10

159 35 4
                                    

Tidak lama kemudian, mereka bertiga tiba di hadapan bangunan The Q's Holding. Mereka membuka seatbelt masing - masing lalu keluar dari kereta.

Bella dan Kai yang masing - masing sudah memakai mask dari rumah terus keluar daripada kereta bersama appa mereka.

"Selamat datang, Encik Qairul." Ujar pegawai keselamatan lalu menunduk sebagai tanda hormat, Qairul mengangguk kecil lalu berjalan masuk bersama kedua - dua anaknya.

Ketika mereka bertiga masuk ke dalam, kelihatan sekumpulan orang atau lebih tepat lagi semua pekerja di situ sudah berkumpul kecuali beberapa orang pegawai keselamatan.

"Assalamualaikum." Ucap Qairul.

"Waalaikumussalam, Encik Qairul." Balas semua yang berada di situ.

"Apa khabar semua?" Tanya Qairul.

Dia sememangnya seorang yang sangat prihatin terhadap para pekerjanya tanpa mengira pangkat mereka. Disebabkan itulah semua pekerja amat menghormati dan sayangkannya.

"Khabar baik, alhamdulillah." Balas semua pekerja The Q's Holding.

Qairul mengangguk kecil bersama senyuman. Dia memandang ke arah Bella dan Kai lalu memandang kembali ke arah pekerja - pekerjanya yang khusyuk memandang ke arah anak - anaknya.

"Saya pasti kamu semua tertanya - tanya siapa yang saya bawa harini, kan?" Tanya Qairul.

"Ya, Encik Qairul!" Balas para pekerjanya.

Qairul memandang ke arah Bella lalu mengangguk. Bella tersenyum disebalik mask yang dipakainya.

"Assalamualaikum, semua. Saya Tengku Qaireen." Ujar Bella sambil menanggalkan mask pada wajahnya.

Semua yang berada di situ melopong melihat wajah anak kepada boss mereka itu. Mereka memang tidak pernah berjumpa atau melihat wajah Bella.

Tapi, mereka pernah mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa anak gadis boss mereka itu amat rupawan. Ternyata, khabar angin itu benar. Ada juga di antara mereka yang mulai berdebar apabila terpandang wajah Bella.

"Saya Tengku Qaizeen." Kata Kai lalu turut menanggalkan mask pada wajahnya, sekali lagi semua terlopong.

"Mulai harini, Qaireen yang akan ambil alih syarikat. Disebabkan dia masih lagi pelajar, dia akan upah orang untuk uruskan syarikat. Dia hanya akan turut serta dalam syarikat bila ada urusan penting sahaja. Dan minggu depan, saya akan pergi ke Jepun untuk uruskan syarikat dekat sana." Ujar Qairul panjang lebar.

Semua staff The Q's Holding berubah riak. Wajah sedih mula terpapar pada wajah masing - masing, ada yang sudah mencebik. Mana mungkin mereka tidak sedih jika bos sebaik Qairul akan meninggalkan mereka.

"Saya harap semua dapat terima saya dekat sini. Kalau ada silap, saya mohon tegur saya. Lagipun saya ni muda lagi, baru je nak mula timba pengalaman. Boleh tak akak - akak, abang - abang sekalian?" Tanya Bella lalu tersengih.

Semua yang berada di situ ketawa kecil lalu mengangguk. Tidak dapat dinafikan mereka juga gembira apabila mendapat bos baru secomel Bella. Malah, dia nampak peramah dan ceria.

"Akak, abang. Tolong ajar budak ni elok - elok ea. Takut otak dia yang tak betul tu jadi makin gila." Kata Kai selamba.

"Kai! Kau ni." Marah Bella lalu terus memukul abangnya.

"Ish, sakitlah, budak!" Balas Kai.

Dia segera mengejar Bella yang mulai melarikan diri. Semua staff ketawa melihat telatah mereka berdua, Qairul pula tersenyum senang.

***

"Kai, kau kenal ke anak ayah dengan ibu?" Tanya Bella.

"Ouh, maksud kau Tengku Khairil?" Tanya Kai kembali.

"Ha'ah lah, siapa lagi." Balas Bella.

