Play the song sambil baca this chapter tau. My favourite song😉
MRS. EMEER HAYYES
"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"
"How do you feel? Much better?" Soal Emeer pada Thea sambil meletakkan ubat kuning di dahi Thea yang terluka itu.Mata tajamnya tidak berkalih memandang ke arah seraut wajah putih kemerahan milik tunangnya itu.
"I'm okay. Boleh tak awak bagi saya tudung? Sa--saya tak selesa.." Balas Thea perlahan. Dia hanya menundukkan kepalanya. Tidak berapa melawan panahan mata lelaki di hadapannya itu.
Emeer mula tersenyum nakal.
"For what? Aku dah tengok lebih dari rambut kau ni. And you will be my wife soon. Lagipun bukan ada orang lain pun dekat sini. Apa masalahnya." Jawab Emeer selamba.
Thea gigit bibirnya kuat. Geram dengan jawapan yang di berikan itu.
Makan hati dengan sikap tunang paksaannya itu. Tidak pernah dia terfikir untuk jumpa dan jadikan lelaki seperti Emeer ini sebagai suaminya. Tak reti nak hormat perempuan tapi dengan mummy boleh pula dia jadi anak yang penuh kesopanan. Ish..
"Kita dekat mana ni? Saya nak balik."
"We are in my house at Singapore right now. Kejap lagi mummy aku sampai. Dua tiga hari lagi kita balik."
Mulut Thea terlopong apabila mendengar apa yang keluar dari mulut tunangnya. Emeer yang sedang melangkah ke ruang dapur itu di ekorinya dengan perasaan tidak puas hati.
"Buat apa awak bawa saya sampai sini? Dan kenapa pula mummy awak nak datang sini?" Soal Thea dengan nada tidak puas hati.
Emeer yang sedang membuka peti sejuk itu hanya memandang sekilas ke arahnya sebelum tangan mencapai Jus Apple lalu di tuangkan di dalam gelas.
"I'm still waiting for your answer." Thea menyilang kedua belah tangganya ke dada.
Emeer mengeluh.
"Kau nak aku bagi kau jawapan apa? Mana aku tahu. Dia datang nak jumpa menantu kesayangan dia kot. Sebulan lebih kita bertunang, kau langsung tak call dia. No return back calls or message from you. Kau rasa?" Dahi Thea terus di jentiknya sedikit kuat.
"Auch.. Sakitlah!" Tangan laju mengosok dahinya yang mula kelihatan merah itu. Sakit gila.
"Tanya soalan bodoh tu kenapa? Come, sit here. Minum." Arah Emeer sambil menunjukkan kerusi table top di sebelahnya.
Dengan hati yang geram Thea melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Emeer.
"Habis dah tahu mummy awak nak datang, tak akan saya nak pakai macam ni depan dia. Please give me back my closet and tudung. Sa--saya tak selesa macam ni. Awak tetap bukan mahram saya lagi." Suara Thea mula kendur. Dia mula menundukkan kepalanya.
Emeer memandang Thea dari atas sampai bawah. Baju T-shirt putih miliknya bersama seluar sweatpants yang agak besar tersarung di tubuh tunangnya itu.
Leher baju t-shirt yang luas itu sesekali di angkat oleh Thea apabila baju itu melurut jatuh dari bahu. Dia suka bila Thea seperti itu.
YOU ARE READING
Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)
RomanceLuthfan Emeer, he's cold just like his father but he's care. He's ruthless but he's caring, and he's arrogant but sweet. Merupakan CEO dan dan perwaris kepada Syarikat terulung diseluruh Negara, The Grand Hayyes Group. Thea Hazel adalah seorang gad...