MRS. EMEER HAYYES
"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"Ethan dan Khayla beriringan melangkah ke ruang makan. Ethan melabuhkan punggung di hujung meja. Manakala Khayla duduk di sebelah kanannya. Semasa melintasi Eshal, sempat lagi Khayla melabuhkan bibirnya ke ubun-ubun anak perempuannya itu.
Eshal hanya tersengih. Suka diperlakukan seperti itu oleh mummy ny.
"Mummy cantik-cantik ni nak pergi mana?" Tanya Eshal sambil menguyah roti.
Serentak Eiden dan Eiman turut memandang ke arah mummy nya.
Khayla hanya tersenyum. Ethan pula hanya beriak selamba sambil menyisip kopi panas.
"Mummy nak ikut daddy pergi majlis perasmian tapak projek baru dekat singapura."
Dahi Eiden berkerut. Terus matanya memandang ke arah Ethan serentak dia bersuara.
"Habis meeting kita dengan pihak pelabur pagi nanti Along yang handle ke daddy?"
Ethan mengerling sekilas pada anaknya itu lalu mengangguk.
"Ya. Daddy serahkan sepenuhnya pada dia. Lagipun dah sampai masanya Along uruskan apa yang patut. Lagipun daddy dan mummy pergi sana maybe dalam seminggu. So, please take of adik-adik. Daddy dah arahkan Along untuk balik sini. Teman kamu semua."
Belum sempat Eiden bersuara, Eshal memotong.
"Hah?! Seminggu? Habis Eshal nanti tinggal dengan siapa? Eshal nak ikut mummy boleh tak?" Tangan Khayla digoncangnya lembut.
Khayla dan Ethan saling berpandangan.
"No! Daddy nak honeymoon dengan mummy tanpa gangguan. Ada masalah, Eiden dan Eiman kan ada. Along pun balik sini nanti. Lagipun Eshal ada kuliah kan, so don't you dare to skip your class." Ethan mula bersuara sedikit tegas.
Hanya dengan Eshal sahaja dia perlu bersikap tegas. Kadang-kadang manja Eshal itu buat dia terasa pening. Sama dengan perangai mummy nya.
Eshal terus berubah riak bila mendengar suara tegas daddy nya.
Garang betul bapak titew ni. Omel Eshal di hati.
Khayla hanya menggelengkan kepalanya tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Bila suaminya bersuara, dia tidak berani untuk bersuara.
Ethan bangun dari duduknya selepas selesai bersarapan.
"Let's go sayang. Kita dah lewat nie. Daddy pergi dulu. Take care, my dear. Daddy love you." Terus pelipis Eshal dikucupnya lembut sambil menarik tubuh anak daranya ke dalam pelukan.
Marah-marah pun sayang.
Dia terus berlalu meninggalkan isterinya dan anak-anaknya untuk membuat panggilan telefon.
"Eiden, jaga adik-adik ya. Mummy pergi kejap je. Mummy sayang semua anak-anak mummy tau."
Terasa berat hati untuk dia meninggalkan anak-anaknya. Lagipun sudah lama Ethan tidak membawanya pergi outstation. Kebanyakkan urusan suaminya hanya dalam negara sahaja.
"Mummy jaga diri. Eiden tahu apa nak buat dengan dia orang berdua ni nanti." Balas Eiden sambil tersenyum nakal.
Eiman dan Eshal serentak berdecit. Tahu sangat perangai terlebih nakal Angah mereka itu.
Tanpa menunggu lama, Eiman terus menampar kuat kepala Angahnya dari belakang manakala Eshal pula memijak kaki abang kembarnya.
"Fuck! Sakit la bodoh!" Eiden ketap bibirnya kuat.
YOU ARE READING
Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)
RomanceLuthfan Emeer, he's cold just like his father but he's care. He's ruthless but he's caring, and he's arrogant but sweet. Merupakan CEO dan dan perwaris kepada Syarikat terulung diseluruh Negara, The Grand Hayyes Group. Thea Hazel adalah seorang gad...