22

111 16 6
                                    

"Weh, Bel." Panggil Kai sambil melabuhkan duduk di sebelah adiknya itu.

"What?" Balas Bella.

"Kau dah tangkap ke orang yang sabotaj syarikat?" Tanya Kai.

"Dah, minggu lepas." Jawab Bella tenang.

"Apasal kau tak beritahu aku?" Marah Kai.

"Dah kau tak tanya." Jawab Bella selamba.

"Aku punyalah perah otak, fikir macam mana nak tolong kau tangkap orang tu." Tutur Kai tak puas hati.

"Kau buat kerja slow sangatlah. Hari aku dapat tahu syarikat kena sabotaj, hari tu jugalah aku serahkan pelaku dekat polis." Masih jelas di dalam ingatan Bella bagaimana dia menangkap pekerja yang telah mengkhianatinya itu.

"Assalamualaikum, semua." Ucap Bella.

"Waalaikumussalam, Qaireen." Balas semua pekerja.

Jika di pejabat, Bella akan dipanggil dengan nama Qaireen. Itu pun atas kehendak Bella, dengan alasan dia tak suka jika dipanggil dengan panggilan boss. Rasa tak best apabila mereka yang lebih tua memanggilnya dengan gelaran itu.

"Abang dengan kakak semua tahu tak apa tujuan saya panggil korang semua berkumpul ni?" Kesemuanya menggeleng.

"Sebenarnya, ada buaya dalam syarikat ni sebab dia tak setia." Kata - kata Bella membuatkan semua pekerja mengerutkan dahi, baru dapat tahu boyfriend curang ke apa si budak Qaireen ni?

"Korang nak tahu tak siapa buaya tu?"

Nada suara Bella yang berubah tegas membuatkan kesemua pekerjanya menunduk, tidak berani menatap wajah boss mereka itu. Aura Bella kini berubah, aura seorang pemimpin mulai menguasai dirinya.

"Nik..."

Semua pekerja yang mempunyai nama Nik menunduk, gerun! Itulah perasan yang mereka rasakan ketika itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya mereka.

"...Muhammad..." Bella tersenyum sinis, dia menatap wajah setiap pekerjanya sebelum matanya terhenti pada seorang lelaki yang sudah pucat wajahnya.

"Raden! Kau datang sini sekarang!" Arah Bella garang.

Lelaki itu cuba melarikan diri daripada situ. Namun, niatnya tidak berkesampaian apabila dia berjaya ditangkap oleh pegawai polis yang telah diupah oleh Bella.

"Raden, Raden, Raden, goodjob. Congrats sebab berjaya masuk ke dalam syarikat ni. Ouh yeah, sebelum aku lupa. Cograts sebab berjaya sabotaj syarikat ni.

kerana dia salsabella ✔︎Where stories live. Discover now