2

261 49 19
                                    

Bella menyambung perjalanannya. Tiba - tiba, dia terpandang sebuah 7 Eleven yang terletak tidak jauh daripada tempatnya berdiri. Gadis itu terus berlari anak ke arah kedai tersebut. Sebaik sahaja tiba di situ, laju sahaja dia menuju ke bahagian coklat.

5 paket choky - choky diambil bersama senyuman lebar. Almaklumlah, dia ni seorang penggemar coklat. Gadis itu terus berjalan ke arah kaunter. Item yang dibelinya diletakkan di atas kaunter pembayaran.

"5 ringgit ya, dik." Kata cashier yang bernama Ina.

"Kejap ya, akak."

Bella terus menyelukkan tangan ke dalam poket untuk mengambil dompet. Namun, barang yang dicari itu tiada di situ, dia mengeluh berat. Mana pulak dompet dia ni? Tanpa gadis itu sedar, lelaki yang berada di belakangnya memerhatikan setiap tindak - tanduknya di kaunter sedari tadi lagi.

"Bayarkan sekali untuk cik adik ni ya, kak."

Bella tersentak saat mendengar suara yang teramat familiar itu. Dia terus berpaling ke belakang. Matanya membulat, begitu juga lelaki yang berada di belakangnya itu.

"Bella?"

"Kai?"

***

"Kenapa tak beritahu aku kau pindah sini?" Tanya Kai.

"Bukan aku sorang je. Appa pun ada sekali."

"Appa pun? Sampai hati korang tak beritahu aku, kan?" Rajuk Kai lalu berpeluk tubuh.

"Nama pun surprise. Mana boleh bagi tahu." Balas Bella lalu tayang sengih mengusik.

"Huh, patutlah time aku call baru - baru ni kau dengan appa tak angkat langsung." Ujar Kai lalu membuat muka, kedua - dua belah tangan disilangkan ke dada.

"Alah kau ni, tu pun nak merajuk ke? Sorrylah." Ucap Bella bersama sengihan.

"Huh, dahlah kau."

"Okey, fine. Kalau kau nak merajuk, aku takkan beritahu kat mana aku dengan appa tinggal." Usik Bella lalu tersenyum jahat, mata Kai membulat.

"Kau memang sengaja nak ugut aku, kan?"

"Nope, kau yang anggap macam tu."

"Fine, tak payah beritahu! Biar aku upah orang suruh tolong carikan."

"Upah? Hello, kau jangan lupa aku lagi licik daripada kau."

"Nasib baik kau ni adik aku tau. Kalau tak, memang aku cekik - cekik kau sampai lemas." Balas Kai tak puas hati, Bella menjelirkan lidah.

Girls always win!

***

"Bel, kamu pergi mana tadi?" Tanya Qairul.

"Bel tak pergi jauh pun, round - round kawasan ni je."

"I see. By the way, kamu dah beritahu abang kamu ke belum yang kita dah pindah sini?"

"Dia baru tahu tadi, tu pun sebab kitorang terserempak." Cerita Bella bersama tawa kecil.

"Iya? Dia sihat?" Tanya Qairul teruja.

"Muka dia nampak berseri - seri je, kira sihatlah tu." Jawab Bella selamba.

"So, sekarang ni kamu nak cakap yang abang kamu tu handsome lah?"

Qairul menjongket kening, sengaja ingin mengusik anak gadisnya itu.

"Mana ada lah, appa. Bel cakap berseri - seri je. But kalau appa tanya pasal handsome, hmm bolehlah."

"Yelah, Bel. Nanti ajaklah abang kamu datang sini." Pinta Qairul.

"Okey, appa!"

***

kerana dia salsabella ✔︎Where stories live. Discover now