9

159 37 5
                                    

"Weh, Bel." Panggil Kai kepada adiknya yang sedang membaca novel.

"Apa?" Balas Bella tanpa memandang abangnya.

"Kau bersiap sekarang." Arah Kai.

"Nak buat apa?" Tanya Bella lalu memandang abangnya itu.

"Bersiap je lah, pastikan cantik tau. Jangan nampak selekeh macam sekarang." Kata Kai lalu tersengih sebelum berlalu.

Bella merengus geram. Dia pakai tshirt lengan pendek dengan seluar track, nampak selekeh sangat ke? Bukan nampak macam awek cun?

***

"Kita nak pergi mana ni, Kai? Appa?" Tanya Bella sambil memandang kedua - dua lelaki itu dengan penuh tanda tanya.

"Rahsia."

"Nanti kamu tahu."

Jawab Kai dan Qairul serentak, Bella mencebik.

"Dah, jom. Bel, Kai, jangan lupa mask." Pesan Qairul mengingatkan anak - anaknya.

"Baik, appa." Akur kedua - dua remaja itu.

Mereka bertiga terus masuk ke dalam sebuah kereta yang akan dipandu oleh Kai. Qairul duduk di seat penumpang hadapan, bersebelahan dengan Kai manakala Bella duduk di seat belakang.

Kai terus memulakan pemanduan. Tidak lama kemudian, mereka tiba di sebuah hotel yang terkenal dan disegani. Kyoto's Hotel, sebuah hotel yang mewah dan hanya menempatkan orang - orang kaya.

Kai memarking kereta di tempat parking yang disediakan. Mereka bertiga terus keluar dari kereta. Bella hanya mengikuti langkah appa dan abangnya memandangkan dia langsung tidak tahu ke mana hala tuju mereka.

"Selamat datang. Semoga Tengku Qaireen, Tengku Qairul dan Tengku Qaizeen selesa dan berpuas dengan perkhidmatan kami." Kata gadis penyambut tetamu itu.

Identiti yang juga dirahsiakan oleh Bella daripada umum, dirinya yang berstatus Tengku, ataupun lebih dikenali dengan nama Tengku Qaireen dalam dunia business.

Siapa tidak kenal dirinya? Dialah yang bakal mewarisi The Q's Holding milik appanya tidak lama lagi, antara syarikat terkenal dan amat digeruni. Syarikat yang sering menjadi sebutan ramai kerana kemajuannya.

Mereka bertiga menunduk sebagai tanda terima kasih. Gadis itu mengangguk lalu tersenyum manis.

Kai yang terpandang gadis itu terus mengenyitkan matanya, membuatkan gadis penyambut tetamu itu tersenyum malu. Bella terus menarik lengan abangnya mengikuti langkah appa mereka.

"Kacau betul kau ni, cantik kot awek tadi." Bisik Kai tak puas hati.

"Lelaki ni memang, kan? Pantang nampak perempuan dahi licin, mulalah nak buat perangai. Cuba control sikit perangai playboy tu."

Bella tersenyum sinis lalu mempercepatkan langkah, mengikuti appanya yang semakin jauh di hadapan. Kai menjeling adiknya. Tidak lama kemudian, mereka tiba di hadapan sebuah bilik.

"Selamat datang, Tengku semua. Tengku Adam dan Tengku Emelda dah tunggu Tengku sekeluarga dekat dalam." Kata gadis yang sememangnya telah ditugaskan untuk menyambut kedatangan mereka.

Mereka bertiga mengangguk kecil. Gadis itu terus membuka pintu, mereka bertiga melangkah masuk ke dalam.

***

"Assalamualaikum, Adam!"

"Waalaikumussalam. Rul, sampai pun kau!"

Mereka berdua bersalaman. Kai turut menyalam tangan Adam, manakala Bella menyalam tangan Emelda. Bella dan Emelda juga sempat bertanya khabar dan berbual kecil.

"Bel, Mel. Kalau ya pun nak berbual, duduklah dulu." Teguran Adam membuatkan mereka berdua tersengih.

Kini, mereka berlima duduk di kerusi. Adam menghadap Qairul. Bella menghadap Emelda, manakala Kai keseorangan di situ.

