MRAS 24 - CHANGE PLAN

8.8K 619 67
                                    

MRS. EMEER HAYYES

"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"

Satu persatu wajah yang berada di hadapannya di pandang. Teh panas yang berada di atas meja kopi di hadapannya itu di teguknya perlahan. Teh yang disediakan sendiri oleh isterinya selepas makan malam sebentar tadi.

"Daddy dan papa Thea sudah buat keputusan dan capai kata sepakat. Both of you going to married end of this month." Tutur Ethan perlahan namun tegas.

Mata Thea membulat.

Thea hampir tersedak sebaik sahaja mendengar keputusan itu. Terasa satu usapaan lembut di belakang tubuhnya. Apabila tekaknya yang perit akibat tersedak itu stabil, dengan berani dia menutur kata.

"Wait. Papa tak cakap apa-apa pun dekat Thea sebelum ni. Kenapa tiba-tiba je?" Soal Thea kepada papanya dengan nada tidak puas hati.

Mana mungkin dia bersetuju dengan semua itu. Tambahan pula keputusan itu di buat tanpa pengetahuan dirinya.

"Papa buat semua ni untuk kebaikan Thea juga. Thea lupa apa terjadi minggu lepas? Papa tak nak benda itu berulang lagi. You need someone to take care of." Tangan anak perempuannya di usap lembut. Cuba untuk menenangkan Thea.

Thea mengeluh lemah. Tanpa sebelah tangannya naik mengurut lembut pelipisnya.

Emeer hanya diam membisu. Matanya dari tadi lansung tidak berkalih daripada memandang wajah putih kemerahan milik tunangnya itu.

"Papa.. Please. I can take care of myself. Papa lupa ke Thea duduk dekat Ireland itu hampir enam tahun. Awal sangat la untuk Thea khawin, papa." Rengek Thea tanpa sedar.

Thea sahaja rengekkan Thea, bibir Emeer mula terjungkit sinis.

"Daddy, Uncle. Boleh tak Emeer nak bercakap dengan Thea berdua?" Soal Emeer tiba-tiba. Matanya tetap tajam menikam wajah Thea.

Doktor Hafeez memandang ke arah Ethan sebelum mengangguk.

Senyuman Emeer makin melebar sebaik sahaja mendapat keizinan daripada mreka berdua. Laju dia bangun lalu melangkah medekati Thea.

Pengelangan tangan Thea di tariknya selamba tanpa menghiraukan pandangan tajam daripada Doktor Hafeez dan juga daddynya. Nasib baik masih berlapik.

Thea yang cuba untuk melepaskan pegangan itu meronta sedikit kuat apabila tangannya di tarik dan melangkah naik ke tingkat atas.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni? Lepaslah! Tak payah pegang-pegang boleh tak? Saya boleh jalan sendiri la. Ishh.." Bebel Thea dengan geram.

Namun bebelan Thea itu hanya di biarkan sepi oleh Emeer. sebaik sahaja pintu lif terbuka, kakinya segera melangkah keluar dari perut lif itu sambil menarik tangan tunangnya.

Untuk seketika, Thea kelihatan tergamam dengan suasana di sekeliling rooftop itu yang kelihatan seperti Taman. Setiap penjuru sudut, terdapat pokok-pokok hijau yang yang rendang.

Manakala lantai pula di lapik dengan rumput karpet yang sangat lembut. Di sudut sebelah kirinya pula terdapat taman mini berserta kolam kecil yang juga terdapat air terjun mini. Betul-betul cantik dan memukau pandangannya sehingga lupa orang di sebelahnya.

Emeer hanya memerhati tingkahlaku si gadisnya sambil berpeluk tubuh. Tadi buka main memberontak. Sekarang, dia yang leka.

"Ehem.. Dah sampai dekat mana kau berangan tu?" Tegur Emeer sekaligus mematikan lamunan Thea.

Teguran itu sekaligus mematikan senyuman di bibir pink itu. Wajah Emeer di sebelah di jelingnya tidak puas hati.

"Awak nak apa ajak saya datang sini? Cakap cepat, nanti papa saya tunggu lama." Thea berjalan melintasi Emeer lalu melabuhkan punggung di gezabo yang tersedia di sebelah kolam mini itu.

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Where stories live. Discover now