MRS. EMEER HAYYES
"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"Kaki panjang itu terus melangkah keluar dari balai berlepas menuju ke pintu utama lapangan terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA) tanpa menghiraukan pandangan setiap gadis yang melepasinya. Wajah yang sedikit cerah itu tidak sedikit pun mengukir senyuman. Hanya wajah beku dipamerkan. Cermin mata hitam yang terletak elok di batang hidung mancung miliknya itu menyerlahkan lagi daya tarikan kepadanya. Sekali gus melindungi anak mata yang boleh mencairkan setiap gadis yang memandangnya.
Sebelah tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar ripped jeans itu menyerlahkan lagi aura maskulinnya ditambah tubuh tegap yang dibaluti dengan jaket hitam diluar bersama T-shirt putih di bahagian dalam. Keadaan dirinya yang diapit kiri dan kanan oleh lelaki berbadan tegap menjadikan dia tumpuan utama di situ.
"Along."
Emeer mengerutkan dahinya.
Suara yang kedengaran tidak asing dari pendengarannya. Eshal. Iris mata hitam pekat itu terus mencari kelibat pemilik suara itu sebelum matanya jatuh pada susuk seorang gadis yang sedang tersenyum lebar sambil melambaikan tangan ke arahnya. Si kembar gadis itu turut bersama dia ketika itu.
Apabila Emeer keluar dari balai ketibaan, Eshal segera berjalan mendekati abangnya tanpa menoleh kiri dan kanan. Namun malang baginya apabila dia tanpa sengaja terlanggar tubuh seorang perempuan yang datang dari arah bertentangan darinya.
"Ouch..." Luggage yang ditarik itu terlepas dari pegangan si mangsa yang dilanggar oleh Eshal lalu terjatuh disitu.
"Oh, my gucci. I'm so-so sorry miss. Did I hurt you?" Eshal membantu perempuan yang dilanggarnya dan mengutip barang serta beg yang terjatuh ke lantai itu.
Eiden yang hanya memerhati tanpa sempat memberi amaran kepada kembarnya itu menggelengkan kepalanya sambil menepuk dahi. Sudah terbiasa dengan sikap clumsy si kembarnya itu. Tidak kira di mana mereka berada, pasti ada saja drama yang terjadi.
"No, it's okay. I'm just fine. Thanks anyway."
Thea hanya tersenyum kecil memandang si gadis berambut keperangan itu. Tapi itu hanya seketika apabila si gadis di hadapannya itu kelihatan tegak berdiri tanpa sedikit pun berkelip. Kelakuan seakan terpaku atau seperti melihat Jung Kook berdiri di hadapannya. Thea terus menoleh ke arah kiri, kanan dan belakangnya.
Tak ada orang pun. Dia tengok siapa sebenarnya ni? Desis Thea di hati.
"Hey... Are you okay?" tanya Thea untuk kepastian.
Eshal bagaikan tersedar dari lamunan. Kepala yang tidak gatal digarunya bersama dengan senyuman kecil.
"Sorry. Sis cantik sangat, terpegun Eshal kejap. Ingatkan bidadari mana turun dari kayangan." Jawapan selamba Eshal mencetus tawa dari bibir Thea.
Dari jauh Emeer hanya memerhati perempuan bertudung yang sedang bercakap dengan adiknya itu. matanya tidak lepas memandang ke arah wajah putih bersih yang berada di hadapan Eshal itu. Comel.
Siapa tu? Hatinya terus berdetak halus.
"You are too cute, girl. Sorry, saya dah lambat. Nice to meet you. Till we meet again, dear." Apabila teringat yang papanya sedang menunggu di pintu utama, Thea terus bergegas meminta diri.
Eshal mengangguk kecil. Matanya tidak lepas daripada memandang Thea yang semakin menjauh. Dia mengeluh. Tak sempat nak tanya nama kakak cantik tu. Itulah, kuat sangat berangan kau ni, Eshal. Getus hati Eshal.
"What's wrong?" soal Emeer.
"Along! I miss you so much."
Spontan Eshal terus memeluk erat tubuh tegap Emeer tanpa segan silu. Kedua belah kakinya tergantung menyebabkan Emeer terpaksa mengeratkan pegangannya, menampung berat adiknya atau mereka berdua akan terjatuh tergolek di tengah-tengah ruang legar itu.

YOU ARE READING
Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)
RomanceLuthfan Emeer, he's cold just like his father but he's care. He's ruthless but he's caring, and he's arrogant but sweet. Merupakan CEO dan dan perwaris kepada Syarikat terulung diseluruh Negara, The Grand Hayyes Group. Thea Hazel adalah seorang gad...