20

120 16 7
                                    

Kini, semua masalah berkaitan fake rumor tentang Bella dan Niel selesai. Rumor tu juga sudah dipadam. Rupa - rupanya selama ini Nana bukan sahaja dihina, malah dia juga sering dibuli dan diugut. 

Kesemua pelajar yang membuli Nana telah diberikan surat amaran keras. Mereka juga telah dihantar kepada Guru Disiplin dan mendapat khidmat daripada Guru Kaunseling.

"Alhamdulillah, semuanya dah selesai." Ucap Niel sambil tersenyum.

"Betul tu. Saya lega sangat!" Balas Fara gembira.

"Kak Bella, Senior Daniel, sekali lagi saya minta maaf. Dan terima kasih sebab tolong saya." Ucap Nana, Bella dan Niel mengangguk sambil tersenyum.

"Senior Adrien." Rian hanya mengabaikan panggilan Nana, gadis itu menggigit bibir.

"Rian!" Lelaki itu memandang Bella, Fara dan Lia yang sudah bercekak pinggang, dia mengulingkan bebola matanya lalu memandang Nana.

"What?" Sahut Rian malas.

"Saya minta maaf. Saya harap, senior
boleh maafkan saya sebelum saya pergi." Pernyataan Nana membuatkan mereka semua memandangnya dengan dahi yang berkerut.

"Awak nak pergi mana?" Tanya Im, Nana senyum.

"Mak ayah saya suruh saya pindah. Diorang cakap, mungkin kami patut pergi ke tempat yang lebih sesuai dengan kami. Tapi saya harap walaupun kita semua berpisah, kita tetap berhubung." Pinta Nana.

"Mestilah!" Balas Izz.

"Terima kasih, semua." Ucap Nana.

Bella, Fara dan Lia terus memeluk gadis itu dengan seerat - eratnya, Nana membalas pelukan mereka. Tidak lama kemudian, pelukan dilepaskan.

"Nana, take care, okey?" Pesan Niel sambil mengusap kepala Nana, gadis itu mengangguk sambil tersenyum.

"Selamat tinggal, semua." Kata Nana sebelum dia memandang Rian.

"Selamat tinggal, Senior Adrien." Ucap Nana lalu mula melangkah.

"Hoi, budak!" Nana berpaling memandang Rian yang sedang berjalan ke arahnya.

"Kau jaga diri elok - elok. Kalau aku tahu kau nakal, siap kau." Kata Rian.

Dia menyerabaikan rambut gadis itu lalu terus berjalan meninggalkan kawasan itu, mereka yang lain ketawa melihat wajah cemberut Nana. Namun, lama - kelamaan wajah cemberut itu bertukar kepada senyuman manis.

***

"Hah, leganya! Semuanya selesai!" Kata Bella lalu merebahkan diri ke atas sofa di ruang tamu.

"Tu lah. Aku pun lega sangat." Balas Lia lalu menghampiri sofa yang dibaringi Bella.

"Pergi sana. Tak payah nak berebut sofa dengan aku, aku penat ni." Lia menjeling lalu menghampiri sofa yang berhadapan dengan Bella, tubuhnya dibaringkan di situ.

"Weh, bila korang balik London?" Tanya Bella lalu memandang sepupunya itu.

"Kau ni, macam tak sabar je nak aku balik." Balas Lia sambil membetulkan rambutnya.

"Ha, baguslah kalau kau sedar." Ujar Bella lalu ketawa kecil, Lia menjuih bibir.

"Kitorang balik sini untuk tenangkan minda je. Walaupun London tu cantik, tapi Malaysia tetap di hati." Bella menjeling Lia menyampah.

"Bel! Appa nak cakap dengan kau!" Kata Kai yang baru tiba bersama Im, iPhone dihulurkan kepada adiknya.

Senyuman lebar Bella mekar sebaik sahaja memandang wajah appanya yang terpapar pada skrin memandangkan panggilan itu dilakukan menerusi video call.

kerana dia salsabella ✔︎Where stories live. Discover now