MRS. EMEER HAYYES
"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"
Kedua belah tangannya di ramas kuat. Kepalanya menoleh ke arah cermin tingkap, memandang kepulan awan keputihan itu. Sessat kemudian dia menoleh ke arah lelaki di sebelahnya yang masih juga tekun menatap Ipad di tangan dengan wajah yang serius itu.
Bibir bawahnya digigit.
Matanya kemudian terarah pada sepasang suami isterinya yang sedang berbual mesra di hujung sebelah kanannya. Mereka kelihatan tidak menghiraukan sekeliling.
Tanpa sedar keluhan berat di lepaskan.
Emeer yang berada di sebelahnya terus menoleh ke arah tunangnya itu sambil menaikkan sebelah keningnya.
"What is wrong?"
Ipad di tangan segera diletakkan di sebelah kanannya. Tumpuan terus diberikan kepada Thea. Dia tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran tunangnya saat itu.
"Erk.. Perlu ke saya balik KL sekali dengan awak? Kan saya baru je cuti hari tu. Nanti apa pula staff kat hospital cakap. Saya tak nak la.." Tanpa sedar Thea merengek perlahan.
Sebelah bibir Emeer mula tersungging.
"Kan aku dah cakap. Aku dah uruskan semuanya. Peduli apa orang nak cakap. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Kali ini kau balik terus KL. Start kerja dekat sana. Aku akan uruskan semuanya." Arah Emeer tegas. Ipad tadi di capainya semula.
Mata Thea mula membulat sebaik sahaja mendengar apa yang apa yang keluar dari mulut Emeer. Laju sahaja dia menggelengkan kepala dan membantah.
"No. Please. Awak tak ada hak nak buat saya macam ni, Emeer. Jangan paksa saya. Kalau awak paksa juga, saya tak akan kahwin dengan awak. I'm serious, Emeer Hayyes." Ucap Thea dengan geram.
Emeer memandangnya tajam.
"Kau ugut aku, Thea Hazel?" Seakan tidak percaya yang perempuan di depannya itu sudah berani membantah cakapnya. Kecil besar sahaja dia tengij Thea sekarang itu
"It's up tu you nak fikir apa. But I mean it. Apa nak jadi, jadi la. Kalau awak nak saya stay dengan awak sampai majlis kahwin kita nanti, jangan paksa saya dan bagi saya masa. Boleh?" Lengan Emeer yang berlapik dengan jaket hitam itu dipegangnya lembut.
Berharap dengan cara itu, hati tunangnya akan menjadi lembut. Tidak salah sekurang-kurangnya dia mencuba. Dia juga perlu belajar mengenali keperibadian lelaki dihadapannya itu. Lelaki yang juga bakal menjadi Imannya, kelak walauoun mereka berkahwin kerana terpaksa.
Emeer mengeluh kasar. Kedua belah tangannya naik meraup wajahnya. Dia tidak suka dengan apa yang dirasakan saat itu.
"Fine. But kalau benda macam hari itu terjadi juga, aku tak akan berkompromi dengan kau lagi. Get it?"
Thea tersenyum. Laju sahaja kepalanya mengangguk.
"Thanks awak."
Tanpa disedari oleh mereka berdua, dua pasang mata tepat memandang ke arah mereka. Setiap kelakuan mereka berdua tidak leoas dari pandangan mata tua itu. Dua ulas bibir itu mengukir senyuman manis kepada pasangannya.
YOU ARE READING
Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)
RomanceLuthfan Emeer, he's cold just like his father but he's care. He's ruthless but he's caring, and he's arrogant but sweet. Merupakan CEO dan dan perwaris kepada Syarikat terulung diseluruh Negara, The Grand Hayyes Group. Thea Hazel adalah seorang gad...