MRAS 18 - THE PAIN

8.8K 623 56
                                    

MRS. EMEER HAYYES

"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"




Dua bentuk cincin di jarinya di mainkan sejak dari tadi. Satu cincin merisik belah rotan yang dikelilingi oleh berlian dan satu lagi cincin dengan sebentuk berlian yang sederhana besar.

Walaupun kedua cincin itu sangat cantik bila tersarung di jarinya, namun hatinya langsung tidak tertarik.

Fail pesakit di atas meja langsung tidak di sentuhnya. Hanya jasad berada di situ manakala fikirannya entah melayang ke mana.

Kini hampir sebulan dia bergelar tunang paksaan kepada seorang lelaki yang bernama Luthfan Emeer. Selepas kejadian Emeer menceroboh masuk ke dalam pejabatnya, menggugutnya, dan menculiknya selama tiga hari, dia terpaksa akur.

Akur dengan kehendak lelaki itu. Lelaki kejam yang pernah dia jumpa.

Walaupun dia cuba untuk lari daripada kehidupan lelaki itu, makin dia jauh pergi makin dekat lelaki itu menghampiri. Sampaikan satu tahap, dia tidak lagi mampu untuk buat apa-apa.

Lelah.

Lelah dengan permainkan anak Ethan Hayyes. Lepas sahaja majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup, dan melihat tahap kesihatan Puan Khayla semakin membaik. Dia terus mengambil keputusan untuk balik ke Johor.

Walaupun dia sudah di beri pilihan untuk berpindah di Kuala Lumpur tapi kerana tidak mahu berjumpa dengan tunangnya sendiri dan berkeras juga untuk berkhidmat di sana.

Nafas berat di lepaskan perlahan. Tubuh segera di sandar pada kerusi berodanya. Mata di pejamkan. Airmata mula merembes keluar.

FLASHBACK

Mata yang terasa berat segara dibukanya perlahan. Kepala yang berdenyut itu dipicitnya perlahan. Sebaik sahaja mata di buka, pandangannya mula beralih ke segenap ruang bilik itu.

Dahinya mula berkerut apabila menyendari dia bukan berada di biliknya. Laju sahaja tubuhnya bangun dari baring. Matanya mula melilau sekeliling sambil fikirannya mula memproses apa yang berlaku.

Hatinya mula berdengup kecang, darah mula menyerbu ke mukanya apabila menyedari tubuhnya hanya dibaluti dengan sehelai baju t-shirt hitam yang besar. Hanya paras pahanya.

Airmatanya mula mengenang. Pantas sahaja kepalanya menoleh ke arah pintu bilik air yang di buka dalam dalam. Susuk tubuh tegap yang hanya di baluti tuala putih paras lutut itu di pandangan dengan riak wajah terkejut.

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Where stories live. Discover now