"Of course lah kenal. But sebelum kau jumpa dia, aku nak beritahu awal - awal. Dia tu dingin." Ujar Kai.

"Tapi, siapa lagi dingin? Tengku Khairil ke Rian?" Tanya Bella, Kai tersenyum mendengar pertanyaan adiknya itu.

"Yah, janganlah senyum! Aku tanya ni, kan? Jawablah." Arah Bella.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum."

"Tu Tengku Khairil dah sampai. Get ready tau, jangan terkejut sangat." Pesan Kai sambil tersenyum penuh makna.

"Waalaikumussalam, silakan masuk." Pelawa Bella tenang.

Pintu terus dibuka dari luar. Seorang lelaki yang berwajah kacak melangkah masuk ke dalam. Wajah bekunya cukup untuk mengejutkan Bella, dan wajah Bella turut mengejutkannya.

"Rian?"

"Kau?"

"Aku tahu korang berdua terkejut. Tapi, kalau ya pun...Rian, duduklah dulu." Kata Kai, Rian terus melabuhkan duduk di kerusi di sebelah lelaki itu.

"Kai, kenapa kau tak beritahu aku mamat beku ni Tengku Khairil?" Tanya Bella dalam nada geram.

"Saja nak surprise kan kau. Kau kan suka surprise, pindah sini pun tak bagitahu aku." Ungkit Kai selamba, Bella membuat muka.

"Okeylah, aku kena pergi. Korang bincanglah apa yang patut." Kata Kai lalu terus keluar dari bilik tersebut.

Keadaan mula sunyi sepi antara kedua - dua remaja itu. Bella pandang Rian, Rian pandang Bella balik. Keadaan itu berterusan selama beberapa minit.

"Sampai bila kita nak diam macam ni?" Bella bersuara memecahkan kesunyian.

"Kau Tengku Qaireen? Adik Tengku Qaizeen, Kai?" Tanya Rian.

"Ha'ahlah. Saya kat depan mata awak ni, kan?" Balas Bella.

"Macam tak percaya je." Kata Rian.

"Hello - hello, ingat awak sorang je ke yang tak percaya? Saya lagilah tak percaya yang Tengku Khairil ni rupa - rupanya anak lelaki Tengku Adam dengan Tengku Emelda. Diorang peramah, tapi anak diorang-"

"Kenapa dengan aku?" Pintas Rian laju.

"Awak dingin sangat. Senyum tu kan sedekah, kalau buat dapat pahala tau. Senyumlah sikit." Ujar Bella.

"Amboi, kau. Sebelum ni, tak pernah orang tegur aku suruh senyum. Kau yang tak kenal aku tiba - tiba nak ceramah aku suruh senyum pula." Balas Rian.

"Saya kenal awak, okey. Rian si mamat beku, iceboy." Ujar Bella selamba.

"Okeylah daripada kau. Dah lah cuai. Kalau bukan sebab aku pegang beg kau hari tu, confirm kau jatuh menyembah bumi dah." Ungkit Rian lalu tersenyum senget.

"Ish, awak ni. Tolong saya hari tu ikhlas ke tak sebenarnya?" Balas Bella dengan wajah cemberut.

"Entah. Lagipun, bukan urusan kau untuk nilai keikhlasan aku." Balas Rian.

"Susahlah cakap dengan awak ni." Bella mencebik.

"Dah tu, tak payahlah cakap dengan aku." Balas Rian, Bella membuat muka.

"By the way, Rian. Tolong rahsiakan pasal hal ni daripada orang lain tau." Pinta Bella.

"Rahsiakan apa?" Tanya Rian bersama dahi yang berkerut.

"Alah, jangan bagi orang tahu status sebenar saya. Saya tak nak orang tahu, tak suka. Please." Pinta Bella penuh berharap.

"Macam - macamlah kau ni. Yelah - yelah." Akur Rian.

"Dah, jom kita bincang pasal syarikat." Ajak Bella.

Tanpa mereka sedar, Kai mendengar perbualan mereka sedari tadi sambil tersenyum. Namun, senyumannya perlahan - lahan pudar.

Aku rindu Rian yang dulu.

***

Gomawo for your votes, reads and comments 💚

kerana dia salsabella ✔︎Where stories live. Discover now