3

225 44 9
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Masuklah! Pintu tak kunci!" Ujar Bella sebaik sahaja mendengar ketukan pada pintu biliknya.

Tidak lama kemudian, pintu bilik dibuka dari luar. Wajah Kai terpancar di muka pintu bersama senyuman manis. Bella laju sahaja berdiri lalu terus memeluk abangnya itu dengan erat.

"Kau dah jumpa appa?" Tanya Bella sebaik sahaja melepaskan pelukan.

"Belum." Jawab Kai sambil tersengih.

"Aik, bukan appa ada dekat ruang tamu ke? Kau masuk ikut pintu mana?"

"Aku masuk guna pintu belakang. Kalau guna pintu depan, takut terserempak dengan appa. Hancurlah plan aku nak buat surprise." Jawab Kai lalu tersengih.

"Kau tak payah nak acah buat surprise sangat. Appa rindu gila dekat kau, tahu tak? Dah - dah, jom jumpa appa." Ajak Bella.

Lengan abangnya ditarik keluar dari bilik. Sebaik sahaja tiba di tingkat bawah, mereka berjalan ke arah ruang tamu. Kelihatan Qairul sedang khusyuk membaca surat khabar.

"Appa."

Qairul terus memandang ke arah Bella. Namun, dia lebih tertarik untuk menatap lelaki di sebelah anak gadisnya itu.

"Kai? Ya Allah, Kai!"

Qairul terus berjalan ke arah anak lelakinya itu. Tubuh Kai dibawa ke dalam dakapan lalu dipeluk seerat - eratnya. Akhirnya, rindu yang selama ini ditanggung berjaya dilepaskan.

Mana tidaknya, Kai memutuskan untuk hidup berdikari sejak dia berumur 13 tahun lagi. Sejak hari itu, dia jarang pulang ke rumah memandangkan hidupnya dipenuhi dengan kerja dan tanggungjawab yang perlu digalas.

Hidup sebagai seorang ketua pengawas, banyak hal berkaitan sekolah yang perlu diuruskan.
Homeworks pula bukannya secubit, tapi menggunung! Ditambah pula bekerja sebagai seorang model, dah satu hal.

***

"Cepatlah, Bel! Kau ni slow sangatlah." Gesa Kai kepada Bella yang sedang mengikat rambut.

"Ish! Kau ni memang tak boleh sabar ke?" Rungut Bella lalu menjeling abangnya.

"Kalau aku tak boleh sabar, memang aku tinggal je kau dari tadi. Baik aku pergi lepak dengan geng aku."

"Ish! Dahlah, jom."

Bella terus menyarungkan slingbag nya lalu berjalan ke muka pintu, kasut disarungkan ke kaki. Dia terus berjalan ke arah basikal sementara Kai pula setia menunggu sambil duduk di atas basikal miliknya.

Lelaki itu sememangnya datang ke rumah appanya semalam dengan menunggang basikal. Nak buat macam mana, semua motor yang dimilikinya ialah motor yang berjenama.

Dia tiada pilihan lain selain daripada menunggang basikal, hal ini kerana tidak mahu dirinya menjadi perhatian. Cukuplah wajah itu sahaja yang membuatkan para gadis menggila, bukan pada wangnya juga.

"Okey, jom." Kata Bella sebaik sahaja dia duduk di atas basikalnya.

"Kitorang pergi dulu, pa!" Ujar mereka berdua walaupun mereka sudah sedia maklum bahawa Qairul sudah keluar sejak awal pagi lagi kerana mempunyai urusan syarikat.

"Bel!" Panggil Kai sambil mengayuh basikalnya.

"What?" Tanya Bella sambil memandang ke hadapan.

"Wanna a race?" Ajak Kai, Bella tersenyum sinis sambil menyelitkan rambutnya ke belakang telinga.

"3!"

"2!"

"Annyeong, Kai!" Ujar Bella lalu terus memecut sebelum tibanya kiraan 1.

"Bella! Kau main tipu!"

