membenarkan masuk.

"Masuk."

Serentak pintu biliknya dibuka dari luar, kelihatan Doktor Adam melangkah masuk dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Doktor Adam merupakan doktor senior di situ. Dan sepanjang mereka bertugas bersama selama dua minggu, Doktor Adam yang banyak membantunya dalam menyesuaikan diri.

Thea tersenyum nipis sambil tangannya mula mengemas barang-barangnya di atas meja dan dimasukkan ke dalam beg tangannya.

"You dah nak balik ke?" tanya Doktor Adam lembut.

Dia berdiri sambil menongkat tangannya pada meja kerja Thea. Manakala pintu bilik itu dibiarkan terbuka. Dia merenung ke wajah putih bersih di hadapannya itu. Sejak pertama kali melihat Thea Hazel, hatinya terus terjatuh suka dengan doktor muda itu.

'Bukan saja cantik malah berbakat. Pakej yang lengkap untuk dijadikan isteri.' Puji Doktor Adam dalam hati.

"Ha'ah. Rasa penat sangat hari ini. Seharian sibuk dekat red zone tu. So sekarang, I hanya nampak rumah je. Nak balik mandi dan tidur je," balas Thea.

"Lah... I baru ingat nak ajak you dinner dulu sebelum balik. Intan dan Haikal pun joins sekali. So, you wanna join us?" tanya Doktor Adam dengan penuh mengharap.

Thea melihat jam di tangannya sekilas. Pukul 11.30 malam. Sudah lewat malam.

Thea mengeluh. Dia tersengih serba salah.

"Err... I don't think so. Sorry, I want too but I can't. I nak balik terus je. Lagipun Mak Munah seorang diri dekat rumah tu. I tak nak dia risau nanti. Sorry ya, maybe next time." Sebaik mungkin Thea cuba menolak pelawaan itu agar tiada yang terkecil hati.

Selama dia berpindah ke Johor, Mak Munah turut tinggal bersamanya kerana itu adalah arahan daripada papanya yang risau sekiranya anak perempuanya tidak dapat menyesuaikan diri di tempat baru.

Walaupun dia pernah duduk di luar negara selama tujuh tahun tetapi Tengku Hafiez tetap juga risau dengan keselamatan anak perempuannya. Lagi pun buat masa sekarang, dia masih belum terfikir untuk mencari rakan serumah. Mak Munah juga sudah bersetuju untuk menemaninya sehingga dia dapat menyesuaikan dirinya di tempat baru.

"Okeylah kalau you cakap macam tu. But next time, tolong jangan tolak ajakan I." Adam tersenyum bersama isyarat jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan kanan.

Thea tersenyum lalu mengangguk, "Insya-Allah."

"Kalau macam itu, I pergi dulu ya. Nanti membebel pula dua orang tu. Drive safe ya."

"I will."

Thea menghembus nafas lega sebaik saja kelibat Adam hilang dari pandangan. Sungguh dia tidak selesa dengan cara Adam merenungnya. Sebab itu awal-awal lagi dia mencari alasan untuk menolak ajakan Adam walaupun mereka bukan berdua. Pandangan tajam Adam terhadapnya buat bulu romanya meremang.

Tanpa buang masa, Thea melangkah masuk ke dalam perut lif yang sudah tersedia terbuka. Jam di tangan dilihat sekilas. Hampir pukul dua belas tengah malam. Masa cepat saja berlalu. Apabila butang 'B' ditekan, lif pantas bergerak turun dari tingkat tiga ke tempat letak kereta yang di khaskan untuk staf hospital.

Telefon bimbit yang berada di dalam beg pantas diambil. Dahinya berkerut apabila ada melihat dua panggilan masuk tidak diangkat dari private number yang tidak dikenali. Siapa pula yang call dia menggunakan private number?

Ting!

Apabila pintu lif terbuka, dia segera menyimpan kembali telefon bimbit ke dalam beg tangannya. Kunci kereta terus diambil. Suasana di tempat letak kereta kelihatan sunyi dan hanya beberapa buah kereta staf saja yang tinggal ketika itu.

Thea segera melajukan langkahnya sambil matanya tidak lepas memandang sekeliling. Tiba-tiba saja terasa seperti diperhatikan. Thea menghela nafas lega sebaik saja kakinya berjaya melangkah masuk ke dalam kereta. Butang lock terus ditekannya.

Belum sempat hatinya betul-betul tenang, bahunya terhinjut kuat apabila deringan telefon bimbitnya memecahkan kesunyian dalam keretanya.

"Astagfirullahaladzim... Kus semangat aku macam ni. Siapa pula yang call malam-malam ni. Tak reti nak tidur ke?"

Mata Thea dikecilkan apabila melihat private number terpapar di skrin telefonnya sambil tangan mengurut dada beberapa kali. Cuba menghilangkan rasa berdebar akibat terkejut tadi.

Tidak mahu membiarkan si pemanggil menunggu lama, perlahan jarinya digesel pada ikon hijau di skrin telefon lalu dengan perlahan telefon itu diletakkan ke telinga.

"Kak Thea!"

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Where stories live. Discover now