"Baiklah, Bel. Tujuan ayah dengan ibu jumpa kamu ni untuk bincang pasal syarikat yang akan kamu warisi nanti." Ujar Emelda.

"Kenapa awal sangat?" Tanya Bella bingung.

"Macam ni, Bel. Sebenarnya, appa kena pergi ke Jepun sebab dah lama appa tak check syarikat dekat sana. Jadi, appa rasa appa kena serahkan syarikat dekat Bel secepat yang mungkin.

Minggu depan appa dah kena bertolak. Sorry sebab tak bagitahu Bel awal - awal, appa pun baru tahu pasal ni petang tadi." Terang Qairul serba - salah.

"It's okeylah, pa. By the way, berapa lama appa kena pergi?" Tanya Bella.

"Appa tak boleh nak jangka sebab alang - alang appa dah ke syarikat di Jepun, baik appa pergi check syarikat yang lain sekali. Appa ingat nak suruh Kai yang handle.

Tapi, dia ada urusan lain yang perlu diuruskan. Sekarang ni appa harapkan kamu je lah. So macam mana, Bel? Kamu setuju tak?" Tanya Qairul penuh berharap.

"Bel setuju, pa. Bel tak kisah pun." Jawab Bella lalu tersenyum.

"Baiklah. Memandangkan Bel dah tahu, mari kita teruskan dengan perbincangan yang seterusnya." Ujar Emelda.

"Bel. Seperti yang kamu tahu, syarikat appa kamu akan bekerjasama dengan AD's Entertainment, iaitu syarikat ibu." Kata Emelda, Bella mengangguk.

"Tapi, bukan ibu yang akan berurusan dengan kamu sebab ibu akan bersara." Kata Emelda sambil tersenyum.

"Hah? Ibu nak bersara?" Tanya Bella.

"Iya, ibu dah tua. Lagipun, ibu dah fikir masak - masak. Ibu rasa, baik ibu fokus pada keluarga ibu." Ujar Emelda, Bella mengangguk faham.

"Jadi, siapa yang akan ganti ibu?" Tanya Bella.

"Anak lelaki kami, Tengku Khairil. Kamu berdua tak pernah berjumpa, kan? Ibu ingat nak kamu berdua berkenalan malam ni, tapi dia tak datang. Maaf ya, Bel." Ucap Emelda.

"Eh, takpe - takpe. Bel faham." Balas Bella.

"Harap kamu berdua okeylah bila berurusan nanti." Ujar Adam.

"Bel tak kenal dia, tapi Bel akan cuba yang terbaik untuk bekerjasama dengan dia." Balas Bella yakin.

"Baguslah kalau macam tu." Kata Qairul pula.

"Bel, esok kau kena datang ke The Q's Holding tau." Kata Kai.

"Okey." Jawab Bella patuh.

***

"Kai, baju ni okey tak?" Tanya Bella.

Kai memandang Bella atas bawah. Gadis itu memakai baju berwarna putih yang disertakan kot labuh yang hampir mencecah lutut. Seluar berwarna putih dikenakannya.

Kai hanya mengangguk tanpa bersuara. Nanti kalau puji, tak pasal - pasal riak pulak si Bella tu nanti.

"Ish kau ni, betul - betullah. Okey ke tak?" Tanya Bella yang mulai geram.

"Okey." Jawab Kai acuh tak acuh.

Kebetulan, Qairul baru turun dari tingkat atas. Bella terus berjalan ke arah appanya.

"Appa, cantik tak?" Tanya Bella ceria.

"Cantik, anak appa cantik sangat." Puji Qairul.

"Ha dengar tu, Kai. Appa puji aku. Kau ada?" Ujar Bella bangga.

"Appa, Kai handsome tak?" Tanya Kai dengan muka berlagak.

"Handsome. Tapi, tak boleh lawan appa lah." Balas Qairul.

Dia dan Bella terus ber highfive sambil ketawa, Kai menayang wajah cemberut. Appa dengan adiknya memang sekepala kalau bab mengusiknya, masing - masing laju je!

"Dah lah, Jom." Ajak Qairul.

Mereka bertiga terus keluar dari rumah lalu masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja mereka semua memakai seatbelt, Kai terus memulakan pemanduan ke destinasi mereka.

***

Gomawo for your votes, reads and comments 💚

kerana dia salsabella ✔︎Where stories live. Discover now