***

"Yeay! Aku menang!" Sorak Bella sebaik sahaja  tiba di hadapan sebuah sekolah yang gah.

"Mana aci! Kamu main tipu!" Bantah Kai tak puas hati.

"Aci kat India!"

"Whatever. Yang penting, kau menang dalam ketikdakadilan. Dah, jom!" Ajak Kai lalu terus melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah itu, Bella membuat muka sebelum mengikut langkah abangnya.

MIAHS ataupun nama sebenarnya, Malaysia International Art High School. Sebuah sekolah elit yang hanya menempatkan para pelajar yang bijak dan berbakat.

Ia juga merupakan sebuah sekolah seni yang terkenal di seluruh pelosok dunia dan amat disegani oleh orang ramai. Bukan calang - calang orang boleh masuk ke sekolah ini.

Pelajar di MIAHS datang daripada pelbagai golongan. Ada golongan yang datang daripada keluarga yang kaya - raya dan hidup serba mewah, barang mahal dan bernilai.

Selain itu, ada yang datang daripada golongan yang hidup sederhana dan ada yang datang daripada golongan yang hidup 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Namun, itu bukan halangan untuk mereka belajar kerana pihak sekolah yang akan menanggung segala bil dan bayaran bagi pelajar yang tidak berkemampuan. Alhamdulillah, pemilik sekolah ini ialah seorang yang pemurah dan baik hati.

***

Tok! Tok! Tok!

"Ya, masuk." Arah lelaki yang berusia dalam lingkungan 50 - an itu, pintu terus dibuka sebelum dua orang remaja masuk ke dalam bersama wajah santai dan selamba.

"Eh, Bel? Bila kamu datang sini?" Tanya lelaki yang bernama Adam itu penuh teruja sebaik sahaja melihat wajah Bella.

"Bel dengan appa baru je pindah sini beberapa hari lepas." Jawab Bella.

"Pindah sini terus? Kenapa tak beritahu ayah?" Tanya Adam dalam nada tak puas hati.

Ayah? Ya, ayah. Itu sememangnya panggilan yang Bella dan Kai berikan kepada Adam. Lelaki itu merupakan sahabat kepada appa mereka dan merupakan salah seorang yang rapat dengan mereka semasa mereka masih kecil.

Namun sejak Adam berpindah, mereka telah jarang berjumpa memandangkan jarak antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur boleh dikatakan agak jauh. Adam juga agak sibuk dengan urusan sekolah memandangkan dia merupakan seorang pengetua.

"Ayah, Kai pun baru tahu tau. Itu pun sebab kebetulan terserempak dengan budak ni." Cerita Kai, Bella yang mendengar kutukan daripada kedua - dua lelaki itu tersengih.

"Then, Bel datang ni nak daftar masuk dekat sekolah ni ke macam mana?" Tanya Adam ceria.

"Yes." Jawab Bella lalu tersenyum lebar.

"Ha, bagus sangatlah tu. Ayah lagi suka kalau kamu sekolah dekat sini." Balas Adam.

"Tapi kan, ayah. Bel nak minta ayah tolong palsukan nama Bel tau. Bel tak nak sesiapa pun tahu identiti sebenar Bel. Kalau boleh, biarlah diorang tak tahu background keluarga Bel." Pinta Bella.

"Faham - faham. Beres, no problem. Nanti ayah settlekan, Bel tak payah risau." Balas Adam lalu tersenyum.

"Erm, ayah. Ibu apa khabar?" Tanya Bella merujuk kepada isteri Adam.

"Alhamdulillah, dia sihat je. Cuma itulah, hari - hari bercakap pasal kamu. Dia ada ajak ayah balik Terengganu untuk jenguk kamu, tapi faham - fahamlah ayah ni banyak kerja. Sekarang ni, tengah merajuk dengan rumah sana. Pening ayah, tak tahu macam mana nak pujuk."

Bella dan Kai ketawa geli hati.

***

Gomawo for your votes, reads and comments 💚

kerana dia salsabella ✔︎Where stories live. Discover now