32

108 17 6
                                    

Girl I'm your candy!

"Hello, Kak Mira. Kenapa?" 

"Hello, Qaireen. Ni, akak nak beritahu. Nanti, Qaireen ada meeting dengan Tengku Khairil dari AD's Entertainment tau."

"O-okey. Pukul berapa ea?"

"Pukul 5 petang."

"Okey, nanti saya datang. Terima kasih, Kak Mira."

"Sama - sama."

Talian dimatikan. Bella mengeluh berat, sudah tiga hari dia tidak berjumpa dengan Rian. Dekat sekolah juga diorang tak berjumpa, Bella mulai risau. Macam mana kalau semua itu disebabkan Rian cuba mengelakkan diri daripadanya?

"Apa aku nak buat ni? Kalau Kak Mira call aku suruh datang, means meeting tu memang penting. Takkanlah nak cancel kot, nanti apa pula akan jadi? Okey look, aku tak buat salah pun. So buat apa aku nak takut, kan?

Lagipun, aku kenalah professional dalam hal - hal macam ni. Yes, professional. Jangan campur adukkan hal kerja dengan hal peribadi. Yeah, that's it. You can do it, Qaireen!" Ujar Bella memberikan semangat kepada diri sendiri.

***

"You can do it, Qaireen!" Ujar Bella dihadapan cermin sebelum dia mencapai sling bagnya lalu turun ke tingkat bawah.

"Meeting?" Tanya Kai.

"Ha'ah." Balas Bella.

"Dengan siapa?" Tanya Kai lagi.

"Tengku Khairil." Kai hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan, dia mendekati Bella lalu menepuk lembut bahu adik perempuannya itu.

"Kai, kau tahu?" Tanya Bella merujuk kepada luahan perasaan Rian terhadapnya tempoh hari.

"Aku tahu, geng kita pun tahu. We know everything, just tunggu luahan kau kepada kitorang je." Balas Kai.

"Huh, aku bukan tak nak luah tau. Tapi, aku masih serba salah dekat Rian." Ujar Bella.

"Sekurang - kurangnya, kau tak bagi dia harapan. Cukuplah dia trauma dengan apa yang dah terjadi pada Maisarah." Balas Kai.

"Tapi, aku serba salah. At the same time, aku tak boleh tipu diri aku. Hati aku bukan untuk dia." Ujar Bella.

"Sebenarnya kan. Dulu, aku pernah ada niat nak satukan kau dengan Rian tau. Tapi, ada sesuatu yang menghalang." Ujar Kai.

"Apadia?" Tanya Bella.

"Perasaan cemburu." Jawab hati Kai.

"Kai, beritahulah. Apadia?" Tanya Bella lagi.

"Entah. I'm not sure." Tipu Kai, takkanlah dia nak beritahu Bella yang dia terjatuh cinta pada dirinya.

"Hmm." Balas Bella pendek.

"Tapi bila aku fikir balik, kau lebih berhak untuk tentukan siapa lelaki pilihan kau. Jadi, aku tak teruskan niat aku tu. Aku tak nak paksa kau. So adik, listen. Aku tahu, kau tengah keliru sekarang. Kau keliru antara, suka, sayang dan cinta. Am I right?" Bella mengangguk, Kai memegang bahunya.

"Suka bermaksud kau rasa happy bila berada dekat dengan seseorang, kau happy bila dia ada di sekeliling kau. Sayang pula, bila kau rasa takut akan kehilangan seseorang, kau nak dia sentiasa ada di sisi kau.

Dan,  cinta...kau nak bersama dengan dia sepanjang hidup kau. Kau milik dia, dia milik kau. Senang kata, kau nak kahwin dengan dia. So sekarang, kau yang perlu putuskan siapa yang kau suka, sayang dan cinta.

kerana dia salsabella ✔︎Where stories live. Discover now