MRS. EMEER HAYYES
"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"
Tangan di stereng kereta di genggam kemas. Kediaman serba mewah di hadapannya itu di pandang dengan mata yang tidak berkelip. Bibir bawahnya di gigit kuat. Cuba menghilangkan resah di hati.
Tidak dia sangka, bagaikan di jampi. Dia bersetuju dengan permintaan Tuan Ethan Hayyes. Tapi apa yang pasti, dia berada di situ sekarang kerana mengikut kata hatinya dan tugas sebagai seorang doktor.
Masih lagi tergiang-giang suara Ethan Hayyes di gegendang telinganya sebentar tadi.
Flashback
"Hello. Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.. Thea, I need your help now. My wife pengsan. Please come to my house, now. I will send you the location." Suara di talian itu kedengaran sedikit cemas.
Thea mengeruhkan dahinya. Cuba mengenalpasti suara pemilik tersebut.
"Tuan Ethan?"
"Yes.. It's me. Please I really need you. Help me, Thea."
Thea menghela nafasnya.
"Baik. Saya datang sekarang."
Tok! Tok! Tok!
Lamunan Thea mula melayang akibat ketukan di cermin keretanya. Figura lelaki di tepi keretanya itu amat dia kenali. Terus sahaja dia mengangguk dan mematikan enjin kereta sebelum melangkah keluar.
"Doctor Thea, Tuan Ethan is waiting for you, now. Let me show you the way." Ujar Alex.
"Thank you." Balas Thea perlahan sambil tersenyum nipis.
Thea mengekori langkah Alex dari belakang. Matanya sempat mencuri pandang sekeliling rumah yang seakan istana itu. Hiasan dalaman yang mengenakan konsep English Temporari yang di gabungkan dengan warna kegemarannya sangat memukau pandangannya.
White.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam lif di sebelah sudut kiri ruang tamu itu. Terus sahaja Alex menekan butang level 2. Dan tidak sampai lima saat, lif kaca itu berhenti di tingkat dua. Thea menggengam kuat beg di tangannya. Cuba menghilangkan debaran di hati.
Sebaik saat langkah kaki Alex berhenti di depan pintu kayu jati yang besar itu, Thea terus menoleh ke arah lelaki di sebelahnya.
"Bilik ni?" Tanya Thea seakan tidak percaya.
"Yes doctor Thea. They are waiting for you. Silakan." Serentak itu Alex terus memulas tombol pintu itu.
Dengan lafaz bismillah, kakinya mula melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia mula gugup bila figura di dalam bilik itu mula memandang ke arahnya.
Nafas ditarik sebelum di lepaskan perlahan.
"Assalamualaikum.."
Kakinya terus mendekati sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas katil itu tanpa menghiraukan pandangan yang lain. Tangannya mula merasa denyutan nadi di pergelangan tangan Khayla sambil memerhati jarum jam di tangannya.
Normal. Desis hatinya.
Dia melemparkan senyuman kecil kepada Eshal yang berada di sebelah Khayla.
"Erk.. Maaf semua. Boleh tak yang lain keluar sekejap. Bagi saya periksa Puan Khayla dulu." Ujar Thea perlahan sambil memandang ke arah mereka yang berada di situ.
"I will stay. Eiden bawa adik-adik keluar. Eshal, tolong pergi tengokkan along dekat atas sekali." Tutur Ethan tegas.
Yang lain berada di situ akur dengan arahan daddy nya. Sebaik sahaja mereka yang lain beredar, terus dia mengambil stetoskop di dalam begnya. Tanpa pedulikan pandangan Ethan, dia mula memeriksa tubuh pesakitnya.
YOU ARE READING
Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)
RomanceLuthfan Emeer, he's cold just like his father but he's care. He's ruthless but he's caring, and he's arrogant but sweet. Merupakan CEO dan dan perwaris kepada Syarikat terulung diseluruh Negara, The Grand Hayyes Group. Thea Hazel adalah seorang gad...